DEMOKRASI II



Assalamu'alaikum Wr. Wb.

*** ditulis oleh akh Sallehudin Ibrahim ( inggris )



Takrif (Definisi) Demokrasi



Kamus Inggeris Oxford mentakrifkan demokrasi sebagai :

Lord Hailsham (seorang tokoh politik dari Britain) dalam bukunya "Dilema Demokrasi" berkata bahawa penggunaan demokrasi yang betul berlaku hanya dalam -kedaulatan popular dan tidak berlaku dalam perkara-perkara lain...

Kedaulatan/kekuasaan boleh dimiliki oleh seseorang individu, sebilangan warganegara atau oleh semua penduduk yang dewasa. Hanya jika golongan yang terakhir (rakyat dewasa) yang memiliki kekuasaan barulah ia boleh dinamakan demokrasi-. Kedaulatan popular bermakna manusia adalah sumber muktamad bagi kerajaan, kekuasaan dan sahnya sesuaut perkara yang dilakukan. Kerajaan demokrasi +milik rakyat+ adalah berdasarkan kepada kehendak rakyat.

Sumber kemunculan sistem demokrasi seluruhnya adalah manusia dan tidak ada hubungannya sama sekali dengan wahyu atau agama.



Keterangan Lanjut

Demokrasi yang telah dijajakan Barat yang kafir ke negara-negara umat Islam itu sesungguhnya adalah sistem kufur. Ia tidak ada hubungan dengan Islam sama sekali, baik langsung mahu pun tidak langsung. Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam dalam garis besar dan perinciannya, dalam sumber kemunculannya, aqidah yang melahirkannya atau asas yang mendasarinya serta berbagai idea dan peraturan yang dibawanya. Oleh itu, umat Islam diharamkan secara mutlak mengambil, menerapkan dan menyebarluaskan demokrasi.

Demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan yang dibuat oleh manusia dengan tujuan untuk membebaskan diri dari kezaliman dan penindasan para pemerintah terhadap manusia yang memperalatkan agama. Demokrasi adalah suatu sistem yang bersumber dari manusia dan ia tidak ada hubungan dengan wahyu atau agama.

Kemunculan semula demokrasi bermula dari adanya pemerintah di Eropah yang beranggapan bahawa pemerintah adalah wakil Tuhan di bumi dan berhak memerintah rakyat berdasarkan kekuasaan Tuhan. Mereka beranggapan bahawa Tuhan telah memberi mereka kuasa mutlak membuat hukum dan menerapkannya.

Dalam perkataan lain, pemerintah memiliki kuasa sepenuhnya memerintah rakyat dengan peraturan yang dibuat oleh pemerintah itu sendiri kerana mereka telah mengambil kekuasaannya dari Tuhan, bukan dari rakyat. Oleh itu, mereka menzalimi dan menguasai rakyat.

Akibatnya timbullah pergolakan antara para pemerintah Eropah dengan rakyatnya. Lahirlah berbagai revolusi dan antara yang terkenal ialah Revolusi Perancis. Para pemikir dan ahli falsafah mulai membahaskan masalah pemerintahan dan menyusun konsep sistem pemerintahan rakyat - iaitu sistem demokrasi - di mana rakyat menjadi sumber kekuasaan dalam sistem tersebut.

Pemerintah mengambil sumber kekuasaannya dari rakyat yang menjadi pemilik kedaulatan. Rakyat dikatakan memiliki kehendaknya, melaksanakan sendiri kehendaknya itu dan menjalankannya sesuai dengan keinginannya. Rakyat berhak pula melantik pemerintah untuk memerintah rakyat kerana kedudukannya sebagai wakil rakyat dengan peraturan yang dibuat oleh rakyat. Oleh itu, sumber kemunculan sistem demokrasi seluruhnya adalah manusia dan tidak ada hubungannya sama sekali dengan wahyu atau agama.

Demokrasi merupakan lafadz dan istilah Barat yang digunakan untuk menunjukkan pemerintahan dari, oleh, dan untuk rakyat. Rakyat dianggap penguasa mutlak dan pemilik kedaulatan yang berhak mengatur urusannya sendiri serta melaksanakan dan menjalankan kehendaknya sendiri. Rakyat tidak bertanggungjawab kepada kekuasaan sesiapa pun, selain kekuasaan rakyat. Rakyat berhak membuat peraturan dan undang-undang sendiri kerana mereka adalah pemilik kedaulatan melalui para wakil rakyat yang mereka pilih. Rakyat berhak pula menerapkan peraturan dan undang-undang yang telah mereka buat melalui para penguasa dan hakim yang mereka pilih dan keduanya mengambil alih kekuasaan dari rakyat kerana rakyat adalah sumber kekuasaan. Setiap individu rakyat sebagaimana individu lainnya berhak menyelenggarakan negara, melantik penguasa serta membuat peraturan dan undang-undang.

Menurut konsep dasar demokrasi iaitu pemerintahan yang diatur sendiri oleh rakyat - seluruh rakyat harus berkumpul di suatu tempat umum dan di situ mereka membuat peraturan dan undang-undang yang akan mereka terapkan, mengatur berbagai urusan serta membuat keputusan terhadap masalah yang perlu diselesaikan.

Walaubagaimana pun, oleh kerana tidak mungkin dapat dikumpulkan seluruh rakyat di satu tempat agar seluruhnya menjadi sebuah lembaga legislatif , maka rakyat kemudian memilih para wakilnya untuk menjadi lembaga legislatif. Lembaga inilah yang dikenali dengan parlimen atau dewan perwakilan iaitu yang dalam sistem demokrasi dikatakan mewakili kehendak umum rakyat dan merupakan penjelmaan politik dari kehendak umum majoriti rakyat. Dewan ini kemudian memilih pemerintah dan ketua negara - yang akan menjadi penguasa dan wakil rakyat dalam pelaksanaan kehendak umum rakyat.

Ketua negara tersebut mengambil kekuasaan dari rakyat yang telah memilihnya, untuk memerintah rakyat dengan peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh rakyat. Dengan demikian, rakyatlah yang memiliki kekuasaan secara mutlak , yang berhak menetapkan undang-undang dan memilih penguasa yang akan melaksanakan undang-undang tersebut.

Untuk membolehkan rakyat menjadi penguasa bagi dirinya sendiri serta dapat melaksanakan kedaulatan dan menjalankan kehendaknya sendiri secara sempurna - baik dalam penggubalan undang-undang dan peraturan mau pun dalam pemilihan penguasa - tanpa diserta tekanan atau paksaan, maka kebebasan individu (freedom of individual) menjadi prinsip yang harus diwujudkan oleh demokrasi bagi setiap individu rakyat. Oleh itu rakyat akan dapat mewujudkan kedaulatannya (sovereignity) dan melaksanakan kehendaknya sendiri sebebasnya tanpa tekanan atau paksaan.

Kebebasan invididu ini terdapat dalam 4 aspek kebebasan yang dipandang suci dalam demokrasi :-

(1) Kebebasan beragama (Freedom of belief)

(2) Kebebasan mengeluarkan pendapat (Freedom of expression)

(3) Kebebasan memiliki apa sahaja (Freedom of ownership)

(4) Kebebasan bertingkah laku



Wassalamu'alaikum Wr. Wb.



----------------------insyaAllah bersambung -----------------------



1