Selamat mempelajari cara untuk menulis dokumen HTML!
Jikalau anda baru mengenali internet, jangan bimbang atau takut. Saya akan cuba
berikan penerangan dengan sebaik-baiknya mengenai cara bagaimana menulis dokumen HTML yang diperlukan untuk membina Halaman Peribadi (HP).
Jikalau menghadapi masalah untuk memahami panduan ini, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Tetapi sebelum itu, saya harap anda baca dahulu kesemua panduan ini. Selepas mengikutinya dan menghadapi masalah, sila rujuk FAQ. Jika masih menghadapi masalah, cuba tinggalkan pesanan di Papan Maklumat (Message Board) yang saya sediakan di halaman pertama. Jikalau saya mempunyai jawapan untuk mengatasi masalah anda, saya akan cuba memberikan jawapannya. Pada kebiasaannya saya akan ke HP ini dua atau tiga kali seminggu. Jikalau sesudah dua minggu kemusykilan anda masih tidak berjawab, kemungkinan besar saya tidak tahu cara untuk mengatasinya! hehe... Maaf ya. Masih banyak perkara yang saya tidak tahu! Maklumlah, setiap hari ada sahaja perkara-perkara baru yang saya masih perlu pelajari!
Selamat Maju Jaya!
Catatan Mengenai Panduan Menulis HTML ini
|
Februari 21 1998 |
Syukur Alhamdulillah.
Akhirnya saya siap menulis FAQ dan Ujian Pertama ke atas semua arahan yang terkandung dalam panduan ini.
Hasrat untuk menulis panduan ini sebenarnya sudah lama tetapi selalu tertangguh oleh kesibukan kerja dan aktiviti memancing! hehe... Tambahan pula pc saya "crashed" pada Februari 10. Dua hari jugalah terpaksa isikan balik semua perisian di "primary drive." Syukurlah saya menyimpan semua kerja di "secondary drive!" Jikalau tidak, tentulah saya terpaksa mengambil masa yang lebih lama lagi untuk menyiapkan panduan ini. Tetapi terpaksalah juga memperbaiki versi yang pertama. hehe... Alahai... win95!
Saya harap "Panduan menulis Dokumen HTML" ini sedikit-sebanyak memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memahaminya. Saya harap dalam beberapa hari ini dapatlah saya menyiapkan Kerangka HTML atau bone HTML . Kerangka HTML adalah arahan "universal" yang difahami oleh pelayar web. Saya akan hanya memberikan maksud arahan, tanpa sebarang panduan untuk menggunakannya. Panduan untuk menggunakannya tentulah sudah ada di sini! hehe... |
Februari 8 1998 |
Siap mengedit ejaan dan bahasa semua teks sehingga Pelajaran 4 |
Januari 28 1998 |
Mula menulis Pelajaran 2 terus dengan Note Pad! Saya "stand-by" browser untuk melihat sahaja setiap langkah kerja. Mulanya kekok juga, tetapi setelah menghadapi beberapa masalah seperti kotak "tenggelam-timbul," huruf tiba-tiba tebal (bold tak tentu hala dan sebagainya, barulah saya berasa selesa untuk menulis terus dokumen HTML yang mengandungi panduan ini langsung dari Note Pad!. Daripada peringkat awalnya saya hanya faham, sekarang dengan selesa pula saya menulis dokumen ini! Tetapi apabila terlupa araha-arahan tertentu, kena rujuk jugalah Kerangka HTML (Bone HTML)!
Berhenti menulis kerana Cuti Hari Raya Aidil Fitri 1418. |
Januari 14 1998 |
Oleh kerana kerja-kerja "up-loading" fail dan mengedit semula dokumen di Geocities, kerja-kerja menulis panduan ini (sehingga Pelajaran 1) dihentikan sejak Januari 12. |
Januari 2 1998 |
Mula menulis "Panduan Menulis Dokumen HTML" untuk diletakkan di "Rangkaian Jack21." Saya mulakan dengan Netscape Composer. Jangan marah ya! |
Kandungan Panduan Ini
Pengenalan
- Catatan Mengenai Panduan Menulis HTML
- Kandungan Panduan Menulis Dokumen HTML
Pelajaran 1
- Apa Itu Dokumen HTML?
- Apa Perlunya Dokumen HTML?
- Bagaimana Menulis dokumen HTML?
- Dokumen HTML Adalah Dokumen Arahan
- Rangka Dasar Dokumen HTML
- Mengisi Dokumen HTML
Pelajaran 2
- Arahan Global Warna Latar Belakang
- Arahan Global Warna Teks
- Asas Mengenai Teks
- Arahan Mengenai Teks Yang Difahami Oleh Pelayar Web
- Arahan Khas Bagi Saiz Dan Warna, Kedudukan Teks, Pisah Ayat & Pisah Perenggan, Ruang (Space) DSB.
Pelajaran 3
- Apa Itu Imej?
- Imej Untuk HP
- Meletak Imej Pada Dokumen HTML
Pelajaran 4
- Melukis Garis Lintang
- Cara Merangkai Imej ataupun Teks
- Rangkai Dan Rujuk
- Membuat Senarai
- Membuat Kotak
- Email
- Audio
FAQ
- Up-Loading (Menghantar dokumen dan fail ke sampul HP anda)
- Kenapa Imej Tak Kelihatan?
- Apa Jadi Dengan Java Applet Saya?
- Streaming Untuk Audio Atau Video
Kod Warna
|