Segala puja dan puji bagi Allah, Rabb sekalian alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada Rasulullah s.a.w., keluarga dan sahabat-sahabatnya semua. Ia telah mengutusnya dengan membawa Hidayah dan Din yang Hak untuk mengunggulkannya ke atas semua ajaran dan cukuplah Allah S.W.T sebagai saksi.
Dan Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah Yang Ahad dan tiada sekutu bagi-Nya. Sebagai pengakuan kepada-Nya dan pengesaan atas Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma dan Sifat-Nya.
Berikut ini adalah aqidah kami yang merupakan aqidah golongan yang selamat dan mendapat pertolongan sampai datang hari Kiamat (Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah), iaitu:
Beriman kepada Allah, para malaikat, Kitab-kitab dan sekalian Rasul-Nya, dan beriman kepada kebangkitan setelah mati dan beriman pada Qadar yang baik dan buruk.
Beriman pada Asma dan Sifat
Merupakan sebahagian dari iman kepada Allah iaitu beriman dengan semua sifat yang disebutkan untuk diri-Nya di dalam Kitab-Nya dan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. tanpa melakukan Tahrif (pengubahan), Ta'thil (penafian), Tamsil (penyerupaan). Bahkan kami percaya dan beriman bahawa tidak ada yang menyerupai-Nya sesuatupun dan Ia Maha Mendengar dan Melihat. Kami mengisbatkan (menetapkan) bagi-Nya akan Asmaa Al-Husna dan sekalian Sifat-Nya yang mulia yang disebut di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Kami berkeyakinan bahawa Ulama Salaf (semoga Allah meredhai mereka) dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengetahui akan makna Sifat-sifat Allah, tetapi mereka menyerahkan hakikat pengandaian dan keadaan kepada-Nya. Kami berkeyakinan seperti apa yang mereka yakini bahawa Allah S.W.T. bersifat dengan semua sifatnya ini dengan makna hakiki bukan majazi (kiasan) yang sesuai dengan ke-Agungan-Nya, jauh dari penyerupaan makhluk pada sedikit sahaja dari Sifat-sifat-Nya.
Dan seperti ucapan Imam Malik: "Al Istiwaa itu sudah dimaklumi; Kaifiyyahnya tidak diketahui; Mengimaninya wajib dan bertanya tentang itu bid'ah." Maka kami mengimani bahawa Allah memiliki tangan tetapi tidak seperti tangan kita, dan memiliki penglihatan tetapi tidak serupa dengan penglihatan kita dan kami beriman dengan turun-Nya 'Azza Wa Jalla ke langit dunia seraya kami ucapkan:
"Al Nuzul (turun) itu sudah dimaklumi; Kaifiyyahnya tidak diketahui; Mengimaninya wajib dan bertanya tentang itu Bid'ah."
Al-Istiwaa dan Fauqiyyah
Kami beriman bahawa Allah S.W.T bersemayam di atas 'Aras-Nya, jauh dari makhluk-Nya, berada di atas langit ketujuh - kita tidak mengatakan bahawa Istiwaa bererti Istilaa atau Haimanah (menguasai) - dengan penyucian zat-Nya dari keterbatasan oleh tempat atau masa. Al-Ma'iyyah (penyertaan) bererti Ia selalu menyertai kita dengan pendengaran, penglihatan dan Ilmu-Nya.
Iman dengan Qadar
Kita beriman bahawa Allah Khaliq, yang menciptaan kita dan perbuatan kita dengan ketentuan bahawa seorang hamba dapat memilih (mukhtar) akan apa yang diperbuatnya, dan kita beriman bahawa Allah Maha Melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya. Sesuatu tidak akan terjadi kecuali dengan Iradah dan ketentuan-Nya, dan tidak terkeluar dari pengaturan-Nya. Seseorang tidak akan dapat meloloskan diri dari Qadar yang telah ditentukan dan tidak akan melebihi dan melewati ajal yang telah digariskan di Lauh Mahfuz. Aqidah kami adalah pertengahan antara al-Qadariyyah yang menyandarkan perbuatan kepada makhluk dan mengatakan bahawa makhluk itu menciptakan sendiri perbuatan baik dan buruk. Kami juga berbeza pendapat dengan kaum Jabariyyah yang mengatakan bahawa seorang hamba itu majbur (tidak memiliki pilihan sama sekali) atas semua perbuatan yang baik dan buruk. Tetapi kita katakan, seperti yang terdahulu, bahawa Allah yang menciptakan kita dan menciptakan perbuatan kita, dan seorang hamba itu diberi kekuatan ikhtiar (memilih) atas perbuatannya.
