MOHAS Homepage

PANTUN


Pantun adalah pusaka orang-orang melayu. Ia haruslah dimartabatkan dalam zaman moden ini, agar pepatah "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA" akan dapat dipertahankan. Terdapat berbagai jenis pantun. Antaranya ... pantun nasihat, pantun jenaka, pantun sindiran, dan berbagai jenis lagi. Sesungguhnya Bahasa Melayu itu sungguh agung kerana telah dapat bertahan sejak lama dahulu. Bahkan, ia telahpun digunakan pada peringkat antarabangsa sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Alangkah indahnya sekiranya warisan budaya bangsa ini dapat dikekalkan buat pusaka anak cucu kita pada zaman akan datang.

Sekiranya anda berhasrat untuk menyumbangkan pantun untuk dimuatkan di halaman ini, sila hantarkan melalui e-mail kepada mohas.. Tidak kira apa pun bentuknya. Terima kasih.

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya ni baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Tanam pinang rapat-rapat
Agar senang puyuh berlari
Ku pinang-pinang tak dapat
Ku pujuk-pujuk ku bawa lari

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Sungguhpun jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati




Go Back to INDEX Page


HANTARKAN PANTUN ANDA MELALUI E-MAIL : mhashims@tm.net.my

© mhs copyright 1998: Last updated 17th May 1998.





HOME




1