Sebelum mikropemproses Pentium dicipta,pemproses Intel 486 menguasai pasaran mikropemproses.Ia adalah pembaharuan daripada pemproses Intel 386 yang juga dari keluarga Intel 80X86.Pemproses Intel 486 ini telah ditambahkan satu unit pengira matematik sampingan (math co-prosessor).
Pemproses Intel 486 ini juga mengandungi cache kod dan cache data masing-masing bersaiz 8 Kbait.Perbezaannya dengan pemproses Intel 386 ialah ia mempunyai 16 bait dalam satu baris manakala pemproses Intel 386 ialah 4 bait.
Talian paipnya juga sama seperti yang terdapat dalam mikropemproses Pentium dimana ia mempunyai lima peringkat perlaksanaan dalam setiap kitar jam.
Untuk melaksanakan letusan tulis ke dalam ingatan pemproses Intel 386 memerlukan 4 kitar jam manakala pemproses Intel 486 memerlukan hanya 1 kitar jam. Bagi mikropemproses Pentium pula ia dapat melaksanakan 2 suruhan secara serentak pada setiap kitar jam.Ini bermaksud ia dapat melaksanakan suruhan tersebut sebanyak dua kali ganda berbanding dengan pemproses Intel 486.
Dengan itu juga pemproses Intel 486 mempunyai 168 pin array berbanding dengan 132 pin pada pemproses Intel 386.Pin-pin tersebut adalah untuk kegunaan isyarat-isyarat baru yang dimuatkan ke dalam pemproses Intel 486.Antara isyarat-isyarat tersebut ialah kumpulan pariti DP0-DP3 dan PCHK#.Isyarat-isyarat ini membolehkan pemproses Intel 486 mengimplemenkan pengesanan kutub atau golongan untuk kegunaan pembacaan dan penulisan ingatan.
Disamping itu juga pemproses Intel 486 telah dimaukkan 6 suruhan baru berbanding dengan pemproses 386.Suruhan-suruhan tersebut ialah INVD,WBINVD (untuk menegunkan cache),INVLPG,BSWAP (untuk menggantikan arahan didalam satu daftar 32 bit,penting untuk antaramuka),XADD dan CMPXCHG (untuk kegunaan bekerjasama dengan semaphore).
Tanpa melengahkan masa mari kita melihat perkembangan industri mikropemproses yang lebih canggih lagi berkuasa.
Dengan keupayaan pembuatan untuk menyepadukan 3.1 juta transistor pada satu cip silikon,para pereka bentuknya dapat menambahkan aras kefungsiannya dan nyata meningkatkan kuasa pengkomputeran.Perkara baru kepada keluarga ini ialah suruhan 8 kilobait yang berasingan dan data cache,talian paip perlakuan integer duaan (paip U dan V),unit ramalan cabang,unit titik apung diperbaiki dan unit bas yang lebih luas dan cepat.Ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi selepas ini.
Saiz bas data luaran pemproses Pentium telah meningkat kepada 64 bait berbanding dengan 32 bait yang terdapat dalam mikropemproses sebelum ini.Saiz da peningkatan pengendalian frekuensi membolehkan lebar jalur maksimum 528 megabait setiap saat dengan menggunakan kitar letusan baca bersama-sama dengan letusan tulis.
Unit titik apung (Floating Point Unit,FPU) telah direka bentuk semula ke dalam 8 peringkat talian paip berupaya melakukan satu pengendalian setiap kitar jam.Empat peringkat yang pertama talian paip adalah sama seperti paip integer.Empat peringkat akhir mengandungi dua peringkat unit perlakuan titik apung diikuti dengan pembundaran dan penulisan hasil ke fail daftar dan melaporkan sebarang ralat yang berlaku dalam peringkat akhir.FPU bergabung dengan litar-litar baru untuk meningkatkan keljuan pengendalian biasa seperti ADD,MUL dan LOAD dengan faktor 3.
Sekarang mari kita lihat bahagian dalam satu pemproses Pentium secara mendekat seperti yang telah dijanjikan tadi.
This page hosted by
Get your own Free Home Page