Iman: Kami berkeyakinan bahawa Iman itu ialah I'tiqad (pengakuan) di dalam hati, yang diucapkan dengan lisan dan dibuktikan dengan amal (perbuatan) anggota badan. Iman bertambah dengan taat dan berkurang dengan perbuatan maksiat.
Dosa dan dosa-dosa besar (Al-Kabair)
Aqidah kami adalah pertengahan antara pendapat Murji'ah dan Haruriyyah (Khawarij) dan Mu'tazilah. Kami tidak sependapat dengan Khawarij yang mengatakan bahawa pelaku perbuatan dosa besar adalah kafir, dan kami tidak sependapat dengan Murji'ah bahawa maksiat itu tidak membahayakan kewujudan Iman, juga kami tidak sependapat dengan Mu'tazilah yang mengatakan bahawa pelaku perbuatan dosa besar berada di satu tempat antara dua tempat, yakni bukan di syurga dan bukan di neraka. Tetapi, kami berdoa untuk orang yang berbuat ihsan dan takut akan nasib orang yang berbuat buruk. Jika ia mati, maka urusan sepenuhnya di tangan Allah, jika dikehendaki Ia mengampuninya atau menyiksanya.
Sahabat Rasulullah s.a.w.
Aqidah kami pertengahan antara Rawafid (Syi'ah) dan
Khawarij. Kami mengimani keutamaan semua Sahabat dan tidak berlebihan pada Ahli
Bait, Berbeza dengan kamu Khawarij yang telah mengkafirkan Ali, Uthman, Thalhah,
Zubair, Muawiyah dan Amru bin Al-Ash. Kami mengimani bahawa ummat Nabi Muhammad
yang paling baik adalah Abu Bakar As-Siddiq, kemudian Umar al-Faruq, Uthman Zun
Nurain, Ali bin Abi Talib seterusnya Saad, Said, Thalhah, Zubair, Abu 'Ubaidah
dan Abdur Rahman bin 'Auf, yang termasuk dalam sepuluh orang yang dijamin masuk
syurga, serta orang-orang yang turut serta dalam peperangan Badar dan para
Sahabat yang termasuk dalam Bai'atur Ridwan dan seluruh para Sahabat Nabi.
Semoga Allah S.W.T. redha atas semua.
Kami mengakui kepimpinan semua para sahabat Rasulullah s.a.w., memohon keampunan
keatas kesalahan mereka, menyebut semua kebaikan yang mereka lakukan dan menahan
diri dari kejelekan yang dilakukan dan berdiam diri (tidak masuk campur) dengan
pertentangan yang pernah terjadi diantara mereka dan kami mengakui keutamaan
mereka. Kami tidak sekali-kali mengkafirkan salah seorang dari Ahli Qiblat
kenapa perbuatan dosa yang tidak dianggap halal dan selama tidak melakukan
perbuatan yang tidak mengandungi makna lain kecuali kekufuran, seperti sujud
kepada salib.
Kita memohon semoga Allah mengampuni orang-orang yang berbuat ihsan dan memasukkan mereka ke dalam syurga, dan kami tidak mengatakan bahawa mereka wajib masuk syurga atau neraka, kecuali siapa yang mendapat persaksian akan hal itu dari Rasulullah s.a.w., dan kami membersihkan semua Ummahatil Mu'minin (Isteri-isteri Rasul s.a.w.) dari kekejian.
Wali
Kami mengakui karamah yang terjadi kepada para wali dan orang-orang mu'min yang takwa. Mereka kesemuanya adalah wali-wali Allah. Dan yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang paling taat dan paling banyak mengikut jejak al-Qur'an dan al-Sunnah.
Hukum Allah
Kami berpendapat bahawa melaksanakan hukum selain shari'at Allah adalah kufur yang mengeluarkan seseorang dari Islam. Juga pengadilan yang dilakukan di bawah naungan hukum ciptaan manusia adalah batal dan tidak sah serta tidak boleh dilaksanakan keputusannya. Kami berkeyakinan bahawa Jihad itu berterusan hingga hari Kiamat, yakni mulai dari diutusnya Rasulullah s.a.w. hingga umat yang terakhir membunuh Dajjal, dan tidak akan ada yang menafikan kewajipannya, baik orang zalim atau orang adil.
