"Lihatlah kepada diri ini akan segala kelemahan dan kekerdilan. Supaya dapat melihat akan kekuatan dan kebesaran Tuhan. Moga moga dianugerahiNya dengan sifat sifat kehambaan. "
|
Kata-kata Aluan |
|
Segala puji yang tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Pencipta langit dan bumi serta segala apa yang berada didalam dan diluarnya. Maha Suci Engkau, Ya Allah, yang telah menjadikan malam dan siang dan Yang Maha Pemurah kepada sekalian makhlukNya sama ada yang ta'at mahupun yang engkar serta Maha Mengasihani atas hamba hambaNya yang bertaqwa. Selawat dan Salam untuk Nabi junjungan dan tersayang, Muhammad Ibn Abdullah, Rasulullah S.A.W. dan juga kepada keluarganya yang tercinta serta para sahabat sahabat Baginda Rasul S.A.W. yang keredhaan Allah di atas mereka. Kemudian daripada itu. Selamat datang saya ucapkan kepadamu, moga moga keadaanmu selalu berada dibawah keredhaan dan petunjuk Allah S.W.T. Moga moga dengan kedatanganmu kesini akan membawa keampunan dan keredhaan Allah keatas kita bersama, Insya'Allah. Akan kerana saya amat sangat memerlukan keampunan Allah, dimana kejadian manusia itu tidak akan terlepas dari dosa. Keadaanku yang bergelumbang dan terkapai kapai di dalam arus kehidupan ini, tidaklah boleh dijadikan ikutan. Malah ada baiknya jika kamu membina sebuah benteng yang kukuh untuk membuat sempadan supaya tidak ditenggelami arus kehidupan. Dan janganlah kamu, berkata putus mengenai diriku ini, kerana tiada siapa yang lebih mengetahui akan keadaan diriku yang sebenar benarnya ini melainkan Allah dan RasulNya. Apa yang hendaknya saya lakukan disini bukanlah untuk menjadi bahan bacaan atau rujukkan kepada kamu. Akan tetapi menjadi ia sebuah cermin didinding, menjadi alat muhasabah untuk diriku. Imbasan kisah serta gambaran hidupku ini, moga moga ia menjadi alat untuk ku berupaya berdenyut kearah matlamat hidup ini. Tiada daya dan kekuatan itu melainkan hanya dengan izin Allah. Walaupun saya dinasihati oleh guruku, supaya menjadi hamba Allah dengan perasaan dan keadaan sehamba hambanya. Tidak sama sekali saya memahaminya, apatah lagi menjalaninya. Semoga moga hanya dengan Rahmat Allah, dapat menentukannya. Dari itu jika kamu rasa sesuai untuk menasihati akan diri ku ini. Maka janganlah kamu terasa berat atau payah untuk memberi akanku sepatah nasihat. Moga moga dengan nasihat yang dapat kamu sampaikan kepadaku itu, menjadi sesuatu manfaat kepadaku tidak kira mahupun di dunia dan akhirat. Sila sampaikan nasihat atau komen kamu kepadaku di alamat naz1098@singnet.com.sg Moga moga akan berjaya kita hendakNya. Wallahu a'lam ~ Mohammed Nazree Hairi Bin Tahar ~ |
Mohammed Nazree Hairi's HomePage © Copyright 2001