kembali ke menu

PANDUAN MEMBINA SOALAN

( Untuk Panduan Guru Menyediakan Soalan Yang Bermutu )

ITEM

Konsep Item

Perkara / alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang berupa evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk.

Jenis Item

Amali

Lisan

Bertulis

a. Objektif

MCQ

Multiple Completion

Padanan

Benar/Palsu

Isi Tempat Kosong

b. Subjektif

Jawapan Pendek

Berstruktur

Esei

Komponen Item

Secara am ;

Tugasan - Apa yang perlu diberikan sebagai respons

Arahan - Bagaimana cara memberikan respons

Ciri Item

Ketepatan dan Kejelasan

Ketepatan : konstruk yang diukurKejelasan : keboleh bacaannya, kejelasan ekpresinya dan ketekalan stail (Consistency of style)

Kesesuaian

Aras kesukaran : kesesuaian dengan aras kesukaran yang dihasratkan dan setiap item harus ada jangkaan aras kesukaran.

Kepentingan : Pentingnya perkara yang disoal ditanyakan - konteks/situasi dan elak dari perkara-perkara remeh.

Bias : Tidak memberi faedah istimewa kepada subkumpulan tertentu seperti gender, bangsa, status ekonomi, tempat tinggal dsb.

Keakuran (Confirmity)

Dengan Spesifikasi (match the spec.)

Setiap ujian mesti ada spesifikasi. Oleh kerana item adalah sebahagian daripada ujian, setiap item mestilah `confirm’ dengan spesifikasi ujian. (Content validity)

Dengan Kurikulum (match the syllabus)

Mesti selaras dengan objektif mata pelajaran. (Curricular validity)

Dengan Pembelajaran

Mesti selaras dengan apa yang dipelajari oleh murid. (Instructional validity)

 

PEMBINAAN UJIAN

UJIAN BERTULIS

1. SOALAN ANEKA PILIHAN ( MCQ )

Item yang mempunyai satu tugasan dan beberapa pilihan jawapan yang telah ditetapkan, kebiasaannya empat atau lima.

Satu item mengandungi stem, pilihan jawapan, jawapan dan distraktor.

Set item, dua atau lebih item yang dibina berdasarkan satu petikan, masalah, carta atau lain-lain bentuk rangsangan.

Item aneka pilihan mempunyai beberapa bentuk :

Soalan terus

Soalan terus dengan rangsangan

Satu jawapan

Dua pilihan jawapan yang betul

Tiga pilihan jawapan yang betul

PANDUAN MENULIS ITEM

Pilih konsep atau idea dan juga konstruk yang hendak diuji (yang penting diketahui/difahami dan konstruk ; pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian.

Tulis stem disekitar idea yang dipilih ( jelas, tiada ~window dressing’ )

Stem boleh berbentuk soalan, pernyataan tidak lengkap atau pernyataan yang lengkap terhadap masalah yang hendak diselesaikan.

Pastikan hanya ada satu jawapan.

Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.

Set item ; Tentukan item-item yang dibina berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan dari maklumat lain atau daripada item sebelumnya. Setiap item mestilah `independent’ ( distraktor dalam satu item tidak membantu untuk menjawab item yang lain ).

Tentukan matlamat item dengan jelas. Jika item pengetahuan jangan ditambah tokok dengan perkara yang tidak perlu; jika item kritikal, pastikan item tidak dijawab dengan fakta semata.

Jika hendak membuat item sukar, pastikan kesukarannya kerana keperluan calon membuat pemikiran yang lebih tinggi, bukan kerana perkara yang disoal tidak penting.

Tiada negatif berganda.

Opsyen homogenous – tidak memberi clue , tidak berbentuk `payung’, tidak menggunakan istilah umum seperti selalunya, hanya, kesemua, dan lain-lain.

Tiada unsur bias jantina, bangsa, tempat dan bebas daripada isu politik, agama dan emosi.

 

 

 

SOALAN JAWAPAN RINGKAS ( SJR )

 

Kelebihan SJR

Mudah dibina

Hanya mengukur takat pengingatan kadangkala kefahaman calon tentang sesuatu maklumat atau fakta

Tidak memerlukan sesuatu peraturan pemarkahan yang terperinci yang selalunya sukar dibina

Calon dikehendaki memberikan jawapan

Dapat mengelakkan calon meneka mana-mana jawapan yang betul seperti dalam bentuk benar/salah, atau soalan pelbagai pilihan.