Orang-orang yang melakukan dosa besar dari umat Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan kekal berada di dalam neraka jika mereka mati dalam keadaan beriman, dan jika mereka mati belum sempat bertaubat, maka mereka sepenuhnya berada dalam kehendak dan ketentuan Allah; Jika Ia berkehendak, dengan kurnia-Nya, mereka diampuni dan jika tidak, maka dengan keadilan-Nya mereka diseksa.
Kami berpendapat akan sahnya solat di belakang Imam yang baik atau "fajir" dari "Ahli Qiblat" (orang mu'min) dan menyembahyangkan jenazah mereka, dan kita tidak menyaksikan atas seorang muslim dengan kekafiran atau kemunafikan atau syirik selama hal-hal tersebut tidak nampak jelas dari dirinya sendiri, dan kita serahkan rahsia hati mereka kepada Allah S.W.T.
Kita tidak mempunyai dukun atau tukan tenung, dan membencikan orang-orang yang yang melakukan bid'ah. Kami berpendapat bahawa meminta untuk dipenuhi hajat dari orang mati dan meminta pertolongan mereka adalah perbuatan syirik. Adapun tawassul dengan seseorang daripada makhluk adalah tidak benar dan wajib ditinggalkan.
Kami berpendapat membangunkan (meninggikan) kubur dan menjadikan kubur sebagai masjid serta meletakkan kubah di atasnya dan memasang bendera atau umbul-umbul dan kelambu serta menugaskan seseorang sebagai penjaga kubur adalah perbuatan bid'ah yang diharapkan dan harus dibasmi dan dilenyapkan.
Kami beriman dengan adanya fitnah kubur dan kenikmatannya, dan dengan dikembalikannya arwah (roh) ke dalam jasad dan di hari kebangkitannya manusia di padang Mahsyar dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan belum disunat (khitan), kemudian dipancangkan tiang-tiang timbangan amal dan dibukakan buku-buku catatan amalan. Kami beriman akan adanya "Sirat al-Mustaqim" yang direntangakan di mulut Neraka Jahanam dan semua orang yang akan melaluinya sesuai dengan kadar amalannya semasa di dunia.
Kami juga beriman akan adanya Telaga Nabi Muhammad s.a.w. dan Syafa'atnya, dan beliau adalah orang pertama yang memberikan syafaat. Kami percaya bahawa Syurga dan Neraka keduanya adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak akan fana, dan keduanya sekarang ini telah diciptakan dan ada, orang-orang yang beriman akan melihat Tuhannya dengan penglihatan mereka di dalam syurga seperti mereka melihat bulan purnama semasa di dunia dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi penutup dan penghabisan dan makhluk yang paling baik dan mulia.
Juga, Allah S.W.T. tidak terbatas oleh batas permulaan dan akhir dan anggota badan atau peringkat ainnya, dan Ia tidak berada dalam lingkup enam arah seperti pendapat yang diutarakan oleh orang-orang yang melakukan bid'ah.
Kami beriman bahawa Arasy dan Kursi adalah Hak dan Ia tidak berhajat pada Arasy, dan semua yang selain Dia terikat dengan segala sesuatu. Dan kita menyebut orang-orang yang mengadap Qiblat kita sebagai Muslimin dan Mu'minin. Dan siapa yang solat seperti solat kita dan mengadap Qiblat kita dan memakan binatang sembelihan kita adalah orang Muslim. Hak dan kewajipannya sama seperti kita.
Kami berkeyakinan bahawa al-Qur'an diturunkan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan al-Qur'an adalah Kalamullah, bukan makhluk. Daripada-Nya al-Qur'an datang dan akan kembali kepada-Nya juga. Allah S.W.T. menyampaikan hakikat Kalam-Nya sebagai al-Qur'an. Ia menurunkan al-Qur'an atas hamba dan Rasul-Nya yang sangat dipercayai, melalui wahyu dan dengan perantaraan utusan-Nya, iaitu Muhammad s.a.w.
Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji atas-Mu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku meminta ampun dan taubat pada-Mu, Ya Rabb.
DR. ABDULLAH AZZAM