Pada 15 Mac tahun ini, Peguam Negara, Tan Sri Mochtar Abdullah memberikan ucapan “Ides of March”nya dan memeranjatkan seluruh negara dengan pembongkaran beliau mengenai surat layang 33 mukasurat yang melakukan 112 tuduhan terhadap 12 hakim kerana terlibat dengan kelakuan rasuah, salahguna kuasa dan salah laku, dan Peguam Negera telah menghuraikan isu ini sebagai sesuatu yang mengandungi `elemen khianat’ yang dilakukan oleh orang yang ingin `merosakkan integriti kehakiman dan pengurusan keadilan’ melalui ‘tuduhan-tuduhannya yang keji, insidius, licik dan cabul’ dan beliau telah mengarahkan pihak Polis supaya melakukan penyiasatan untuk ‘mengesan’ ‘pengkomplot-pengkomplot’ terlibat untuk membawa mereka ke muka pengadilan.
Empat bulan selepas kejadian ini, Peguam Negara sekali lagi memeranjatkan seluruh negara dengan pengisytiharkan bahawa tiada apa-apa masalah pada Kehakinan, bahawa penulis surat layang setebal 33 muka surat berkenaan telah dikesan, bahawa ia adalah kerja seorang Hakin Mahkamah Tinggi yang telah mengaku tindakannya serta telah meletak jawatan dari tugas hakim, dan bahawa oleh sebab ini beliau tidak akan membawa orang berkenaan ke mahkamah dan tidak ada sebarang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap orang ini kerana peletakan jawatan seorang Hakim Mahkamah Tinggi sudah merupakan hukuman yang ‘cukup berat’ baginya.
Adalah sungguh malang sekali bahawa Peguam Negara gagal melaksanakan tugas perlembagaannya untuk menjawab kepada Parlimen apabila isu surat layang 33 mukasurat ini dibahaskan di Parlimen pada bulan Julai,di mana beliau gagal memberikan sebarang alasan yang wajar ataupun memuaskan terhadap lapan pesoalan yang telah saya ajukan yang mencabar tindakan beliau menggunakan budi bicara pendakwaannya (prosecutorial discretion) untuk tidak mendakwa hakim Mahkamah Tinggi berkenaan, iaitu Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid - khasnya memandangkan surat layang 33 mukasurat bekenaan telah membuat 112 tuduhan spesifik mengenai rasuah, salah guna kuasa dan salah laku 12 hakim yang setentunya merupakan kesalahan paling serius di bawah Akta Hasutan yang pernah dilakukan oleh sesiapa pun di Malaysia sejak negara merdeka selama empat dekad ini.
Hasil dari cara Peguam negera mengendalikan isu surat layang 33 mukasurat ini, keyakinan orang ramai terhadap integriti dan kesaksamaan badan kehakiman telah terjunam ke titik yang paling rendah sekali.
Ini setentunya merupakan sebab mengapa dalam satu wawancara Far Eastern Economic Review dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed baru-baru ini, persoalan keyakinan orang ramai terhadp integriti dan kesaksamaan Badan Kehakiman merupakan isu berbangkit yang begitu ketara sekali.
Perdana Meneri ditanya mengenai pandangan umum dunia perniagaan tempatan dan asing yang menganggap ‘bahawa mereka tidak akan dilayan dengan adil sekiranya mereka menghadapi firma-firma tempatan yang mempunyai perhubungan politik yang kuat’ dan mereka merasa bahawa ‘mahkamah amat tidak adil’.
Sungguhpun Perdana Menteri telah menafikan keujudan asas bagi persepsi perniaga-perniaga tempatan dan asing ini, hakikatnya persepsi sebegini tersebar luas harus dipandang berat oleh Parlimen dan negara pada keseluruhannya.
Kini, Peguam Negera sekali lagi melibatkan diri dalam satu insiden krisis keyakinan apabila beliau mengeluarkan ucapan yang menggemparkan yang menyerang Majlis Peguam dan para Peguam Malaysia semasa berucap di Jamuan Makan Malam Tahunan Persatuan Perubatan-Undang-undang Malaysia di Kuala Lumpur pada 19 Julai 1996, di mana beliau telah menggunakan bahasa yang sungguh memperkecil-kecilkan dan menghinakan Majlis Peguam. Beliau berkata:
“I have in my previous meetings with the President and leaders of the Bar Council stated that if the Bar Council does not take medication to cure itself, then it may have to undergo surgery to cure itself of its malignant illness. They have not listened to my advice...may be surgery is now imminent or inevitable. My Chambers is presently preparing a paper with recommendations to the Government to reform the legal profession, and hopefully with proper medication, a few minor surgeries, implantations and transplantations here and there, the legal body will be cured of its many ills and live a long and healthy life, contributing to the well-being of our Nation!”
