Subang Jaya, Malaysia 1998 - Kemunculan site Mua-Har-Har ini bukan untuk menandingi mana-mana site kelakar giler yang sudah sedia ada di dunia maya ini.

Mua-Har-Har bertujuan untuk menjadi site alternatif kepada semua peminat dan penggemar humor yang paham bahasa apa yang sedang ditulis sekarang.

Buat masa sekarang, hanya Aspocx Rozz (penulis) yang perah kepala otak di sini. Walau bagaimanapun Mua-Har-Har tidak terhad kepada seorang. Sapa yang suka tengok katun dan pandai membaca majalah humor boleh try talent di sini.

E-mailkan saja dan besar dari kecik kemungkinannya karya anda akan tersiar di sini untuk bacaan semua orang..

Sebagai permulaan hanya tiga ruangan yang ada iaitu Lawak Segera, Al-Kisahnya dan Sketsa. Tiga ruangan ini mempunyai signature yang tersendiri. Lihatlah sendiri.

Sekiranya ada sesiapa yang ingin mengesyorkan ruangan lain silakan. Mua-Har-Har tak kemut. Cuma yang panas-panas tu kalau boleh tapis-tapiskan sikit. Biar imaginasi pembaca yang mentafsirkan. Dan ingat cerita tu mesti la kelakar! Panas je tak leh masuk.

Okey la tu. Dah panjang dah. Kepada yang masih membaca - terima kasih.

Sekarang anda boleh pilih mana nak pergi. Kalau ada soalan e-mail saja. Wassalam dan selamat berhibur.

Sila tenyeh mata di bawah. Enjoy!

Enter here


Anda orang yang ke ops, dah rosak ler...

 


This page hosted by Get your own Free Home Page

MUA-HAR-HAR dibina dan dibela oleh Aspocx Rozz. This page is sponsored TOTALLY by Geocities

1