Panduan Mendidik Isteri 1


DIDIK ISTERI DENGAN BIJAKSANA DAN SABAR

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.


Firman Allah yang bermaksud:

"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian hartanya." (An-nisa': 34)

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira didada isteri. Disinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.

Kaum wanita dibekalkan dengan sembilan nafsu dan satu akal berbanding lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Hasil dorongan nafsu itu lahirlah pelbagai perasaan di dada wanita. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing suami agar segala tindak tanduknya tidak melulu mengikut perasaan semata-mata.

Sembilan (9) nafsu pada wanita juga boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari ilmu dan syariat. Mahu tidak mahu suami perlu belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunkakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapai ragam isteri yang mencabar kesabarannya.

Kebijaksanaan mesti disertai dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan suami menurut saja kemahuan isteri manakala kebijaksanaa tanpa kesabaran menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri.

Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlulah diusahakan.

(Petikan dari risalah 'MINDA' masjid jamek.1/97)



This page hosted by GeoCities Get your own Free Home Page


1