Leeds Tabloid
28th January 1999

Assalamualaikum...

Selamat sejahtera pakcik ucapkan kepada para pembaca di IBW sekelian. Semoga diharapkan agar saudara dan saudari sekelian berada di dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping mereka-mereka yang tersayang (khas ditujukan kepada saudara dan saudari yang sudah berkahwin, bertunang, dan bercinta).

Terlebih dahulu pakcik ingin mengucapkan semoga berjaya kepada kita semua kerana telah berjaya mengharungi minggu peperiksaan yang baru lalu. Pakcik ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada rakan pakcik, saudara Bahare Samsuddin, yang akan menghadapi peperiksaannya pada jam 12.30 p.m. nanti untuk subject CyberSpace. Beliau dilaporkan akan terbang pulang ke Malaysia pada hujung minggu ini untuk menghadiri kempen pilihanraya anjuran Parti Bersatu Sabah di Universiti Sabah sempana persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri pada April ini. Dikhabarkan juga selepas itu beliau akan terus ke Universiti Malaysia Sarawak untuk tujuan yang sama tetapi untuk parti yang lain (maaf kerana pakcik lupa nama partinya). Walauapapun pakcik mendoakan agar beliau berjaya di dalam kareer politiknya.

Pakcik ingin juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli IBW di Manchester yang bersusah-payah untuk menganjurkan majlis Rumah Terbuka jika tidak ada aral melintang akan diadakan pada Ahad 6/2/99 . Pakcik mengharapkan agar seluruh ahli IBW dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Diharapkan agar saudara dan saudari sekelian dapat memberikan keutamaan yang tinggi untuk menghadiri majlis tersebut. Ini berkemungkinan adalah yang terakhir untuk kita yang berada di UK dan mungkin yang terakhir untuk dihadari sebelum saudara dan saudari sekelian berkahwin dan beranak-pinak.

Pakcik harap agar majlis seperti yang akan diadakan itu nanti dapat kita teruskan apabila pulang ke Malaysia nanti. Tak payah selalu, sekali setahun pun dah memadai. Jadi janganlah lepaskan peluang untuk menghadiri Rumah Terbuka yang akan diadakan di rumah Saudari Noripah Abu Samah di Manchester sementara anda semua masih single kerana apabila dah kahwin nanti kalau kena bayar kena pulak bayar untuk suami dan anak-anak pulak.

Pakcik ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan misi saudari Suzana Alias semasa pulang ke Malaysia. Tahniah di atas majlis pertungangannya dan tahniah juga di atas kejayaannya untuk mengadakan pertemuan dengan salah seorang gadis pilihan rakan pakcik di Leeds. Khabarnya banyak berita-berita menarik yang di bawa oleh saudari Suzana dan berita-berita tersebut nampaknya mengembirakan rakan pakcik tersebut. Diharapkan agar perhubungan mereka berkekalan.

Pakcik ingin mengucapkan setinggi kesyukuran di atas kejayaan menubuhkan "Leeds Tabloid". Untuk pengetahuan semua, LT bukanlah akhbar pengganti Harian Leeds Metro (HLM) yang telah ditamatkan penerbitannya bebrapa minggu yang lalu. LT adalah akhbar terbaru dan mempunyai ciri-ciri serta konsep yang berlainan berbanding HLM. Pakcik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan pakcik, saudara Edlinoor Syahril Ramlan, ynag bersusah payah membantu pakcik menerbitkan akhbar ini. Untuk pengetahuan semua beliau adalah pengasas akhbar di IBW. HLM adalah akhbar pertama di IBW kemudian barulah Manchester Weekly (MW) ditubuhkan yang kemudiannya terpaksa ditutup kerana kekurangan modal.

Akhir sekali, pakcik mengharapkan agar saudara dan saudari dapat memberikan sokongan yang padu kepada LT. Pakcik mengharapkan agar LT akan menjadi salah satu media untuk kita di IBW berkomunikasi.

Pakcik merasa bangga menjadi salah seorang ahli IBW dan diharapkan agar IBW dapat terus kekal. Mungkin satu hari nanti kita dapat menubuhkan persatuan pulak. Mungkin kita boleh buat satu consultant IBW untuk computer development. Manalah tahu kalau-kalau kita boleh buat satu standard baru dalam computing world menggantikan ISO 9000 standard. Kita boleh buat IBW 90210 standard yang pure Malaysian. Apa-apalah.

Sekian dulu untuk kali ini. Semoga berjumpa di keluaran yang lain. Selamat belajar.

see ya'

GO BACK

1