Mochtar Abdullah sudah pasti telah mencipta satu rekod tersendiri sebagai seorang Peguam Negera dengan menggunakan bahasa yang paling pedas dan keji terhadap Majlis Peguam dan Bidang Peguam Malaysia, yang membuktikan keseriusan hubungan saling bermusuh-musuhan di antara Peguam Negera dan Majlis Peguam, seakan-akan Peguam Negara telah terlupa bahawa Majlis Peguam mempunyai tugas berkanun mengikut Seksyen 42(1)(a) Akta Prefesion Perundangan 1976 ‘untuk mendukung perjuangan keadilan tanpa mengira kepentingan diri ataupun kepentingan ahli-ahlinya, dan tanpa dipengaruhi oleh ketakutan ataupun pilih kasih.”
Peguam Negera harus menjelaskan kepada Dewan ini apa yang dimaksudkannya apabila beliau membangkitkan isu reformasi profesion perundangan, terutama sekali mengenai apa yang dikatakannya “dengan perubatan yang wajar, beberapa pembedahan kecil, pengimplanan dan pemindahan di sana sini, badan perundangan akan disembuhkan dari masalah kesakitannya”!
Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘pembedahan, pengimplanan dan pemindahan”?
Adakah ia bermaksud satu pindaan ke atas Akta Profession Perundangan untuk membubarkan Seksyen 42(1)(a) untuk merampas tugas berkanun Majlis Peguam “mendukung perjuangan keadilan tanpa mengira kepentingan diri ataupun kepentignan ahli-ahlinya, dan tanpa dipengaruhi oleh ketakutan ataupun pilih kasih”?
Adakah Peguam Negera hendak melihat Majlis Peguam hanya merupakan satu badan yang berminat dalam soal bagaimana membantu para peguam mendapat pulangan untung yang paling banyak, langsung tidak mengendahkan soal kesedaran sosial ataupun mengambil berat tentang pengurusan keadilan ataupun bagaimana undang-undang yang dicadangkan akan memberi kesan buruk kepada hak-hak rakyat dan lain-lain isu berkepentinang orang awam?
Dengan kata-kata lain, adakah Peguam Negera telah muncul sebagai pembangkang paling ketara dalam konsep kerajaan untuk mengujudkan satu masyarakat madani, memandangkan beliau bercadang untuk meminda Akta Profesion Perundangan dengan ‘pembedahan, pengimplanan dan pemindahan’ yang setentunya bermaksud akan merosakkan pembangunan sebuah masyarakat madani yang kuat?
Mengenai ‘pengimplanan dan pemindahan’ pula, adakah cadangan-cadangan Peguam Negera termasuk juga satu penyusunan semula Majlis Peguam dan Bidang Peguam Malaysia di mana Peguam Negara ataupun nomineenya dapat menjadi Ketua Majlis Peguam dan menimbunkan Majlis Peguam dengan Timbalan-timbalan Public Prosecutors and peguam-peguam kerajaan supaya Majlis Peguam hanya merupakan gema bagi Suara Peguam Negara?
Melantik Mochtar Abdullah sebagai Senator dan Menteri Kabinet supaya beliau boleh menjawab terus kepda Parlimen mengenai keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan beliau yang kontroversi itu
Kita mahu Peguam Negera menjelaskan kepada Parlimen rasional di belakang ucapan beliau di Jamuan Makan Malam Persatuan Medico-Perundangan itu dan cadangannya untuk ‘pembedahan, pengimplanan dan pemindahan’, serta tindakannya membangkang pembangunan sebuah Masyarakat Madani di Malaysia.
Malang sekali, Peguam Negera tidak dapat hadir dan menjawab di Parlimen untuk dirinya sendiri, dan ini sungguh tidak memuaskan. Di dalam perbahasan kita ini sebagai contoh, sebarang jawapan kononnya dari Peguam Negara akan disampaikan melalui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Saya mengakui dan memuji Nazri sebagai salah seorang front-bencher kerajaan yang paling hemet, dan ramai Menteri harus belajari dari Nazri tentang cara melaksanakan tugas Parlimen mereka, tetapi dari pengalaman yang lampau, kita juga tahu bahawa apabila Nazri menjawab kepada soal-soal yang dibangkitkan di Dewan ini yang berkait-hubung dengan keputusan dan tindakan Peguam Negara, beliau adalah menjawab bagi dirinya sendiri dan bukannya bagi pihak Peguam Negara. Saya mensyaki samada Nazri dapat berhubung dengan Peguam Negara secara terus untuk mendapatkan reaksinya terhadap kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya ini, dan Nazri jelas terpaksa mencipta jawapan-jawapannya sendiri. Inilah mengapa sesetengah masa, Nazri telah memberikan jawapan mengenai alasan bagi keputusan Peguam Negara yang jelas berbeza dari apa yang diberikan oleh Peguam Negara sendiri.
Kita mahu Nazri memberitahu Parlimen apakah alasan dan rasional di belakang beberapa keputusan dan tindakan Peguam Negara ini, dan bukannya apa yang difikirkan oleh Nazri sendiri yang merupakan alasan dan rasional untuk keputusan dan tindakan Peguam Negara ini.
Keadaan seperti ini sungguh tidak memuaskan, dan merupakan ejekan ke atas prinsip akaunabiliti Peguam Negara terhadap Parlimen dan tidak harus dibiarkan berterusan lagi.
Inilah sebab mengapa DAP telah mencadangkan supaya Peguam Negara dilantik sebagai ahli Kabinet supaya beliau dapat terus menjawab kepada Parlimen dan mempertahankan keputusan dan tindakannya sendiri secara langsung, dan tidak perlu seorang Timbalan Menteri untuk meneka sebab sebenar bagi keputusan dan tindakan Peguam Negara ini.
Perlantikan Tan Sri Mohtar Abdullah supaya menjadi seorang Menteri serta ahli Parlimen dapat dilakukan dengan mudah sekali iaitu melalui perlantikan beliau sebagai Senator, dan beliau akan dapat datang ke Dewan Rakyat untuk menjawab keputusan-keputusan dan tindakan-tindakannya yang penuh dengan kontroversi.
Keadaan kini yang tidak memuaskan di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak dapat menjawab bagi pihak Peguam Negara, tetapi hanya meneka fikirannya ini, telah dipertunjukkan hari semalam apabila Nazri menjawab pertanyaan saya pada masa soal jawab dan telah menafikan bahawa ujudnya sebarang konflik ataupun perasaan saling bermusuhan di antara Peguam Negara dan Majlis Peguam.
Pada hakikatnya, perasaan saling bermusuhan di antara Peguam Negara dan Majlis Peguam ini telah menjadi semakin serius. Apabila Presiden Majlis Peguam, Hendon Mohamed, menulis kepada Peguam Negara untuk melahirkan perasaan terperanjatnya terhadap tuduhan yang dilakukan oleh Peguam Negara di dalam ucapan Jamuan Makan Malam berkenaan, serta melahirkan rasa bingung dengan cadangan Peguam Negara untuk meminda Akta Profesion Perundangan yang tidak pernah dibangkitkannya dalam perjumpaan di antara Peguam Negara, Solicitor-General, Presiden dan Timbalan Presiden Majlis Peguam di Kamar Peguam Negara dua minggu sebelum ini pada 2 Julai, 1996, Mochtar Abdullah telah melakukan sesuatu yang tidak pernah berlaku dahulu dengan memulangkan surat Hendon bersama dengan satu nota: “Diambil catatan dan dipulangkan kepada pengirim”!
Dengan perkara seperti, nampaknya perhubungan di antara Peguam Negara dan Majlis Peguam telah mencapai `satu titik yang tidak dapat kembali lagi’ , malah menutup sebarang ‘perhubungan sivil’ di antara kedua-dua pihak.
Parlimen mesti memandngkan berat tentang perasaan saling permusuhan di antara Peguam Negara dan Majis Peguam ini dan mengarahkan kedua-dua pihak membaiki perhubungan sesama mereka supaya dapat bekerjasama untuk menegakkan prinsip penting Kebebasan Kehakiman, kedaulatan undang-undang dan kebebasan Bidang Peguam Malaysia.
(b) Politik wang dan rasuah di dalam pilihanraya umum negeri Sarawak