KECEMASAN 6: Jalan Licin
SEMASA HUJAN MULA TURUN JALAN MENJADI LICIN KERANA TUMPAHAN MINYAK DIATAS PERMUKAAN JALAN BELUM LAGI DIBAWA OLEH AIR HUJAN. ANDA HARUS :
Perlahankan kenderaan apabila menghadapi hujan renyai-renyai. Jarakkan kereta anda dua kali ganda dengan kenderaan hadapan.
Perlahankan kenderaan apabila memandu dalam hujan lebat kerana permukaan tayar mungkin tidak mencecah atau tidak dapat mencengkam permukaan jalan.
Apabila brek basah dan tekanan brek tidak seimbang, hendaklah secara lembut menginjak brek berulangkali sehingga dapat dirasakan brek berfungsi dengan baik semula.