Kami bertolak ke Halifax pada 13 Oktober 2001. Sejak peristiwa 11 Sept lalu, kawalan di lapangan terbang bertambah ketat. Peristiwa seorang wanita Melayu ditahan polis Kanada kerana ada orang terdengar dia menyebut "tak mahu melalui USA untuk pulang ke Malaysia" masih segar dalam ingatan. |
|
|
|
|
Halifax adalah bandar pelabuhan yang besar. Bedford Basin yang besar dan terlindung menjadi tempat kapal-kapal berlabuh. Semasa kami berada di sini, kerajaan Kanada sedang melancarkan kapal tentera ke Teluk Arab untuk membantu USA menyerang Afghanistan. |
Peggy's Cove terletak di selatan Halifax. Tempatnya cantik berbatu-batan. Ada diantaranya membentuk tebing tinggi dan ada yang lebar dan landai. Sebuah pejabat pos terletak di dalam rumah api di atas batu-batan tersebut. |
|
|
|
|
Batu-batan besar dipinggir lautan Atlantik, disertai angin kencang, menyebabkan ombak yang datang menghempas tinggi. Di beberapa tempat ombak yang pergi bertembung dengan yang datang. Kadang-kadang air terpancut ke atas (seperti pancutan ikan paus) di tempat pertembungan ombak2 tadi. |
Pemandangan sepanjang jalan antara Peggy's Cove ke Halifax dalam musim luruh sangat indah. Daun-daun maple sedang merah memancar, diselang-seli dengan pohon tirus dan tasik-tasik kecil yang biru airnya. Hutan dan tasik dipisahkan oleh batu-batu besar. Seperti berada di dalam poskad. |
|
|
|
|
Di setengah-setengah tempat yang berbatu-batan pula tumbuh pokok-pokok renek berdaun merah menyala. Di sini juga terjadinya tragedi kapalterbang terhempas pada tahun 1998. Satu memorial yang memahatkan nama-nama mereka yang terkorban dipacakkan di situ. |
Lunenberg adalah perkampungan nelayan warisan bangsa Jerman. Terletak di seberang Peggy's Cove (~ 2 jam perjalanan), dipisahkan oleh dua teluk berkembar. Ia telah diwartakan sebagai tempat bersejarah UNESCO. Di sini juga tempat asal kapal layar Bluenose yang memenangi pertandingan kapal layar beberapa tahun berturut-turut. |
|
|
Mendulang emas di tepi pantai. |
|
The Ovens terletak di tebing tinggi berhampiran laut. Sebahagian dari pantai ini pernah menjadi lombong emas suatu masa dahulu. Semasa kami tiba, kelihatan 3 orang sedang mendulang emas di situ. Mereka menunjukkan kepada kami hasil untuk hari itu .. seperti kerikil sebesar manik. |
Pukulan ombak menyebabkan tebing tinggi ini runtuh membentuk gua-gua dilerengnya. Jika dilihat dari arah laut, gua-gua tersebut kelihatan seperti oven orang dahulu. |
|
Tanah berbatu berlapis-lapis |
Canon Cave di kiri sekali |
|
Gua yang paling terkenal ialah Canon Cave. Ia semakin sempit dan panjang di bawah tebing menyebabkannya berbunyi seperti ledakan meriam setiap kali ombak datang menghempas. |
Di Moncton, kami pergi ke Magnetic Hill. Seperti di tempat-tempat lain , kawasan ini juga telah ditutup kerana "off season". Tetapi kami dapat juga masuk kerana tidak dipagar. Di sini kami merasai pengalaman kereta naik ke bukit walaupun dimatikan enjin. Adakah ia satu 'optical illusion'? Wallahualam.
| |
Kereta di puncak bukit |
Satu lagi fenomena yang dapat dilihat di Moncton ialah Tidal Bore. Apabila air pasang, sekumpulan ombak akan datang bergulung-gulung naik ke sungai-sungai di sekitar Bay of Fundy. Sungai-sungai yang tadinya kering, akan penuh hingga ke tebing dalam masa 3 jam sahaja.