Keadaan ini meninggikan lagi kebolehan bahawa calon tahu tentang sesuatu fakta itu.

Boleh memuatkan lebih banyak soalan dalam sesuatu ujian.

Keadaan ini dapat menentukan skop kandungan yang lebih luasd untuk diuji dan sekali gus meninggikan kesahan kandungan ujian.

 

Batasan SJR

 

Hanya sesuai digunakan untuk menguji kemahiran kognitif peringkat rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman. Kebanyakan SJR dianggap sukar apabila ramai calon tidak boleh menjawan soalan yang dikemukakan. Kesukaran soalan mungkin disebabkan calon tidak dapat mengingat kembali apa yang telah dibaca, dipelajari atau soalan yang dikemukakan tidak didalam pengetahuan calon berkenaan. Kebolehan mengingat merupakan asas kepada kemahiran kognitif yang lain. Mengingat merupakan satu kemahiran penting kerana tidak semua calon dapat mengingat sesuatu dengan cepat dan mengekalkan ingatannya dalam satu tempoh yang lama. Mengingat mempunyai satu kaedah yang tersendiri. Kaedah mengingat yang berkesan tidak sama dengan setiap individu. Namun demikian terdapat satu panduan umum untuk mengingat sesuatu. Sebagai contoh, calon kerap diarah untuk melakukan latih tubi yang bertujuan supaya sesuatu yang dipelajari dapat dikekalkan dalam ingatan masing-masing. Mengingat akan menjadi lebih berkesan jika ia dibuat kena pada masa dan keadaannya. Malahan mengingat menjadi satu budaya dalam kehidupan orang-orang islam. Adalah menjadi fardhu kifayah dalam sesuatu tempat itu mempunyai seseorang yang boleh mengingati kandungan Al-Qur’an. Disini dapat dilihat betapa pentingnya aspek mengingat dalam kehidupan orang-orang islam malahan dituntut oleh agamanya untuk mengingat.

Pemarkatan SJR mungkin kurang objektif berbanding dengan pemarkatan soalan berbagai pilihan yang dimarkat oleh mesin. Keadaan ini mungkin boleh berlaku apabila pembina kurang berhati-hati dalam membina soalan. Berbagai bentuk SJR boleh dibina.

Memerlukan lebih banyak masa untuk memarkatkannyaberbanding dengan soalan objektif berbagai pilihan atau soalan benar/salah.

Kurangnya kemudahan komputer yang boleh digunakan untuk memarkatkan SJR

 

PANDUAN MENULIS SJR

Soalan yang dibina mestilah mengukur satu kemahiran yang tepat dan khusus. Kemahiran yang hendak diukur ditentukan menggunakan JPU. Pematuhan kepada JPU menguatkan lagi kesahan kandungan ujian. Perlu diingatkan kembali bahawa SJR amat sesuai bagi soalan berkaitan ingatan kepada sesuatu perkara.

Tentukan bahawa soalan itu boleh dijawab dalam dua atau tiga ayat ringkas. Jika jawapan yang diberikan memerlukan calon menulis lebih dari 3 ayat ringkas, maka kaedah esei hendaklah digunakan.

Tentukan sama ada satu jawapan sahaja yang betul atau beberapa jawapan yang homogen juga boleh diterima sebagai jawapan betul.

Pastikan semua pemeriksa bersetuju dengan jawapan bagi setiap soalan. Untuk mengelakkan terdapatnya beberapa jawapan yang boleh diterima sebagai jawapan betul, bina soalan yang jawapan betulnya adalah terhad kepada satu atau dua jawapan sahaja.

Tentukan aras kebolehan bacaan bagi sesuatu soalan itudi bawah kebolehan bacaan seseorang calon untuk membolehkan calon memahami tugasan soalan dengan sekali bacaan sahaja. Calon tidak perlu membaca sesuatu soalan berulang-ulang bagi mendapatkan tugasan sesuatu soalan itu. Aras kemahiran membaca yang diperlukan untuk memahami sesuatu soalan mestilah rendah dari kemahiran membaca calon untuk menjawab soalan yang berkenaan.

Tentukan juga penggunaan nahu dan perbendaharaan kata yang digunakan dalam ujian sama dengan yang digunakan semasa pengajaran di bilik darjah. Perlu diingatkan sekali lagiwalaupun SJR memerlukan calon mengingat tetapi calon tidak perlu mengingatsetiap ayat dalam buku teks. Yang perlu diingat ialah fakta yang berkaitan dengannya. Keadaan ini berbeza dengan hafazan ayat-ayat Al Qur’an dan hadith di mana setiap patah perkataan, tanda bacaan dan sebagainya mestilah diingat dengan tepat.

