Harian Leeds Metro
9th December 1998

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera diucapkan kepada saudara dan saudari para pembaca sekelian. Diharapkan agar semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera di samping mereka-mereka yang tersayang. Ingin terlebih dahulu saya meminta maaf kerana sudah begitu lama tidak dapat menerbitkan akhbar HLM kerana beberapa sebab yang akan dinyatakan di bawah.

Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekelian, ini adalah edisi terakhir akhbar HLM untuk tahun ini dan tahun-tahun yang berikutnya. Ini berikutan beberapa masalah yang dihadapi oleh editor-editor dan pemberita-pemberita kami yang tidak lagi dapat membuat liputan berkenaan berita-berita semasa kerana sedang sibuk dengan kerja-kerja tahun akhir pengajian dan beberapa sebab yang lain.

Sebelum meneruskan berita untuk kali ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas pertunangan saudari Suzana Alias yang akan berlansung pada 12/12/98.

Beberapa perkembangan telah berlaku di dalam HLM sejak beberapa bulan yang lalu. Untuk pengetahuan semua, cuti musim panas yang lalu telah membawa perubahan besar terhadap struktur dalaman HLM.

Pengerusi dan CEO HLM, Mohd. Iqmal Ismail, telah pun meletakkan jawatannya baru-baru ini kerana ingin menumpukan lebih perhatian terhadap masa depannya. Beliau yang baru sahaja bertemu dengan gadis pilihannya dilaporkan ingin menumpukan lebih banyak masa untuk mengeratkan perhubangan tersebut. Untuk perngetahuan semua, kepulangan saudari Suzana Alias ke Malaysia juga bertujuan untuk merisik sedikit latar belakang gadis tersebut yang dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengannya di Malaysia. Sebagai salah seorang editor di HLM, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada saudara Iqmal dan diharapkan agar beliau terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Saudara Bahare Samsuddin, editor HLM, juga telah meletakkan jawatannya di HLM kerana beliau telah mengambil keputusan untuk bergiat aktif di dalam politik. Beliau yang kecewa dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil keputusan untuk menyertai part PAS. Beliau dijangkakan akan bertanding merebut jawatan Pengerusi Pergerakan PAS kawasan Rantau Panjang pada perhimpunan agung PAS yang diberitakan akan diadakan pada penghujung Disember ini. Sekiranya dipilih memduduki jawatan tersebut, beliau dijangkakan akan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang dan dikhabarkan berkemungkinan besar beliau akan mencabar Datuk Seri Dr. Mahathir di Kubang Pasu. HLM mendoakan agar saudara Bahare akan mencapai kejayaan di dalam karear politiknya.

Sebelum mengundur diri, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang penerbitan HLM. Untuk pengetahuan semua, HLM diterbitkan sebagai satu pengataraan antara ahli-ahli IBW dan sebagai satu bahan untuk menghiburkan para pembaca semua ketika anda semua berada di dalam keadaan bengang dan tension dengan kerja-kerja harian.

Berita-berita yang disiarkan hanyalah untuk hiburan semata-mata dan tidak lansung bertujuan untuk menyakitkan ataupun menguris persaan mahupun hati para pembaca sekelian. Saya berharap agar saudari Neta Suryana Baharum dapat memasukkan HLM di dalam laman web IBCOS sebagai satu sejarah untuk ditatapi oleh semua.

Untuk itu saya di HLM, mengucapkan selamat belajar kepada semua di IBW dan berharapkan agar saudara dan saudari sekelian berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekiranya ada rezeki dan panjang umur, kita akan bertemu lagi di dalam akhbar yang lain.

Sekian dahulu untuk kali ini.

see ya'

GO BACK

1