PERKHIDMATAN ASAS INTERNET

USENET      TELNET      FTP       IRC      GOPHER

 

 

 

 

USENET

PENGENALAN

  • Singkatan dari rangkai kata User’s Network iaitu Rangkaian Pengguna.

  • Bermula di Universiti Duke, Amerika Syarikat dan terus berkembang ke seluruh dunia.

  • Bermula pada tahun 1979.

  • Tujuan asal USENET ditubuhkan untuk memberi kemudahan berkomunikasi kepada pengguna komputer yang tidak berpeluang menikmati perkhidmatan seperti email dan senarai mel daripada ARPANET

 

APAKAH USENET?

  • Satu koleksi kumpulan perbincangan elektronik yang sangat besar dan tersebar.

  • Setiap kumpulan perbincangan dalam USENET dipanggil kumpulan berita USENET (USENET newsgroup).

  • Perkhidmatan internet paling popular.

  • Terdpt lebih dari 30,000 kumpulan perbincangan elektronik dalam USENET.

PERBEZAAN USENET BERBANDING SENARAI MEL

Butiran

USENET

Senarai Mel

Protokol

NNTP

SMTP

Perisian bagi membaca artikel

Pembaca Berita (news reader)

Program pelanggan email

Nama pelayan kumpulan perbincangan

Pelayan Berita (news server)

Pelayan senarai (list server)

Langganan

Tak perlu

Perlu

Pembentukan kumpulan

Pelayan berita bertukar-tukar berita dengan pelayan lain.

Pelayan senarai tidak bertukar-tukar email dgn pelayan lain

Mendapatkan artikel

Pengguna perlu menghubungi pelayan berita setiap kali ingin membaca artikel

Penghantaran email dibuat oleh pelayan secara automatik

Penyimpanan artikel

Artikel yang diterima atau dihantar perlu disimpan jika pengguna memerlukan sebagai rekod

Setiap email yang sampai akan disimpan dalam cakera keras secara automatik.

 

BAGAIMANA MENGGUNAKAN USENET?

  • Mencapai pelayan USENET atau dikenali sebagai pelayan NNTP (Network News Transfer Protocol).

  • Contoh: Jika pengguna mendaftar perkhidmatan internet dari             tm.net.my atau www.jaring.my, pelayan NNTP adalah       news.tm.net.my dan news.jaring.my

  • Capaian ke pelayan USENET boleh dibuat menggunakan perisian bacaan berita spt:

  1. Forte Agent

  2. Outlook Express

 

BAGAIMANA USENET BEROPERASI?

  • Beroperasi berasaskan pelanggan-pelayan.

  • Pelayan berita – salurkan berita kepada pembaca berita apabila diminta dan bertukar-tukar berita dengan pelayan berita yang lain membentuk gabungan kumpulan berita yang besar.

 

STRUKTUR PENAMAAN KUMPULAN

  • Setiap kumpulan nama adalah unik.

  • Nama adalah gabungan nama kategori am dengan nama sub-subkategori dibawahnya diasingkan dengan titik di antaranya.

  • Satu sistem penamaan yang berbentuk hirarki.

  • Contoh:

  • Kumpulan yang membincangkan ttg bahasa pengaturcaraan C++

            comp.lang.c++

 

PEMBENTUKAN KUMPULAN PERBINCANGAN

  • Setiap kumpulan perbincangan USENET dikendalikan oleh organisasi yang menubuhkannya.

  • Stp organisasi yg mempunyai kumpulan perbincangan boleh berkongsi kumpulan di antara satu sama lain membentuk kumpulan perbincangan yang lebih besar dan sentiasa berkembang.

  • Perkongsian kumpulan berita ini melibatkan pertukaran artikel yang dikendalikan oleh pelayan berita.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PELAYAN BERITA

  • Menjalankan operasi-operasi tertentu dalam mengendalikan perjalanan kumpulan perbincangan.