Pastikan format soalan dan ujian membenarkan pemeriksa memarkat jawapan calon dengan lebih berkesan. Ini boleh dibuat dengan menyediakan satu ruangan kahs untuk calon menuliskan jawapannya. Keadaan ini akan memudahkan pemeriksa menyemak jawapan calon dan memarkatkannya.

SOALAN ESEI

Kemahiran menulis adalah penting terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah atas. Kelebihan soalan jenis esei ialah untuk mencungkil kemahiran pelajar menulis dari segi ;

Mengorganisasikan idea

Mensepadukan idea

Mensintesiskan pengetahuannya

Menggunakan maklumat menyelesaikan masalah

Inovatif dalam pendekatan terhadap sesuatu masalah

Untuk memastikan harapan ini tercapai, tugasan soalan mestilah dibentuk. Untuk merasakan nilai soalan esei dan appraising kebolehan calon dapat mengumpul dan menggunakan bahasa secara yang lebih berkesan bergantuk kepada cara penulisan tugasan soalan untuk mengeluarkan (tapping) kebolehan ini dan boleh menstruktrurkan situasi supaya faktor lain tidak dapat menyekat appraisal yang diharapkan.

 

PANDUAN MENULIS ESEI ( Thorndike & Hagen, 1968 )

Pembina soalan mestilah jelas tentang jenis proses yang calon perlukan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal dikemukakan pada tahap mana mengikut Taksonomi Bloom sesuatu soalan itu harus dibina. Contoh : seandainya pembina inginkan calon mencerakinkan sesuatu maklumat dan membuat penilaian ke atas maklumat itu, maka pembina harus dapat membentuk satu soalan yang dapat mengukur tentang kebolehan calon mencerakinkan dan membuat keputusan ke atas maklumat berkenaan. Perlu diingatkan pembina mestilah selalu menyemak kurikulum sama ada kemahiran yang diperlukan itu sejajar dengan kehendak kurikulum.

Gunakan bahan-bahan baru atau keadaan yang serupa dalam membentuk soalan esei. Elakkan dari penggunaan perkataan yang serupa seperti dalam buku teks kecuali istilah-istilah khas.

Soalan esei lebih sesuai untuk pengujian tentang kefahaman dan pemikiran calon bagi sesuatu aspek, perkara dan sebagainya. Adalah rugi sekiranya soalan esei digunakan untuk mendapatkan maklumat seperti : Apakah, Siapa, Bila, Senaraikan dan sebagainya. Kata kerja berkenaan lebih cenderung kepada mengeluarkan maklumat dari hafalan atau ingatan. ( Kata kerja yang sesuai boleh didapati dari nota taksonomi Bloom )

Tuliskan tugasan esei dengan jelas supayacalon tidak ragu-ragu atau keliru dengan tugasan soalan. Jawapan calon mestilah mencerminkan taraf kefahaman atau penguasaan calon dalam tugasan yang disoal dan bukannya bagaimana calon cuba menjelaskan kehendak tugasan soalan.

Soalan yang berkaitan dengan isu-isu kontroversi seharusnya menyoal untuk isu berkenaan dan dinilai dari aspek persembahan bukti menyokong untuk isu berkenaan daripada calon bersetuju dengan isu itu.

Pastikan soalan esei dapat mengeluarkan perlakuan yang dikehendaki oleh pembina soalan. Contoh : Nyatakan definisi pertanian persekitaran terkawal (ppt). Dalam soalan ini, p;embina ujian tidak mahu pendapat calon tentang definisi ppt tetapi definisi ppt yang sebenarnya dalam pertanian. Pembina perlukan fakta bukannya pendapat.

Pastikan panjang dan kompleksnya jawapan yang diperlukan bertepatan dengan aras kematangan calon. Maklumat ini boleh didapati dari objektif kurikulum.

Sediakan peraturan pemarkahan bersama dengan setiap soalan yang dibina. Peraturan pemarkahan akan memastikan kepada pembina bahawa itulah jawapan yang dikehendaki daripada soalan yang dibina. Seandainya tiadak terdapat sebarang padanan antara soalan dengan peraturan pemarkahan, satu penyemakan semula hendaklah dibuat. Pembina hendaklah perbetulkan tugasan soalan atau peraturan pemarkahan bergantung kepada keadaan. Pastikan setiap soalan mempunyai jawapan yang betul dan tepat sebelum membina soalan yang lain.

