|
Seni Silat Cekak Ustaz
Hanafi ialah sejenis silat yang benar-benar asli dan bertanggungjawab mempertahankan
diri. Bukannya sejenis silat permainan (Silat Pulut atau Silat Pengantin),
sebab itu tidak ada gendang , tari menari dan mengelak ke kiri dan ke kanan.
Seni Silat Cekak Ustaz
Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap, yang tidak boleh diubah-ubah
dengan mempunyai buah-buah pukulan yang cukup dan kemas serta kunci-kunci
tangkapan yang lengkap, jadi tidak perlu ditokok tambah dengan buah-buah
silat yang lain samada dari dalam atau luar negeri.
Pergerakan dan sistem
ini sesuai benar dengan gerak geri semula jadi manusia yang berdasarkan
fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip
agama Islam.
Pelajarannya lebih
menitikberatkan dari segi mempertahankan diri supaya terlatih dengan keberanian
, bukan mengganas atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan
diri barulah Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi menyerang.
Seni Silat Cekak Ustaz
Hanafi menunggu serangan dengan berdiri lurus (berdiri sembahyang) tidak
berkuda-kuda dan tidak mengelak ke kiri atau ke kanan bahkan mara ke hadapan
di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak, sebab sebenarnya hakikat
Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah Silat Gerak.
Penuntut-penuntut dilatih
menangkis pukulan dan tikaman senjata pendek dengan tangan kosong dan tidak
menggunakan sistem dua pisau atau dua tongkat.
Matlamat Silat cekak
Ustaz Hanafi ialah menangkis serangan dan pukulan bersenjata dengan merampas
senjata lawan.
Seni Silat Cekak Ustaz
Hanafi merupakan Seni Silat Cekak yang benar-benar diamalkan dan dianjurkan
oleh Allahyarham YM Ustaz Hanafi b. Hj. Ahmad, baik dari segi kaedah pembelajaran,
konsep, falsafah, prinsip, pegangan, kerohanian dan pembawaannya.
Seni silat ini telah
diamalkan oleh keluarga diraja dan panglima-panglima terkanan di negeri
Kedah di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Guru paling lama diketahui
ialah Panglima Ismail. Beliau menurunkan silat ini kepada Panglima Tok Rashid
yang kemudiannya mengamanahkan silat ini kepada Encik Yahya Said dengan
pesanan supaya menyerahkan balik silat ini kepada anak cucunya dari Kedah.
Pada tahun 1965, YM Ustaz Hanafi b. Hj. Ahmad telah mengambil kembali silat
ini dari Encik Yahya Said.
Kini Persatuan Seni
Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia telah mempunyai 11 cawangan peringkat
negeri dan mempunyai kelas-kelas persilatannya di hampir kesemua universiti
dan IPT di bawah teraju anak keempat Allahyarham Ustaz iaitu Encik Md Radzi
b. Hj. Hanafi selaku Presiden merangkap Guru Utama.
|
"Makan Cekak" merupakan peribahasa Melayu Kedah membawa pengertian kesanggupan, keupayaan dan rasa tanggungjawab menjalankan tugas. Tegasnya Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah seni silat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.
"Cakak" bererti Gaduh dalam bahasa Minangkabau. Jadi Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi adalah Silat Gaduh. Tetapi bukan tujuan utama Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi digunakan untuk bergaduh tetapi boleh digunakan untuk menjaga keselamatan diri di dalam pergaduhan.
"Secekak" bererti Segenggam bermakna Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi mengajar yang segenggam bukannya yang segantang. Segengam kepunyaan Guru. Ini bermakna mata pelajaran Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi merupakan intisari matapelajaran silat sahaja (segenggam). Bukannya cabang silat yang banyak (segantang).
"Cekak" bererti Ringkas dalam bahasa Jawa. Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi ini mudah dipelajari melalui sistem pelajaran yang teratur dan ringkas. Tidak perlu mengelak ke kiri atau ke kanan hanya berdiri lurus ketika menunggu serangan. Bergerak dalam gerak yang satu.
"Cekak" bererti Pegangan iaitu silat ini mempunyai pendirian, pegangan dan tujuannya yang sendiri. Mempelajari silat bukan untuk bermegah-megah, sombong, menceroboh mengikut nafsu tetapi sebenarnya untuk menjaga diri, bangsa dan agama.
|
|
Mohd. Radzi b. Ustaz Hanafi adalah Guru Utama Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi yang telah diwarisinya daripada ayahandanya Almahrum Ustaz Hanafi.
Struktur Organisasi bagi Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi
Cawangan Perak
adalah seperti berikut:-
JURULATIH-JURULATIH
AHLI-AHLI AKTIF
ben@
ipohmali@sham
evilguy