Manchester Weekly
1st February 1999
Assalamualaikum,
Merujuk kepada majlis rumah terbuka yang akan diadakan di Manchester pada hujung minggu ini, pihak kami, MWeekend Travel, telah berbesar hati untuk menawarkan satu percutian hujung minggu yang menarik. Berikut adalah tawaran-tawaran yang mungin menjadi pilihan anda.
************* MWeekend
Travel & Co.*****************
(anak syarikat akhbar mingguan
MW)
***********************************************************
# Percutian satu hari dua
malam ke Manchester pada 6/1/99 hingga 7/1/99
# Penginapan di hotel 1
bintang, Cheetham Hill (beserta kemudahan tempat tidur - sofa, sleeping bag,
tikar mengkuang)
# Tambang bas disediakan
dari Stesyen Bas Chorlton Street
# Termasuk sarapan pagi
(7/1/99 - nasi lemak dan cucur), dan makan malam (6/1/99 - akan difikirkan kelak),
dan minum teh (termasuk makanan ringan dan serdak kuih raya)
# Aktiviti menarik di penginapan
:
~ permainan komputer menerusi
intranet (gabungan 4 PC)
~ berbual-bual
~ ceramah (hehe)
~ kemudahan sembahyang
di masjid yang berdekatan (hehehe)
~ dan banyak lagi....
# Pemandu pelancong disediakan
untuk ke rumah terbuka
# Kemudahan menziarahi
rakan-rakan lama di sekitar Manchester eerrr..Cheetham Hill.
Hebat, bukan? Dan yang lebih hebat lagi ialah, segala kos untuk percutian ini adalah PERCUMA, diulang PERCUMA! Ini sebagai membalas jasa baik peminat terhadap akhbar syarikat utama kami yang masih lagi di peringkat menjelaskan segala hutang-hutang kroni.
Oleh kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, pihak kami terpaksa membuka tawaran ini hanya untuk kaum yang berjenama lelaki sahaja. Untuk pihak perempuan, sila hubungi agensi pelancongan yang lain.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi pihak kami dengan segera selewat-lewatnya 4/1/99. Tempahan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan sama sekali. Sila hantar bersama sekeping gambar berukuran "bus pass" (tidak dikembalikan - akan dibuang) dan salinan kad universiti sebagai tanda pengenalan.