Pastikan masa adalah mencukupi untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Masa hendaklah bersesuaian dengan panjang dan kompleksnya jawapan yang diberi.

Adalah lebih baik markat maksimum bagi setiap soalan dicatat disebelah setiap soalan. Ini memudahkan calon merancang menjawab soalan yang bertepatan dan bersesuaian dengan kebolehan mereka. Calon mempunyai banyak pembolehubah yang mesti dipertimbangkan dalam menjawab sesuatu soalan. Ini termasuklah :

Kesukaran item

Masa

Pemberatan setiap soalan

Sediakan satu JPU sebelum mula menulis soalan. JPU digunakan untuk memastikan dan menentukan mutu soalan yang diberi menepati prinsip-prinsip pembinaan ujian.

 

RINGKASAN PANDUAN MENULIS ITEM ESEI

 

Sebahagian daripadanya sama dengan prinsip penulisan item MCQ , antaranya ;

 

Pastikan konsep atau ideadan konstruk yang hendak diuji.

Tugasan spesifik dan berfokus

Rangsangan, jika digunakan hendaklah yang relevan dan mudah difahami

Laras bahasa sesuai dengan tahap calon dan jelas

Tiada `window dressing’

Bebas dari isu sensitif dan bias

Peraturan pemarkahan memenuhi keperluan item

 

PEMARKATAN SOALAN ESEI

 

Terdapat TIGA kaedah utama dalam pemarkatan soalan esei

Permarkatan Holistik

Pemarkatan Analitik

Pemarkatan Trait Primer (primary trait)

Pemarkatan Holistik

Holostik dari perkataan Greek Holos yang bermakna keseluruhan atau secukupnya. Kaedah holistik juga disebut sebagai pendekatan general impression tau whole impression berdasarkan perbandingan sesuatu sampel esei atau penulisan kepada sesuatu standard yang telah ditetapkan.

Pendekatan holistik menggunakan nilai absolute iaitu menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada cemerlang, baik, sederhana, lulus atau sebagainya. Pemarkatan secara holistik boleh mempercepatkan proses pemarkatan. Namun demikian pemarkatan secara holistik tidak dapat memberikan memberikan maklumat yang jelas bagi setiap pemarkatan tentang kelemahan atau kekuatan calon apabila mereka mendapat markat yang rendah atau tinggi.

Pemarkatan Analitik

Pemarlkatan analitik dibuat secara menyemak fakta yang diberi secara terperinci berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kriteria yang dinyatakan adalah peraturan pemarkahan yang telah disediakan oleh pembina soalan yang berkenaan. Pemarkahan ini dibuat sebaik sahaja soalan digubal bagi memastikan jawapan yang diberikan itu adalah sebenarnya yang dikehendaki berdasarkan soalan yang dibina itu.

Kaedah ini dapat memberikan maklumat yang terperinci tentang kekuatan dan kelemahan seseorang calon dalam menjawab sesuatu soalan.

Pemarkatan Trait Primer

Pendekatan pemarkatan trait primer memberi penekanan kepada tujuan sesuatu soalan esei dibina. Ia mempunyai andaian setiap bentuk penulisan itu mempunyai tujuan yang berlainan. Memarkatkan soalan esei memerlukan satu definisi yang tegas tentang tujuannya dan pemarkatan dibuat berdasarkan bagaimana calon dapat memenuhi tujuan berkenaan.

Contoh :

Tujuan bagi sesuatu editorial ialah cuba mempengaruhi pembaca agar menyetujui pendapat yang dikemukakan. Calon dikehendaki menulis editorial dan akan dimarkatkan berdasarkan kepada aras kebolehan calon memujuk atau meyakinkan pembacanya. Faktor-faktor lain seperti idea menarik, organisasi perkataan dan stail penulisan adalah dianggap sekunder.

 

KELEMAHAN SOALAN PILIHAN

 

Calon akan memilih soalan yang berlainan. Ini akan menyukarkan pihak pemeriksa atau badan peperiksaan untuk membuat perbandingan antara calon dalam menentukan penguasaan calon dalam setiap soalan kerana calon dianggap menjawab ujian yang berlainan. Contoh : jika sesuatu ujian mengandungi 8 soalan esei dan calon pula diberi pilihan untuk menjawab 4 soalan sahaja. Andaikan calon A menjawab soalan 1, 3, 5, dan 7 manakala calon B menjawab soalan 2, 4, 6 dan 8, maka jeelaslah diperhatikan bahawa kedua-dua calon itu telah menjawan dua ujian yang berbeza.

