20-1-01 VICK NASH NAFI MEMILIKI AWEK
BX Soulja Commander , Vick 'Mo Sambi' Nash
menafikan dalam sidang media hari ini bahawa
beliau mempunyai awek baru . Semalam akhbar
Tamil Daily melaporkan bahawa rapper maha-
platinum tersebut menjalinkan hubungan dengan
gadis melayu bawah umur di ofis beliau . Tambah
akhbar tersebut, Vick Nash sedang menyediakan
10 awek baru lagi sebagai reserve termasuk
untuk posisi penjaga gol. Vick Nash yang
mengamuk pada sidang tersebut sambil melempang
kepala Prashan berkata 'Poyi poyi , mana ada aku
pasang awek , Aina tu lelaki tamil lah' sambil
menunjukkan tag nama rakannya yang dicuri di
ofisnya di KFC Jaya Jusco.

7-1-01 BA - VICK NASH BERGADUH
Seluruh empayar BX Records gempar apabila
mendapat berita pergaduhan di antara dua pemimpin
tertinggi label tersebut . Dipercayai Prashan kini
menghadapi trauma yang agak kronik kerana
bimbang perpecahan BX Records mengakibatkan dia
gagal menjelaskan tambang bas yang sebelum ini ditaja
oleh Ba . Dilaporkon pergaduhan tersebut agak serius
sehingga melibatkan pelbagai gerakan yang boleh
membunuh seperti powerbomb mahupun piledriver .
Walaupun Ba membelasah Vick Nash menggunakan
pelbagai cara , akhirnya beliau tewas kepada
timbalannya . Ba yang dikejarkan ke unit rawatan rapi
dikatakan berada dalam keadaan sangat kritikal.
Mesyuarat tergempar telah diadakan pada hari yang
sama bagi membincangkan masa depan BX Record.
Walaubagaimanapun , Vick Nash yang kelihatan sihat
dan ceria muncul secara tiba-tiba di hadapan soulja-
soulja BX dan mendapat tahu Kaviarasulah yang
telah mendedahkan pergaduhannya kepada semua
orang.'Susah gila bodoh nak bantai Ba , aku bengang
aku terus lari turun dari hell in cell masuk  ring , bila Ba
masuk jugak , aku terus pin , fuhhh.. puas hati'.Seluruh
employee BX Records yang berada dalam ketensenan
   setelah menyedari Ba dan Vick Nash cuma main game
WWF Smackdown itu terus melempang kepala
Prashan secara bergilir-gilir lalu beredar dari bilik
mesyuarat tersebut.

   
                                                             
(Please click here 700x if you desperately need to view our news archive)
              
1-1-01 Prashan saman BX Records
Ketua Kebajikan Soulja-Soulja Tamil BX Records , Prashan
dilaporkan menfail saman ke atas BX Records kerana
menyiarkan identiti sebenarnya di dalam laman web rasmi
BX Records . Rapper yang menggunakan topeng badut sarkas
bersama-sama tag teamnya Prabu yang dicuri di bilik
tidur Kaviarasu dikatakan sedang mengalami trauma yang
maha kritikal sehingga malu untuk berdepan dengan 
reciever Astronya sendiri apatah lagi menghendap sute 
atau mulek kawan-kawannya. Malah , sudah seminggu
Prashan menyembunyikan dirinya di bawah meja ping-pong
kerana takut dihina dan ditertawakan oleh awek-awek
mIRCnya . Menurut Prashan ,"!@#* betullah Ba tu , siar
               tak tanya aku dulu , nasib baik gambar tu gambar
aku dah mekap , patutnya muka aku lagi buruk daripada
gambar tu" , sambil membiarkan wartawan membandingkan
mukanya dalam sidang itu dengan muka anjing Vick Nash
yang lebih hensem daripadanya . Apabila isu itu
ditujukan kepada CEO Of BX Records , menurutnya ,
"Prashan tu tak bersyukur langsung , itupun aku dah
super-impose kan gambar tu kasi sumbat kepala Alvin kat
background , kalau tak semua orang tau Prashan
tengah berposing kat Agra , hometown dia , lagilah malu
dia...".Setelah perbicaraan mahkamah selama tujuh jam,
akhirnya Ba terpaksa mengalah dan membayar Prashan ganti
-rugi . "Kesian lah budak kencing jernih tu , bagi can
lah , lagipun dia homie aku , kalau dia letak jawatan ,
kepala sapa lagi aku nak lempang" . Prashan ketika
ditemui oleh wartawan sedang melompat-lompat kegembiraan
sambil menjerit , "Yeahhh!!!Aku ada seringgit enam puluh
sen , tambang bas , Yeahhh!!!".
gambar
1