  • Setiap organisasi yg menerima kump perbincangan mempunyai pelayan berita sendiri.

  • Tugas-tugas:

  1. Menerima dan menyimpan artikel yang dihantar melalui pembaca berita

  2. Menyalurkan artikel kepada pengguna yang ingin membaca atau menghantar artikel

  3. Menerima artikel yang dihantar oleh pelayan berita yg lain

  4. Menghantar artikel ke pelayan berita yang lain.

 

PEMBACA BERITA

  • Pelanggan kepada pelayan berita.

  • Merupakan perisian yang digunakan untuk menghubungi pelayan berita bagi:

  1. Mendapatkan senarai semua kumpulan berita yang ada pada pelayan

  2. Mendapatkan tajuk artikel

  3. Mendapatkan artikel untuk dibaca

  4. Menghantar dan membalas artikel

  • Pengguna internet yang ingin menggunakan USENET perlu tahu nama domain atau alamat IP bagi pelayan berita supaya pembaca berita boleh menghubunginya.

BACK

 

TELNET

DEFINISI

Telnet merupakan nama protokol atau nama aplikasi yang membenarkan pengguna log masuk ke hos yang ditempatkan di Internet, walau di mana sahaja.

Peralatan ini boleh digunakan bagi melaksanakan operasi jauh (remote login) kepada komputer atau sistem yang ditempatkan di lokasi lain. Dengan cara ini, anda akan mempunyai sambungan terus antara komputer anda dan komputer atau pelayan (server ) yang satu lagi.

Bagaimana telnet berfungsi?

Telnet beroperasi berdasarkan prinsip pengguna/pelayan(client/server). Komputer tempatan menggunakan program klien Telnet untuk membuat sambungan kepada komputer jauh dan memaparkan data pada skrin monitornya.

Manakala komputer jauh menggunakan program pelayan internet untuk menerima sambungan dan menghantar maklumat yang diminta ke komputer tempatan

Secara asasnya semasa anda menggunakan internet, ada 2 perkara berlaku:

Didalam komputer anda program klien Telnet melakukan 3 perkara berikut

Membuat sambungan ke rangkaian dan mencari komputer jauh untuk disambungkan
Memproses input anda dan menghantarnya dalam bentuk bingkisan kepada komputer jauh
Menerima dan memaparkan maklumat yang dihantar oleh komputer jauh

Didalam komputer jauh program pelayan Telnet melakukan 3 perkara komplimentari berikut

Memberi kebenaran sambungan ke komputer anda dan menanti perintah seterusnya
Menerima perintah daripada komputer anda dan melaksanakannya(execute)
Menghantar maklumat yang diminta ke komputer anda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MANFAAT TELNET
 

Untuk mentadbir sesuatu sistem komputer jarak jauh
Untuk mentadbir sesuatu sistem komputer, biasanya anda perlu berada disisi komputer tersebut. Dengan telnet pentadbir jauh boleh melakukannya walaupun berada jauh beribu kilometer daripada komputer jauh

Untuk menyokong aplikasi lama DOS
Telnet membolehkan aplikasi-aplikasi tertentu dialih dari platform lama ke sistem operasi NT untuk digunakan. Telnet digunakan disini sebagai antaramuka kepada para pengguna

Untuk mengendalikan berbilang pengguna dalam satu sistem Windows NT
Sistem window NT boleh mengendalikan berbilang pengguna yang menjalankan tugasan berbeza pada masa yang sama. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang boleh menggunakan konsol sistem pada sesuatu masa. Telnet membolehkan berbilang pengguna log masuk serentak

Untuk menggunakan sesuatu program di komputer yang paling baik dan berkesan
Telnet membolehkan para pengguna menjalankan sesuatu program di komputer jauh dan bukannya di komputer sendiri dalam kes-kes di mana program tersebut memerlukan sejumlah data yang sangat besar yang berada di komputer jauh tersebut.