Pemilihan boleh meninggikan lagi prestasi calon dalam sesuatu ujian walaupun penguasaan calon dalam bidang yang diuji belum dianggap memuaskan. Contoh : Jika satu ujian itu mengandungi 8 tajuk utama, satu soalan diuntukkan bagi setiap tajuk. Calon pula dikehendaki memilih 4 soalan daripada 8 soalan yang diberi dan calon memilih Soalan 1, 2, 3, dan 4 untuk menjawabnya dan mendapat markah terbaik. Besar kemungkinan calon yang mendapat markah terbaik itu kerana mereka telah diasuh untuk mempelajari 4 tajuk sahaja iaitu Soalan 1, 2, 3 dan 4. Ini tidak memberi gambaran yang sebenar bahawa pencapaian calon yang tinggi dalam ujian berkenaan bermakna mereka telah pun mendapat penguasaan yang baik dalam seluruh kandungan mata pelajaran itu.

 

PANDUAN KAJIAN SEMULA ITEM SECARA KESELURUHAN

Pastikan item ;

Sesuai untuk digunakan (accept), boleh dibaiki (KIV) atau dibuang terus (reject).

Menguji pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan bernilai untuk diuji.

Boleh ditulis dalam bentuk lain yang lebih baik.

Dalam lingkungan kesukaran yang dikehendaki; tidak terlalu mudah atau tidak terlalu sukar.

Laras bahasa yang sesuai ( stem dan distraktor )

Tidak mengandungi isu sensitif, dan bias ( stem dan distraktor )

 

Pastikan Stem ;

Jelas dan padat : baiki bahasa

Mengandungi maklumat yang perlu sahaja

 

Pastikan Pilihan Jawapan ;

 

Bentuk yang seragam

Sesuai dengan stem : secara logik dan tata bahasa

Jelas dan padar : baiki bahasa

Seolah-olah jawapan yang betul walaupun tidak betul / half true

 

Pastikan Jawapan ;

 

Tepat

Tidak terlalu menonjol hingga mudah calon mendapatkannya ( panjang, lain daripada yang lain, terlalu detail dsb. )

 

Pastikan Distraktor ;

 

Setiap distraktor berfungsi ( boleh dijustifikasikan sebagai kemungkinan jawapan )

Selari : tidak terlalu menonjol hingga boleh menunjuk kepada jawapan.

 

 

KATA TUGAS DALAM SOALAN PEPERIKSAAN

 

Definisi

 

Kata tugas atau kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk memberi arahan kepada calon untuk menjawab soalan. Kata tugas yang betul amat penting supaya setiap soalan itu lebih jelas difahami oleh calon, apakah kehendak soalan yang sebenarnya. Oleh itu, calon lebih mudah untuk memberikan jawapan mengikut kehendak soalan.

 

Kata tugas yang betul bagi sesuatu soalan ada hubungkaitnya dengan kesahan dan kebolehpercayaan soalan itu sendiri. Soalan yang mempunyai kata tugas yang tidak tepat boleh mengelirukan calon. Ini mendorongkan calon memberi jawapan di luar kehendak soalan.

 

Berikut adalah kata tugas yang biasa digunakan digunakan serta respon yang diharapkan daripada calon :

Bil.

Kata Tugas

Respon yang diharapkan

1

Anggarkan

Memberi nilai kuantitatif berdasarkan pengiraan atau pertimbangan

2

Apakah

Memberi maklumat yang khusus / spesifik

3

Bagaimanakah

Memperihalkan / memberikan penerangan tentang cara/keadaan/langkah/kejadian

4

Bandingkan

Memberi persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara

5

Bariskan (Pend.Islam)

Tuliskan ayat dan meletakkan tanda bacaan

6

Berapakah

Memberi kuantiti

7

Bezakan

Memberi kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

8

Bilakah

Menyatakan masa/waktu

9

Binakan (Matematik)

Binakan (Biologi)

Melukis rajah/sesuatu menggunakan kaedah atau alat geometri

Membuat sesuatu menggunakan kaedah tertentu

10

Bincangkan

Memberi pandangan daripada beberapa aspek

11

Buktikan

Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta

12

Cadangkan / Syorkan / Sarankan

Mengemukakan sesuatu idea / pendapat

13

Carikan

Memberi jawapan tanpa atau dengan hitungan ringkas

14

Cerakinkan

Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

15

Deduksikan

Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

16

Fokuskan

Menumpukan kepada sesuatu aspek

17

Gambarkan (Pend.Seni)

