Kelantan adalah satu kawasan hutan yang mempunyai banyak kawasan perhutanan yang mempunyai berbagai-bagai tempat yang menarik untuk berkelah dan beriadah. Khazanah perhutanan Kelantan mempunyai keistimewaan air terjunnya yang membolehkan kita tidak perlu berfikir panjang untuk beriadah dan bersantai. Kawasan air terjun menjanjikan satu suasana kedamaian yang akan meninggalkan satu kenangan yang manis kepada setiap pengunjungnya.
Kebanyakkan kawasan air terjun adalah terletak di dalam jajahan Pasir Puteh iaitu sejauh 35 km dari Kota Bharu.
Di antara kawasan air terjun itu adalah:
Terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih , sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.
Jeram Lenang merupakan hutan lipur air terjun yang menarik. Terletak kira-kira 65km daripada Kota Bharu, 15km dari Machang dan 10km dari Pasir Puteh. Jeram Lenang merupakan satu lagi destinasi yang menjadi kunjungan orang ramai. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan.
Lata Beringin terkenal dengan ketinggian air terjunnya iaitu setinggi 120 meter. Terletak di Sungai Pas di bawah Skim Kesedar dan boleh di kunjungi melalui laluan lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang. Keindahan permandangan dan kawasan sekeliling yang menarik di sini menyebabkan ianya popular untuk tujuan berkhemah.
Pengunjung yang menggemari ekotourism pastinya akan gembira jika berpeluang menyusuri sungai Kelantan melawati hutan hujan yang masih belum dicemari. Anda juga berpeluang mendengar kicauan unggas dan tanda-tanda hidupan liar sepanjang menyusuri sungai. Selain itu, pelancong boleh menikmati suasana aktiviti masyarakat yang tinggal di perairan sungai menjalani hidupan harian mereka.
Untuk menyusuri sungai, ianya bermula di Kuala Krai iaitu kira-kira sejam setengah perjalanan di Selatan Kota Bharu. Di Kuala Krai, anda perlu menaiki bot di jeti sungai untuk memulakan perjalanan selama 2 jam yang akan berakhir di Dabong.
Dari Dabong, beberapa alternatif boleh di ambil. Anda samada boleh menaiki keretapi untuk kembali ke Kota Bharu dengan persiggahan di Wakaf Bharu ataupun meneruskan perjalanan ke Jelawang untuk mengalami aktiviti merentas hutan. Aktiviti ini memerlukan anda untuk bermalam . Anda boleh menyewa rumah rehat yang disediakan. Jangan ketinggalan untuk mengujungi Air Terjun Jelawang yang begitu mempersonakan dengan tarikan semulajadinya , dan pastinya boleh meninggalkan pengalaman yang manis yang mengambil masa selama sejam setengah merentas desa untuk sampai ke sana.
Alternatif yang lain boleh di buat dengan mengambil perjalanan selatan selama 2 ½ jam daripada Dabong ke Gua Musang. Di sinilah terletaknya Air Terjun Lata Beringin yang menakjubkan. Gua Musang merupakan salah satu rekreasi Taman Negara yang dianggap sebagai salah satu hutan hujan tertua di dunia. Anda berpeluang menikmati aktiviti berakit safari serta melawat gua-gua yang terdapat di sana.
Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi tempat-tempat menarik ini, boleh la menghubungi agen pelancongan di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu untuk membuat tempahan.
Kuala Koh terletak kira-kira 90 km daripada Gua Musang merupakan salah satu lagi tempat kunjungan untuk dilawati.
Kuala Koh menyediakan keindahan semulajadi dan kehijauan hutan yang terpelihara. Ia bersesuaian untuk menjalankan aktiviti semulajadi seperti merentas hutan, melihat unggas , berakit , memancing dan mendaki bukit. Ke Kuala Koh mengambil masa 2 jam daripada Gua Musang melalui Lebuhraya Gua Musang – Kuala Krai. Sebarang maklumat lanjut boleh di perolehi daripada agensi pelancongan tempatan atau Jabatan Hidupan Liar di Gua Musang.
Tel/fax no: 09-912 2490
Airterjun di Kelantan iaitu setinggi 1422 meter. Ia nya terletak di Gua Ikan. Nama Gua Ikan di perolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Di percayai, terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh pihak tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini.