DEMOKRASI I
Bismillaahirrohmaanirrohiim
Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Ba'da tahmid wa sholawat 'ala Rasulillah
Ini aku forward-in tulisan dari Akh Ibrahim, Sallehuddin ( Inggris )
*********************************************************************
Asal Usul Demokrasi
Perkataan +demokrasi+ itu berasal dari dua perkataan Yunani (Greek) iaitu +demos+ (rakyat) dan +kratos+ (kuasa) iaitu kuasa atau pentadbiran oleh rakyat. Demokrasi boleh dikesan asal usulnya dari Athens iaitu sebuah negeri Yunani purba. Ia merupakan suatu sistem pentadbiran yang memberi kuasa kepada setiap rakyat (kecuali perempuan, kanak-kanak, hamba abdi serta orang-orang cacat) untuk menentukan isu-isu kehidupan seharian mereka. Oleh kerana demokrasi adalah idealogi buatan manusia yang serba lemah lagi terhad, maka keadaan di Athens telah merosost hingga menjadi huru-hara. Oleh itu, idea demokrasi dibekukan selama lebih kurang 2000 tahun yang berikutnya.
Karen Armstrong dalam bukunya -A History of God- menggambarkan realiti demokrasi yang penuh dengan kelemahan :
- Henceforth women were marginalized and became
second-class citizens in the new civilizations of the Oikumene.
Their position was particularly poor in Greece, for example - a
fact which Western people should remember when they decry
the patriarchical attiudes of the Orient. The democratic ideal
did not extend to the women of Athens, who lived in seclusion and
were despised as inferior beings.-
Selepas reformasi agama Kristian di Zaman Gelap (dark ages) di Eropah, negara-negara sekular Barat telah menghidupkan semula pemikiran demokrasi. Penindasan kejam yang melampau dari pihak gereja Kristian yang bersekongkol dengan Raja-raja yang berlanjutan selama beberapa kurun telah menjadikan rakyat di negara-negara Barat membenci agama Kristian serta raja-raja mereka dan merasakan demokrasilah jalan penyelesaian kepada permasalahan mereka.
Sejarah demokrasi di Malaysia adalah berbeza dari pengalaman buruk yang dialami oleh Eropah. Demokrasi telah dipilih oleh pucuk pimpinan Malaysia sebagai sistem pentadbiran kerajaan setelah mencapai +kemerdekaan+ dalam tahun 1957. Ia ditegakkan melalui kaedah demokrasi berparlimen berasaskan kepada enam rukun negara. Di Indonesia pula, demokrasi ditegakkan atas landasan Pancasila.
----------------------insyaAllah bersambung -------------------