KECEMASAN 1: Brek Tidak Berfungsi
SEMASA SEDANG MEMANDU TIBA-TIBA BREK KERETA ANDA TIDAK BERFUNGSI WALAUPUN INJAK BREK DITEKAN . APA YANG ANDA HARUS BUAT?
Tenangkan diri. Perhatikan tempat lapang ( tepi jalan atau tempat terbuka atau rata) dan bunyikan hon, nyalakan isyarat lampu kecemasan dan turun naikkan lampu puncak sebagai memberi amaran kepada lain-lain pengguna jalan.
Memandu kereta kepada tempat yang selamat untuk berhenti.Ingat jika sudah terpaksa, elakan kemalangan secara bertembung dengan kenderaan lain.
Menggunakan brek tangan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan kelajuan.
Tekan penginjak brek dengan cepat tetapi lembut dan jangan panik. Tukar ke gear rendah.
Bunyikan hon untuk beri amaran kepada pengguna jalan yang lain mengenai kecemasan anda.