Untuk menyertai permainan interaktif secara dalam talian
Para pengguna boleh bermain permainan 'kenyataan maya'(virtual reality) berbilang pengguna melalui sambungan telnet.

Untuk mengakses Internet Relay Chat
Telnet membolehkan para pengguna menyertai perbincangan atau perbualan biasa dengan oengguna lain di seluruh dunia secara maya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ALPIKASI TELNET

Dalam kebanyakan komputer, arahan bagi melaksanakan aplikasi Telnet hanyalah dengan menaip perkataan 'telnet' sahaja. Dalam Windows 95 dan 98, aplikasi telnet telah sedia ada dalam sistem.

Cara untuk melaksanakannya seperti berikut:
- Bawa tetikus ke butang 'Start', pilihh Run.
- Kemudian taipkan 'telnet '.
- Selepas itu satu tetingkap akan muncuul di monitor komputer anda.

Cuba aplikasi telnet seumpama ini kepada pelayan JARING. Gunakan telnet dalam Windows 95/98.

1. Langkah pertama pergi ke butang Start, pilih Run.
2. Selepas itu taipkan 'telnet rs.jaring.my'.
3. login: ejet (untuk versi Bahasa Inggeris) atau
4. taipkan mjet (untuk Bahasa Malaysia)
5. Kemudian tekan Enter .



6. Kata laluan tidak diperlukan.
7. Mesej selamat datang akan muncul.

Dari sana, anda mempunyai 4 menu utama:

- Sila taip 1 untuk bayar tambah akaun (yuran penggunaan)
- 2 untuk daftar ahli baru
- 3 untuk semak atau kemaskini rekod peeribadi anda
- k untuk keluar



 

BACK

 

FTP

APAKAH FTP?    

Satu kaedah muat turun(download) maklumat dari mana-mana hos di internet kepada komputer pengguna. Boleh digunakan untuk muat naik (upload) fail dari komputer pengguna ke komputer lain di internet.Terdapat 2 jenis FTP yg sering digunakan:

i) FTP Tersah (Authenticated FTP) Pengguna perlu mempunyai akaun terlebih dahulu sebelum memindahkan fail

ii) FTP Tanpa Nama (Anonymous FTP) Membenarkan semua pengguna memuat turun bahan Nama pengguna : anonymous Kata laluan : alamat email pengguna

Perbezaan -dari segi kebenaran untuk membuat pemindahan fail. Fail-fail biasanya dimampatkan untuk melajukan pindahan fail dan menjimatkan ruang pelayan FTP. *.zip *.gz *.z *.sit *.hqx

Kebaikan Ftp

  1. Boleh berkongsi maklumat dengan pengguna lain dari pelbagai lokasi.
  2. Alat penyebaran fail yg berkesan dan kos efektif.
  3. Memuat turun fail dengan cepat dan cekap

Bagaimana FTP beroperasi?

FTP menggunakan sistem pelanggan/pelayan (client/server)

  1. Pelanggan perlu menghubungi pelayan untuk membuka sambungan.
  2. Pengguna diminta memasukkan nama pengguna dan kata laluan

3 cara menggunakan FTP

  1. Menggunakan browser
  2. Menggunakan perisian ftp yg berbentuk command line
  3. Menggunakan perisian FTP yg mempunyai antaramuka grafik

 

Pengguna boleh menggunakan browser netscape untuk membuka sambungan ke pelayan ftp

Menggunakan perisian ftp yg berbentuk command line , menggunakan utiliti Run atau DOS.

