Zon kebudayaan

Bagi kebanyakan pelancong, mereka mendapati kebudayaan merupakan sesuatu tarikan bagi Kelantan. Permainan tradisi seperti wau , kraf tangan seperti songket dan batik menampilkan kesenian Melayu yang begitu mengkagumkan.
Muzium dan bangunan bersejarah di Kelantan menjanjikan nilai-nilai kebudayaan yang tinggi yang menampilkan ketinggian nilai seni budaya dan sejarah Kelantan.Kebanyakkan tempat-tempat ini terletak di sepanjang Jalan Hilir Kota dan Jalan Sultan, Kota Bharu dengan berjalan kaki.Setengah dari muzium ini adalah tidak mengenakan bayaran masuk.


Muzium DiRaja/Istana Batu

Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat. Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan di raja, dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.
Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.
Harga Yang dikenakan RM2

Muzium Di Raja

Istana Jahar

Istana Lama ini, iaitu Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri.Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.
Ianya di buka setiap hari kecuali hari Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Istana Jahar

Muzium Islam/ Dewan Sura

Sejarah Islam dinegeri Kelantan telah didokumentasikan dan diilhamkan dalam bentuk artifak dan dipamerkan di sini. Penubuhan Muzium Islam adalah untuk menggambarkan bahawa negeri Kelantan merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang terkemuka.
Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat
Muzium Peperangan/Bank Kerapu

Muzium peperangan merupakan bangunan batu-bata yang tertua di Kelantan, iaitu pada tahun 1912. Kini tempat bersejarah ini dijadikan sebagai memori rumah Jepun dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan Perang Dunia kedua.

Bank Kerapu

Kampung Kraftangan dan Muzium kraf

Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf.Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang miggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 hingga 5.00 petang.

Istana Balai Besar

Istana ini telah siap dibina pada tahun 1840 oleh Sultan Muhamad II. Kini Istana Balai Besar digunakan sebagai tempat untuk mengadakan atau melangsungkan Majlis Rasmi dan Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran.

Istana Balai Besar

Padang Merdeka/Bulatan Merdeka

Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan di mana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957.. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.

Padang Merdeka / Bulatan Merdeka

Masjid Negeri

Masjid ini mengambil masa selama 10 tahun untuk dibina, iaitu 1916 – 1926 sempena pemerintahan Sultan Ismail. Masjid ini dianggap sebagai masjid negeri sehingga kini kelas-kelas agama masih terus diajar di masjid.

Masjid Negeri Al-Muhammadi
1