Gambar ihsan dari Dingning
| |
Apabila air pasang pula, air melimpah memenuhi laut dan sungai-sungai sehingga ke anak sungai. Fenomena pasang surut ini berlaku dua kali sehari. Hopewell Rock terkenal dengan pintu gerbang semulajadi yang dapat dilawati dasar lautnya ketika air surut.
|
Kami tak dapat menyaksikan sendiri pemandangan ketika air benar-benar surut atau pasang penuh. Semasa berada di situ, air sedang pasang. Kami sempat berjalan seketika di dasarnya sebelum ditenggelami air. | |
|
Prince Edward Island terletak di utara Nova Scotia. Tanahnya merah lembut dan subur, dan lebih 90% dijadikan ladang. Kami sempat melihat kentang sedang dituai, ladang Brussel sprout dan bunga kobis. PEI adalah pengeluar utama kentang di Canada. |
|
Ladang, sungai, teluk dan laut |
Pantai Cavendish | |
Kami bermalam di Charlottetown, bandar utama di PEI. Keesokannya terus ke Cavendish. Di sinilah terletaknya Avonlea, kampung halaman Anne dalam cerita bersiri Anne of the Green Gable. Rayyan dan Aisyah pula tahu tentang watak ini dari animasi katunnya di TV. Cerita ini juga telah difilemkan. |
Kampung-kampung di PEI sangat cantik kerana dikelilingi ladang-ladang beralun-alun dan teluk-teluk berhampiran laut. Rumah-rumahnya beratap kayu dicat hijau yang disusun seperti bata. Warna dan bentuknya hampir serupa dengan rumah yang menjadi inspirasi cerita Anne. |
| The Green Gable |
| |
Cape Turner adalah tebing setinggi 60 meter dipinggir laut. Tanah merah lembut ini menganjur hingga ke laut, menyebabkannya runtuh pada kadar semeter setahun akibat hakisan ombak. |
Jambatan Confederation, menghubungkan New Brunswick dan PEI. Jambatan ini hampir sama panjangnya dengan jambatan Pulau Pinang. Gambar ini diambil pada hari pertama. Ketika itu angin kuat dan dingin, awan tebal kelabu dan laut hitam bergelora. |
|
|
Poskad: di satu hari yang cerah
Patridge Island | |
Pulang dari PEI, kami ke Nova Scotia semula dan tidur di Truro yang terletak di tengah-tengah perjalanan. Keesokannya, kami menuju ke Parrsboro yang terletak di semenanjung Bay of Fundy. Muzium fosilnya mengumpulkan fosil-fosil sebenar dari seluruh dunia, serta membuat salinan fosil mereka sendiri. Di sini juga dapat ditemui batu-batu permata |
Gambar ini diambil dalam perjalanan ke Parrsboro. Semasa air surut, laut yang menghubungkan tanah besar dan pulau kekeringan air. Kita boleh berjalan kaki menuju ke pulau tetapi tak dibenarkan. |
|
Air surut pukul 9 am |
Air pasang pukul 3 pm |
|
Gambar ini diambil dalam perjalanan balik ke hotel. Gambar tak terang sebab matahari berada hampir tepat di hadapan, flash kamera pula dah rosak. |
Sepanjang jalan ke Cape d'Or, pemandangan sangat indah. Tumbuhan renek berdaun merah memenuhi sebahagian lembah dan bukit. Jauh di belakang pula pokok-pokok maple berselang dengan tirus. Dua lapis daik dibina di dalam teluk antara Cape d'Or dan Cape Chigneto. Lapisan luar berpintu untuk air laut masuk dan jadi pelabuhan terlindung, manakala yang kedua jadi tanah pertanian yang subur. |
|
Tumbuhan merah seperti permaidani |
Rumah api di Cape d'Or |
|
Untuk ke rumah api, terpaksa keluar dari jalan utama, menempuh bukit dan jurang yang dalam. Jalan tar pula diganti jalan tanah merah sahaja. Berdekatan rumah api, disediakan chalet untuk mereka yang ingin bermalam. |
Dari jauh, nampak laut dan ombak bergelora menghempas batu-batu tajam di tebing berdekatan rumah api. Kami berjalan di atas tebing curam dengan berhati-hati kerana angin terlalu kuat di situ. |
|
Tebing tinggi berbatu tajam |
Pemandangan dari atas tebing |
|
Dari atas tebing yang menganjur keluar ke arah Bay of Fundy, kami dapat melihat mukabumi di sekelilingnya. Cantik sekali. |
|