 

Perisian FTP yg mempunyai antaramuka grafik:

Popular Educational Ftp Sites

Classroom Connect ftp://ftp.classroom.net/

Educational Software for Windows Users ftp://oak.oakland.edu/pub/simtelnet/

Microsoft ftp://ftp.microsoft.com/

Washington Library ftp://wuarchive.wustl.edu/

BACK

 

IRC

PENGENALAN

Internet Relay Chat (IRC) dicipta oleh Jarkko Oikarinen dari Finland pada tahun 1988. Bertujuan untuk membolehkan pengguna rangkaian Internet di Finland berkomunikasi dengan pengguna lain secara berkumpulan dan dalam talian. IRC beransur-ansur digunakan di luar Finland, terutamanya di Amerika Syarikat setelah beberapa bulan ia diperkenalkan. Mula terkenal di kalangan pengguna Internet : melaporkan Peperangan Teluk pada tahun 1991 cubaan rampasan kuasa di Rusia pada tahun 1992 gempa bumi di California pada tahun 1994 Perkhidmatan boleh dicapai dari kebanyakan negara yang mempunyai sambungan ke Internet.

APAKAH IRC?

Aplikasi Internet yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dalam sebuah kumpulan yang besar untuk membincangkan sesuatu topik dalam talian. Setiap perbincangan IRC berlaku dalam saluran (channel). Semasa perbincangan, pengguna IRC bukan sahaja boleh berbincang dengan mana-mana pengguna yang berada dalam saluran yang sama secara terbuka tetapi boleh juga berhubung secara perseorangan dengan mana-mana pengguna tersebut tanpa diketahui oleh pengguna lain. Perbualan IRC adalah dalam bentuk teks.

MELIBATKAN DIRI DLAM IRC

Pengguna Internet perlu terlebih dahulu mendapatkan program pelanggan IRC seperti mIRC. Bermula apabila memasuki sesebuah saluran. Pengguna akan menerima apa juga teks perbualan yang dihantar ke saluran oleh mana-mana ahli saluran. Terdapat banyak pelayan IRC yang boleh dimasuki seperti yang terdapat dalam rangkaian Undernet, Dalnet, Efnet dan sebagainya.

SIAPA MENGAWAL IRC?

Dikawal oleh individu yang dipanggil sebagai operator IRC (IRC operator – IRCop). IRCop boleh menggantungkan operasi pelayan IRC di bawah kawalannya untuk menjalankan kerja-kerja pengendalian. Boleh memutuskan sambungan di antara seorang pengguna IRC dengan pelayan IRC sekiranya pengguna didapati melakukan sesuatu kesalahan yang serius. Setiap saluran dikawal oleh operator saluran (channel operator - ChanOp) iaitu individu pertama membuka sesebuah saluran. ChanOp dikenali dengan aksara @ yang terdapat pada permulaan nama jolokan (nickname).

BAGAIMANA IRC BERFUNGSI?

Untuk membolehkan perbincangan berlaku, setiap teks perbualan yang dihantar ke saluran akan dihantar serta-merta ke semua pengguna IRC yang lain yang berada di dalam saluran tersebut. Maka pengguna IRC perlu sentiasa bersambung ke pelayan IRC jika ingin terlibat dalam perbincangan. Setiap pengguna boleh memasuki lebih daripada satu saluran secara serentak. Untuk memilih saluran, pengguna boleh menggunakan arahan /list utk mengarahkan pelayan IRC menyenaraikan semua saluran yang terdapat di dalamnya. Pengguna boleh membuat saluran yg baru – nama saluran bermula dgn aksara # (blh dicapai melalui rangkaian IRC) atau & (blh dicapai oleh pengguna yg berada di dalam pelayan di mana saluran berada). Saluran IRC mempunyai 4 status utama yg ditetapkan oleh ChanOp : Awam (public), peribadi (private), rahsia (secret) dan jemputan sahaja (invite-only).

