MOHAS Homepage

Md. Hashim Hj. Selamat


If you wish to know more about me, please continue reading ...........


[NAKHODA]


Saya dilahirkan di Kg. Sementa, Klang, Selangor pada 29 Mei 1966. Enam tahun lepas tu, sebuah sekolah tadika diujudkan. Orang tua saya pun mendaftarkan saya di tadika tersebut. Di situlah saya mula mengenali abjad dan angka. Terima kasih banyak-banyak pada Cik Yah, guru yang pertama saya kenali. Dari 1973 to 1978, saya mula belajar di Sek. Keb. Sementa, Klang. Tamat darjah 6, masuk lak Sek. Men. Tengku Idris Shah (SMTIS), Kapar, hingga 1983. SPM dapat pangkat satu tapi maths flop, so cuma dapat belajar di ITM je dari 1984 ke 1987.




[KEHIDUPAN DI ALAM PEKERJAAN]


Tamat pengajian di ITM, dapat kerja di Penerbangan Malaysia (MAS). Sempat gak tiga empat kali naik kapalterbang. Boring kerja kat MAS, mintak kerja di UIA. Alhamdulillah, dapat. Dok kat situ 5 tahun uruskan penempatan pelajar. Lepas tu diaorang pindahkan saya ke Perjawatan. Dah tiga tahun dah kat sini. Seronok gak kat sini ...... tapi kadang-kadang tu penin gak.




[PENINGKATAN ILMU]


Kerja kat UIA dah 8 tahun. Terasa jealous lak tengok budak-budak tu masuk 4 tahun, keluar bawak Ijazah. Kita ni masuk dah 8 tahun, tak keluar-keluar. Abih tu, buat le belajar luar kampus kat ITM balik. Lama dah..... masuk ni dah 6 semester. Lagi satu semester, habis le. Lebih-kurang macam sekolah dewasa le.... abih, dah semua yang masuk tu umur dah lebih dari akil baligh. Ada yang dah jadi atuk pun. Tapi seronok gak. Keh keh keh...........




[KELUARGAKU]


Orang rumah ... nama ROZILAH, seorang guru. Anak dah tiga .... MUHAMMAD HAFIZUDDIN AKMAL (8) "ALONG", darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Kapar, Selangor. MUHAMMAD HAFIZUL AMIN (3) "ANGAH" . dan ..... NURUL LIYANA IZZATI, lahir pada 9th May 1998.




Cukup le kut kan .............. borak banyak-banyak, boring pulak. Okey ............. bye. Wassalam.







Kembali ke BAHTERA CYBER






HOME




1