Assalamua'laikum...
Selamat sejahtera kepada semua. Syukur alhamdulillah, dRebar atas masa yang telah dikurniakan untuk menjayakan laman koleksi lagu ini. Sebarang kekurangan dan juga kesilapan, mintak maaf lah banyak-banyak. Kadang kala apa yang jadi, tak seperti yang dirancangkan. Walau bagaimana pun, berhiburlah dengan apa yang ada. Semoga saya dapat tingkatkan lagi usaha memperbaiki dan juga mengemaskinikan laman ini selaras dengan perkembangan masa (kalau dah tiap-tiap bulan keluar album baru...tak larat jugak nak update)

Ucapan Selamat Hari Raya kepada semua. Maaf zahir batin. Kepada yang tak balik beraya di kampung...senasib lah Selamat Hari Raya kita! InsyaAllah...! Tahun depan ada raya lagi. Memang betul lah, kalau dah berpuasa tu sebulan, beraya pun kenalah sebulan jugak. Kalau tiap-tiap hari, ada je orang yang buat rumah terbuka...bukan sahaja dapat meningkatkan silaturrahim, perut pun kenyang (hati pun senang sebab tak perlu fikir apa yang ndak dimasak untuk makan malam) Di samping itu, cuba-cuba lah belajar bagi duit raya kepada mereka yang layak menerimanya :o) Waspada, ada juga yang dah tua bangka...menyamar jadi macam budak-budak dengan memanggil diri anda sebagai abang ataupun kakak. Jadi, jangan terpedaya!


| Home | Koleksi Lagu | Jukebox Lagu | Nasyid | Lagu & Artis | ChatLive | Guestbook | Send Mail | Send Lagu |
1