Ikan piranha |
Ikan jerung |
Bangunan-bangunan bersejarah di Philadelphia |
Perhatikan pintu masuk ke basement disetiap rumah |
Paparan sejarah Philadelphia di tepi Sungai Delaware |
31 Disember 1999. Pagi-pagi lagi kami telah keluar menaiki subway untuk menaiki feri menikmati pemandangan bandaraya dari arah laut. Bandaraya New York dingin dan berkabus pagi itu, tetapi alhamdulillah dapat juga kami melihat bangunan-bangunan dari celah-celah kabus tersebut. Terpaksa batalkan hasrat untuk menaiki Statue of Liberty kerana barisan pengunjung yang terlalu panjang dan angin dingin yang kencang. Kalau tanpa anak-anak mungkin boleh tunggu lagi. |
Bandaraya New York dari dalam feri Selepas 11 September 2001 |
11 Sept 2001: Menara WTC dirempuh kapalterbang dan runtuh Berita penuh dan gambar2 di sini. |
Kami cuba untuk menaiki menara Empire State Building, tetapi barisan yang terlalu panjang dan suasana panas di dalam keadaan tertutup membuatkan Aisyah menjerit sekuat hatinya. Kami menangguhkan keinginan keesokannya. Petang dan malam itu kami berehat di rumah sahaja. Takut juga nak keluar, sebab melihatkan sudah ramai muda-mudi mulai keluar dengan fesyen pakaian yang beragam untuk menyambut ketibaan tahun 2000 malam nanti. Pukul 12 tengah malam itu, kami dapat melihat dan mendengar sorakan dan percikan bunga api dari arah Manhattan. |
Kereta peronda NYPD |
Di dalam subway |
1 Januari 2000. Pagi-pagi lagi kami sudah keluar untuk menaiki menara lambang bandaraya New York. Jalanraya di Manhattan lengang ... tiada kereta, tiada orang. Malah kami boleh meninggalkan kereta di pinggir jalan berdekatan dengan Empire State Building . Botol-botol arak berlonggokan di tepi jalan. Tentulah masing-masing masih tertidur setelah puas berpesta malam sehingga pagi tadi. Begitu juga semasa hendak menaiki menara, hanya sedikit orang yang sedang beratur. Alhamdulillah cuaca tidak terlalu berkabus seperti semalam, dan kami dapat menikmati pemandangan bandaraya dari puncak menara. Cuma angin pagi yang dingin membuatkan kami berada di situ sebentar sahaja. |