  • Saluran awam: Saluran yg dpt dilihat oleh seseorg pengguna IRC apabila arahan senarai digunakan utk menyenaraikan semua saluran IRC. Blh dimasuki oleh sesiapa shj utk berbual di dlmnya.
  • Saluran peribadi Seorg pengguna IRC yg lain blh mengesan pengguna IRC yg berada di dalm saluran tsbt dgn arahan /names ttp tdk diberitahu nama salurannya. Saluran akn ditunjukkan dalam senarai saluran apabila arahan /list digunakan.
  • Saluran rahsia Pengguna yg berada di dlmnya tdk blh dikesan dgn arahan /names. Nama saluran dan pengguna di dlmnya tdk akn dipapar. Nama saluran akn disenaraikan apabila arahan /list digunakan.
  • Status sebuah saluran blh disetkan dgn arahan /mode. Hanya operator saluran dibenarkan menggunakan arahan ini.

RANGKAIAN IRC

Setiap pelayan IRC blh disambungkan ant. satu sama lain bg membtk sebuah rangkaian yg dipanggil rangkaian IRC. Setiap saluran yg terdpt pd mana-mana pelayan blh digunakan bersama oleh pengguna IRC yg berada pd pelayan lain dlm rangkaian tsbt. Perkongsian saluran membolehkan ramai pengguna IRC terlibat dgn perbualan dlm sesebuah saluran. Rangkaian IRC adalah rangkaian yg global mk pengguna IRC dr seluruh dunia blh terlibat dgn sst perbincangan.

ARAHAN IRC

  • Arahan asas : Koleksi arahan yg minima yg diperlukan oleh pengguna utk menggunakan IRC.
  • Arahan perbualan
  • Arahan bantuan dan pertanyaan: Arahan yg blh digunakan utk mendptkan pelbagai maklumat ttg pengguna IRC, saluran serta pelayan IRC dlm membantu pengguna menggunakan IRC dgn lebih berkesan.
  • Arahan berkomunikasi: Arahan tambahan yg diperlukan utk berkomunikasi dgn pengguna IRC yg lain dlm btk yg lebih kompleks. Tiada arahan khas diperlukan utk berkomunikasi dgn pengguna lain scr berkumpulan dlm sesebuah saluran
  • Arahan saluran dan operator saluran: Arahan khusus digunakan oleh operator saluran bg mengurus sesebuah saluran di bwh pengawasannya. Mengandungi arahan utk menendang pengguna keluar drpd saluran, menyenaraihitamkan pengguna dan sebagainya

PANDUAN DAN NETIKA BERKOMUNIKASI MELALUI IRC

  • Pilih saluran yg tepat: Subjek dan tema perbualan akn lebih mudah difahami dan menyenangkan menyertai sst perbualan.
  • Ucapan permulaan Memberi salam sms memasuki sesebuah saluran dpt menarik perhatian semua yg ada. Norma kesopanan yg biasa.
  • Tunggu dan lihat Lebih baik tunggu dan lihat apakah subjek dan sifat perbualan. Jgn mendadak dan terburu-buru menyampuk.
  • Maklumat Maklumat peribadi jarang sekali diberikan.
  • Ejaan dan pendekan Ruang perbualan IRC terhad. Mk ramai menggunakan ejaan dan pendekan perkataan dgn syarat ahli saluran lain memahaminya.
  • Bertolak ansur supaya semua dpt berbicara
  • Bersopan santun

PERISIAN IRC

  • Terdpt byk perisian IRC (pelanggan) yg wujud dlm internet.

  • Perisian ini boleh dimuat turun drpd tapak-tapak Internet yg berikut, antaranya :

  1. mIRC :-  http://www.mirc.co.uk

  2. Ircle :-  http://www.xs4all.nl/-ircle/

  3. Pirch :- http://www.bcpl.lib.mdius/~frappa/pirch.html

  • Mudah disedia dan dikendalikan.

  • Peringkat permulaan kebykan pengguna IRC akn menggunakan mIRC krn ia digunakan dgn meluas.

MENGAPA IRC POPULAR?

  • Identiti sebenar penggunanya sukar atau tidak boleh diketahui.

  •  Sesuatu karakter boleh diubah-ubah dgn mudah tidak spt dlm dunia nyata.

