(13 DISEMBER 1997)
Seramai 248 daripada 257 orang pelajar tingkatan lima MRSM Muar layak untuk menerima sijil graduasi MRSM bagi tahun 1997. Majlis telah dilangsungkan sebaik sahaja kertas peperiksaan SPM yang terakhir (Pendidikan Seni) tamat pada 12 Disember 1997. Acara yang penuh gilang gemilang itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Roslan bin Johari, Pengarah, Bahagian Pelajaran Menengah MARA. Aturcara dimulakan dengan perarakan masuk graduan ke Dewan Dato' Onn, MRSM Muar. Ternyata majlis yang penuh bersejarah itu diambil kesempatan oleh ibu atau bapa pelajar untuk bergambar dengan anak mereka masing-masing.
|