qsim.JPG (26624 bytes)

Haji Kasim b Muhammad
3539 Jalan Sg. Nibong,
36000 Teluk Intan,
MALAYSIA.

Tel. 05 6215972
kasimti@pc.jaring.my

 

Kampung kelahiran

Pendidikan

Pekerjaan

Keluarga

Penghijrahan

 

 

 

 

 

 

Profil

1. Kampung Kelahiran

      Dilahirkan pada 1 Syawal 1374 bersamaan dengan 18 September 1944. Ketika itu Tanah Melayu dalam pemerintahan Jepun. Tempat di lahirkan di Kampung Pasir Pulai, Pasir Panjang Ulu, Teluk Anson (sekarang Teluk Intan). Kampung Pasir Pulai terletak di pinggir Sungai Perak. Saya adalah anak bungsu daripada 13 orang adik beradik. Kampung Pasir Pulai merupakan kampung Taradisional Melayu yang dipenuhi dusun buah-buahan terutamanya durian, manggis, langsat dan sebagainya. Bahagian belakangnya adalah kebun getah, (sekarang kelapa sawit). Menoreh getah adalah pekerjaan utama majoriti penduduk di sini.

2. Pendidikan

      Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pasir Panjang Ulu pada tahun 1951 hingga tamat darjah lima pada akhir tahun 1955.  Selepas itu menyambung pelajaran ke Darjah 6 (Darjah Tambahan) di Sekolah Melayu Bandar Tua. Pada awal tahun 1957 saya memasukki Sekolah Pertukangan di Sekolah Melayu Kampung Gajah. Pada bulan Mac 1957 saya ditawar melanjutkan pelajaran ke Darjah 7 (Darjah Khas) di Sekolah Melayu Lelaki, Teluk Anson (Teluk Intan). Kami pelajar Darjah Khas dibayar elaun $29.00 sebulan. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965 melalui Kelas Malam (Further Education Class) di Sm Horley Methodist, Teluk Intan. Berusaha belajar sendiri di samping mengikuti kelas malam (FEC) di SM Iskandar Shah, Parit; untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1967.

3. Pekerjan

      Setelah lulus Darjah Khas, saya menerima tawaran sebagai Guru Pelatih Kerajaan (Probationer Teacher) Tempat pertama saya mula bertugas ialah di Sekolah Melayu Lelaki, Tapah Road, Perak pada 1 Jun 1958. Saya menerima gaji pada masa itu termasuk Coast of Living Allowance (COLA) $105.00 sebulan  . Saya berkhidmat di beberapa buah sekolah di Daerah Hilir Perak dan Perak Tengah.  Saya mendapat latihan perguruan melalui pos di bawah skim TUOS mulai tahun 1961 hingga 1964. Pernah dilantik sebagai Guru Muzik Beredar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Besar. Saya bersara dari Perkhidmatan Pendidikan sebagai Guru Besar Gred DG4 di Sekolah Kebangsaan Selabak, Teluk Intan pada 17 Februari 1998. (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah DG4 adalah pangkat yang tertinggi pada masa itu).

4. Keluarga

      Saya berkahwin dengan Hajjah Ramlah binti Ibrahim, yang berasal dari Kampung Belakang Kedai, Temoh Stesen, Perak. Perkahwinan kami berasaskan percintaan selama lebih lima tahun dan dasar "suka sama suka" . Isteri saya juga seorang guru tetapi menamatkan perkhidmatannya pada akhir tahun 1965 kerana ingin memberikan perhatian kepada penjagaan dan mendidik anak-anak. Kami dikurniakan lima orang cahaya mata. Anak sulung bernama Ahmad Jefry, meninggal dunia pada usia empat bulan (1966). Anak kedua Ahmad Jasmy (1967), Eley Suzana (1969), Ahmad Kefli (1971) dan Syazliana (1976).

5. Penghijrahan

      Saya dibesarkan di Kampung Pasir Pulai, Pasir Panjang Ulu. Setelah berkahwin, tinggal bersama isteri di sebuah rumah sewa di Kampung Terengganu, Durian Sebatang, Teluk Intan. Pada tahun 1966 mendirikan rumah sendiri di Kampung Pasir Pulai. Atas keperluan persekolah anak-anak, saya berpindah ke rumah kami di Lorong Selamat, Kampung Bahagia, Teluk Intan (Disember 1970). Pada pertengahan tahun 1978 berpindah pula ke rumah baru di Jlan Sungai Nibong, Teluk Intan. Penghijarah yang saya lakukan semata-mata atas keperluan persekolahan anak-anak, kemudahan beribadah dan menuntut ilmu yang disesuaikan dengan kemampuan semasa. Rumah kami terletak di kawasan bandar, dekat dengan surau dan masjid, dan dekat dengan sekolah.

back1.gif (1130 bytes)

1