Melukis gambar

18

Garis kasarkan

Memberi ciri-ciri penting secara umum untuk sesuatu proses atau tindakan

19

Hitungkan

Memberi jawapan melalui kaedah pengiraan

20

Huraikan

Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang lebar / terperinci dan teratur

21

Ilustrasikan

Menjelaskan dengan contoh / gambar rajah / rajah

22

Jadualkan

Membuat susunan acara / perkara yang diatur mengikut masa yang ditentukan

23

Jelaskan

Memberi keterangan tentang sesuatu supaya mudah difahami

24

Kelaskan

Mengasingkan kepada beberapa kumpulan mengikut ciri tertentu

25

Kemukakan

Memberi pendapat sama ada menyokong / membangkang

26

Kenalpastikan

Menunjukkan sesuatu berdasarkan fakta / rangsangan yang diberi

27

Lakarkan

Melukis rajah/gambar/graf/peta secara kasar

28

Lorekkan

Melukis dengan garisan/corengan pada kawasan/rantau/ruangan

29

Lukiskan (Teknikal)

Membuat rajah seperti carta/gambar/graf/bentuk dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau skala yang tepat/terperinci

30

Mengapakah

Memberi sebab

31

Namakan

Memberikan panggilan/sebutan bagi sesuatu tempat/orang/proses/alat

32

Nyatakan

Memberikan fakta tanpa huraian atau sokongan

33

Peringkatkan

Membuat pemeringkatan beberapa perkara mengikut tingkatan/aras tertentu

34

Ramalkan

Membuat/menyatakan jangkaan sesuatu yang akan berlaku berdasarkan fakta.

35

Rekodkan

Mencatatkan dapatan kajian/eksperimen/pemerhatian mengikut format

36

Senaraikan

Menyatakan beberapa fakta/pernyataan dalam bentuk point

37

Siapakah

Mengenalpasti individu dalam konteks yang tertentu

38

Susunkan

Mengatur mengikut tertib yang ditentukan

39

Tafsirkan

Menerangkan maksud ayat dengan terperinci

40

Takrifkan

Memberi takrifan istilah yang diberikan

41

Tentukan

Memberi kenyataan berdasarkan proses / alasan

42

Tentusahkan

Mengesahkan sesuatu dengan memberi bukti

43

Terangkan

Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab

44

Terjemahkan

Mengalihkan bahasa

45

Ukurkan

Memerlukan kuantiti dengan unit yang boleh didapati daripada sesuatun alat pengukuran

46

Ulaskan

Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik

 

Ringkasan Bina Item

Dalam bina item tentukan / kenalpasti perkara berikut :

1. Konstruk

Pengetahuan

Terminologi

Fakta

Kelaziman / Konvensyen

Urutan

Pengkelasan

Kriteria

Metodologi

Prinsip / Generalisasi

Teori / Struktur

Pemahaman

Terjemahan

Pentafsiran

Ekstrapolasi

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Menyelesai masalah

Kuantitatif

Komunikasi

Topik

Aras Kesukaran

Rendah

Sederhana

Tinggi

Nota : Ditentukan cara ~Expert judgement pembina tentang kebolehan calon menjawab dan lebih tepat secara empirical judgement ; rendah (90% betul), sederhana (50%) dan Tinggi (20-30%)

Bentuk Soalan

Objektif

Melengkapkan / Supply type

Jawapan ringkas (short answer)

Soalan

Melengkapkan

Perkaitan

Jenis Pilihan – Mengenal (Select type – recognition)

Pilihan silih berganti (Alternate choice)

Benar - Palsu

Betul - Salah

Ya – Tidak

Jenis Kelompok/Rumpun

Bentuk Padanan (Matching form)

Padanan mudah

Padanan Mengikut Klassifikasi Pernyataan

Aneka Pilihan

Aneka Pilihan Jenis Mudah (Simple Multiple Choice)

Aneka Lengkapan (Multiple completion)

Subjektif

Esei Jenis Terbuka (Open ended essays)

Esei Respons Berkembang (Extended respons essays)

Esei Respons Terhad (Restricted response essays)

Berstruktur (Structured)

Berpandu (Guided)

Jenis Soalan

Mengingat Semula / (recall)

Sekadar pengingatan sahaja

Pemikiran Kritis / (critical thinking)

Perlu diproses semula/fikir

 

 

 

 

 

1