  •  Tempat yg sesuai utk berfantasi.

  •  Perbualan IRC boleh dibuat bila-bila masa tdk kira dalam keadaan dan situasi mana penggunanya berada.

  •  Btk IRC yg segerak, murah, mudah digunakan serta mempunyai capaian yg global.

BACK

 

GOPHER

PENGENALAN

Gopher direka di Universiti Minnesota pada 1991 bagi membantu pelajar & kakitangan menyebar maklumat mengenai universiti ke seluruh kampus Penggunaannya merebak dgn cepat kerana bentuknya yang menarik

APAKAH GOPHER?

Gopher adalah protokol internet yang menyusun maklumat mengikut kategori yg tertentu Setiap kategori dijadikan menu Menu teratas mewakili satu skop maklumat yg luas dan bawahnya terdpt byk menu yg lebih menjurus kpd satu subjek Oleh itu, Gopher dikatakan mengatur maklumat dlm bentuk menu yg mempunyai satu struktur hirarki yg tersusun Kini, Gopher tidak lagi digemari kerana kewujudan penggunaan www. yg lebih menarik

MENGAPA GOPHER?

Untuk menjawab soalan ini, Universiti Minnesota telah menetapkan beberapa definisi terhadap perkataan Gopher: binatang yg mempunyai ekor yg pendek; tergolong dlm haiwan mamalia dari keluarga Geomyidae di Amerika Utara (Koloni Amerika) penduduk asli yg tinggal di Minnesota: Gopher State (Koloni Amerika) orang yg suka melakukan kerja-kerja tambahan menerima dan menghantar dokumen untuk staf pejabat (Teknologi komputer) perisian yg mengikut protokol ringkas bagi mengunjuri sambungan internet TCP/IP Selain itu, Gopher sering dikatakan dtg dr perkataan 'go for' bg merujuk kpd kebolehannya menerbitkan maklumat kpd penggguna yg ingin mendptkannya Sesuai dgn Archie, Gopher juga adalah merupakan karektor kartun yg terkenal pd masa itu Walu bgmnapun, nama Gopher juga sering dikaitkan dgn Golden Gophers, iaitu maskot bg Universiti Minnesota di mana Gopher dicipta oleh McCahill dan rakan-rakannya.

ALAMAT-ALAMAT GOPHER

Alamat-alamat Gopher mengandungi 3 bahagian: Gopher server name port, path Gopher server name - adalah merupakan nama domain bagi computer hosting bagi Gopher site

Port - nombor yg memandu arah perisian Gopher kpd dokumen yg spesifik dalam server Gopher

Ianya seakan nombor samb. (extension num) dlm sebuah sistem switchboard default port number adalah 70 - kebykkan server Gopher mpunyai "Main Menu" Dlm kebykkan web browser, port Gopher dimulakan dgn tanda (:) bg membezakan Gopher server name dgn nombor port cth: gopher://gopher.nara.gov:340 Path - Pengguna hanya perlu memasukkan laluan (path) yg dikehendaki shj

cth: gopher.msstate.edu/1/Onlineservices/fineart_online tanda (/) mengasingkan setiap path

RUANGAN GOPHER

Gopher boleh digunakan utk menyebarkan maklumat dgn mendirikan pelayan Gopher dan memasukkan maklumat yg hendak disebar ke dlmnya. Utk memudahkan maklumat disebarkan mll aplikasi Gopher, maka setiap pelayan Gopher lazimnya mpyi sambungan terus kpd pelayan Gopher yg lain. Ini membolehkan pengguna Gopher melawat dr 1 pelayan Gopher ke pelayan Gopher yg lain dgn mudah. Pertalian antara 1 pelayan Gopher dgn pelayan Gopher yg lain akan menghasilkan 1 ruang abstrak yg dipanggil ruangan Gopher (Gopherspace)

BACK

1