|
Keluarga Qsim |
|||
|
Ayah saya Muhammad b Abu
Yamin (meninggal dunia pada)dan ibu saya Jaharah binti Abdullah (meninggal dunia pada).
Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Pasir Pulai, Pasir Panjang Ulu, Kampung Gajah,
Perak. Saya mempunyai 13 orang adik beradik. Sungguh pun begitu; tujuh orang daripadanya
meninggal dunia semasa kecil. Saya hanya mengenali dua orang abang dan tiga orang kakak.
Mereka ialah Haji Wok Ghazali, Teh Kamariah (meninggal dunia dalam tahun 1950), Hajjah
Rodziah, Jamaliah (meninggal dunia pada tahun 1994) dan Haji Ismail. Saya berkahwin dengan Hajah Ramlah binti Ibrahim pada 6 Jun 1964. Beliau adalah seorang guru tetapi berhenti pada akhir tahun 1965 kerana memberi tumpuan kepada penjagaan anak-anak. Anak pertama Ahmad Jefry (meninggal dunia pada tahun 1966 ketika berusia 4 bulan), kedua Ahmad Jasmy, ketiga Eley Suzana, keempat Ahmad Kefli dan yang bungsu Syazliana. Eley Suzana berkahwin dengan Mohd Razi b Mohd Idros, berasal dari Kampung Rambutan, Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Anak mereka yang pertama yang juga merupakan cucu saya yang pertama bernama Mohd Imran Yusof. Mereka menetap di Rasah Kemayan Golf & Country Club, Seremban, Negeri Sembilan. Qsim bersama Hajjah Ramlah di Istana Negara pada tahun 1998. |
|