Wajah Kekasih
Siti Nurhaliza



Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin untukku menghindari
Gurisan kasih luka dihati
Jiwaku resah apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia

Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Kutempuhinya kerana cinta membara

Oh mimpi yang terindah
Jelmaan dalam nyata
Wajah-wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Kuyakin padamu oh tuhan





Laman ini ditaja oleh Geocities.
Hak Milik Terpelihara(c)MLH,1997


1