Bendera



Latar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran peduduk dan rakyat kepada raja. Lambang kebesaran berwarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan.


Logo



Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak Bulan dan Bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam itu maknanya bahawa Negeri itu adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua Negeri itu di masa Che' Siti Wan Kembang, Permaisuri Kelantan ( kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.


COGAN:

"Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"

Lagu Selamat Sultan


Lanjutkan Usia Al Sultan Kami
Sultan Kelantan Raja Ikrami
Aman Sentosa Tuhan Sirami
Kekal Memerintah Kami
Kasih Dan Taat Setia Disembahkan
Keriangan Diucapkan
Segala Kebesaran Allah Cucurkan
Bertambah Kemulian

1