Siri Kembara Keluarga 4
Ontario, Indiana, Ohio, Pennsylvania, dan New York


Laman Utama! Kembara 1!Kembara 2! Kembara 3! Kembara 5! Kembara 6! Kembara 7


[klik gambar untuk besarkan]
Racoon di Point Pelee Kawasan paya di PPelee Berehat di Windsor sebelum melintas ke Detroit Purdue University Barbecue dengan pelajar Melayu di situ
 Singgah buat laundry di Port Clinton, Ohio Berhenti rehat di Pennsylvania Rayyan dan Aisyah seronok dan leka Hasil masakan peserta STC Dover Aktiviti sukan
 Fort Pitt (1758) Stadium ini telah diruntuhkan pada 10 Feb 2001 Pelancong boleh menaiki kenderaan ini Indianapolis Motor Speedway Muzium kereta lumba di situ
Indianapolis Peserta STC Bloomington bercanoe di sini Aktiviti menunggang kuda Berehat sekejap Sukan kanak-kanak



Point Pelee l Fort Wayne l Lafayette l Buffalo l Niagara
Uncle's Tom Cabin l STC1, Ohio l Pittsburgh
Fort Erie l Indianapolis l Bloomington






Point Pelee, Ontario




Point Pelee, Ontario
Pada 2 Mei 2000 yang lalu, kami sekeluarga telah melawat Taman Negara Point Pelee, Ontario, Kanada. Ia adalah sebuah semenanjung yang menganjur ke perairan Tasik Erie, terletak lebih kurang 50 km dari bandar Windsor/Detroit. Semenanjung Pelee adalah tanah dataran paling selatan di Kanada, berkongsi garis lintang dengan utara California, Barcelona dan Rome.
Tumbuhan semulajadinya adalah hutan Carolinian, iaitu hutan yang biasa didapati di negeri Carolina, USA. Dua kilometer terakhir semenanjung adalah dalam bentuk beting pasir yang sentiasa berubah-berubah arah dan bentuknya mengikut gerakan ombak dan paras air Tasik Erie.

Point Pelee, Ontario

Pernah tengok ombak macamni?
Sebelum sampai ke Point Pelee, kita akan melalui bandar Leemington yang dikenali sebagai 'Bandar Tomato Kanada'. Kilang Heinz yang besar, terletak di pinggir jalan utama ke Point Pelee. Di bandar ini juga terdapat rumah-rumah kaca yang beratus-ratus jumlahnya, saujana mata memandang.


Fort Wayne, Indiana
Fort Wayne sudah menjadi perkampungan kecil Melayu. Rumah-rumah yang mereka duduki di sini samada kepunyaan sendiri atau disewa dari penduduk Melayu juga. Satu masa dahulu ada ramai pelajar di sini, tetapi kini sebahagian besarnya adalah pekerja.
"Perkampungan Melayu"



Muzium Sains
Fort Wayne merupakan bandar kedua terbesar di Indiana, terletak di pertemuan 3 sungai. Puak-puak Indian seperti Iroquois, Huron, Chippewa, Wea, Fox, Potawotami, and Miami telah mendiami Fort Wayne sejak dahulu lagi. Mula-mula Perancis yang menguasai dan kemudian British pula berjaya mengambil alih dan mendirikan Fort Wayne dalam tahun 1794. Kami juga sempat melawat Pusat Sains dan Muzium Lincoln.



West Lafayette, Indiana
Selepas kejatuhan ekonomi 1997, Purdue University di Lafayette adalah antara tempat di USA yang masih mempunyai jumlah pelajar Malaysia yang ramai. Di situ kami melawat dan berkenalan dengan adik-adik yang masih menuntut. Kami juga sempat makan barbecue anjuran masyarakat Muslim di sini.
Purdue University


Buffalo



Buffalo, New York
Dari Lafayette, kami meneruskan perjalanan ke Buffalo sebelum masuk ke Kanada melalui Niagara. Sepanjang perjalanan itu, kami berhenti bermalam di Port Clinton dan berenti rehat di Pennsylvania. Dua tempat yang sama yang pernah kami lalui dalam kembara 2 tahun lepas. Di Buffalo, ada dua keluarga yang sedang melanjutkan pelajaran.

Dari situ, kami masuk ke Kanada melalui bandar Niagara dan berehat di Goat Island di tengah-tengah Sungai Niagara. Gambar2 Niagara ada di sini.


Uncle Tom's Cabin, Ontario

Dalam bulan Julai pula, kami keluar lagi mengelilingi Tasik Erie. Destinasi pertama, Uncle Tom's Cabin di Dresden, Ontario. Tempat ini terletak di tengah-tengah perjalanan antara London dan Windsor, Ontario. Buku Uncle Tom's Cabin ditulis oleh Harriet Beecher Stowe, berdasarkan cerita sebenar yang berlaku semasa kisah pelarian hamba kulit hitam ke Canada di dalam tahun 1830an.
Rumah Uncle Tom



Peralatan untuk menyeksa hamba
Di sinilah watak utama dalam buku tersebut menetap dan membuka ladang, membina sekolah, dan memberi perlindungan kepada bekas-bekas hamba abdi yang berjaya melarikan diri dari tuan mereka. Berbeza dengan bandar-bandar lain di Canada, kelihatan ramai penduduk kulit hitam di pekan dan kampung-kampung disekitarnya. Dari sini, kami terus bergerak ke Ohio.


Di bawah ini adalah laman-laman yang memuatkan buku cerita Uncle Tom's Cabin:
Uncle Tom's Cabin
Ringkasan dan Analisis
Laman buku-buku Klasik



STC1: Kem Tuscazoar, Dover, Ohio

Kelihatan kemah peserta di atas bukit Kami berada di kem ini selama 3 hari 2 malam bermula dari 1 Julai 2000. Bagi yang tiada kemah seperti kami, boleh tidur di dalam kabin yang disediakan. Dugaan pertama, hanya terdapat satu tandas sahaja yang ada bekalan air untuk berpuluh-puluh orang peserta. Kem ini adalah antara yang tertua di Ohio, maka kemudahan yang disediakan juga amat minimum sekali.


Rayyan dan Aisyah terpaksa memakai pakaian tertutup sepanjang masa kerana serangga dan nyamuk yang amat banyak sekali, terutama pada waktu senja. Tetapi kehadiran beratus-ratus kelip-kelip setiap malam menghiburkan hati mereka berdua.
Rayyan dan Aisyah


STC ini adalah anjuran gabungan persatuan pelajar Islam dari Malaysia (MISG) dan Indonesia. Kebanyakan peserta keluarga terdiri dari rakyat Indonesia. Banyak aktiviti-aktiviti menarik semasa di sini, tetapi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil seperti Rayyan dan Aisyah terpaksa tinggal di kem menjaga mereka.



Pittsburgh, Pennsylvania


Poskad: Bandaraya Pittsburgh
Sebaik tamat STC, kami terus ke Pittsburgh, Pennsylvania. Sepanjang masa di sini, langit sentiasa mendung dan hujan renyai-renyai berpanjangan. Kami menyewa bilik hotel berdekatan dengan pertemuan muara-muara sungai yang membentuk sungai Ohio. Dataran segitiga di antara muara-muara sungai itu menjadi tempat pembinaan kubu-kubu pertahanan British dan Perancis (1758 - 1812).


Hari kedua, kami menyeberangi sungai Monongahela untuk menaiki Monongahela Incline (1869) ke puncak Mount Washington. Dari situ, dapat dilihat bandaraya Pittburgh dengan lebih jelas. Suatu masa dahulu (1812 - 1980) Pittsburgh adalah tempat lahirnya banyak industri di Amerika Syarikat.
Pittsburgh dalam kabus



Fort Erie, Ontario


Di dalam kawasan kubu
Kami meneruskan perjalanan ke Canada melalui pintu masuk di Fort Erie. Fort Erie, Canada terletak di tepi sungai Niagara, berhadapan dengan Buffalo, New York. Sebenarnya kami sudah melalui bandar Fort Erie berkali-kali semasa dalam perjalanan ke USA. Tetapi inilah kali pertama kami berhenti rehat sambil berjalan-jalan di kubu pertahanan British yang digunakan dalam Perang 1812-1814.
Di sini pekerja-pekerja masih berpakaian seperti zaman semasa perang seperti pengawal di pondok jaga yang berpakaian tentera. Parit yang luas dan dalam digali disekeliling kubu. Setiap dinding kubu pula amat tebal hingga terpaksa dibuat lorong untuk melintasinya.
Bersama pekerja



Indianapolis, Indiana




Muzium Kereta Lumba Indianapolis
Kami masuk semula ke USA buat kali ke 3 tahun ini. Kali ini untuk menghadiri STC MISNA di Bloomington. Sebelum itu kami berehat dulu di Indianapolis. Berjalan di sekitar bandar dan tak lupa litar lumba keretanya yang masyhur di dunia.



STC2: Bloomington, Indiana

Rayyan yang paling seronok berada di kem. Dia dapat berlari sepuasnya dan berjumpa ramai rakan-rakan sebaya. Antara aktiviti kali ini ialah berkuda dan menaiki canoe. Dalam masa yang sama, sukan kanak-kanak turut diadakan.
kraftangan kanak-kanak

Di dalam perjalanan pulang, kami telah ditahan polis kerana laju. Rayyan yang memang meminati polis, merenung anggota polis tersebut dengan kagum semasa ayahnya disoal. Alhamdulillah kami dilepaskan. Sebelum berlalu, beliau mengetuk kaca tingkap ditepi Rayyan sambil tersenyum dan melambaikan tangannya.





Laman Utama! Kembara 1!Kembara 2! Kembara 3! Kembara 5! Kembara 6! Kembara 7
1