Kini telah menjadi sesuatu yang biasa bagi para Menteri bercakap-cakap tentang Era Maklumat dan revolusi Teknologi Maklumat. Bagaimanapun, sekiranya Malaysia ingin mengolak langkah besar dan mendapat peningkatan yang besar untuk maju ke Era Maklumat, maka negara kita mestilah bergerak lebih mendalam dari hanya bercakap-cakap besar tentang Teknologi Maklmat dan melakukan kerja-kerja konkrik untuk memupuk celik-komputer di kalangan rakyat Malaysia.
Dalam segi ini, Kementerian Pendidikan mesti memainkan satu peranan yang utama untuk memastikan bahawa generasi baru Malaysia yang kini berada di dalam universiti, sekolah menengah dan rendah, semuanya akan menjadi celik-komputer dan efisien supaya membawa Malaysai masuk ke Era Maklumat.
Bagaimanapun, universiti-universiti kita sendiri kini masih lagi berada di peringkat di mana cakap-cakap besar lebih ketara daripada kerja sebenar untuk melahirkan graduan-graduan yang celik-kompur. Sebagai contohnya, di Universiti Kebangsaan, para pelajar tidak berhak untuk mendapat satu akaun e-mail persendirian secara otomatik, sungguhpun cakap-cakap besar mengenai Rancangan Induk Teknologi Maklumat UKM (1994 - 2002) dengan misi menyediakan teknoligi maklumat terkini untuk warga universiti telah dua tahun dilaung-laungkan.
Mengikut dasar UKM yang tersebut ini, pelajar di tahun pertama ke tahun ketiga hanya akan diberikan akaun e-mail mengikut keperluan kursus mereka, dan tanggungjawabnya terletak di atas bahu pensyarah - tetapi akaun e-mail ini terpaksa dikongsi oleh beberapa orang pelajar dan bukannya akaun peribadi. Pelajar di tahun empat juga perlu bergantung kepada keperluan kursus mereka untuk membuat permohonan, sungguhpun mereka mungkin akan mendapat akaun e-mail peribadi sekiranya mendapat sokongan dari pensyarah kursus mereka.
Akaun-akaun e-mail ini akan ditarik balik sekiranya tidak lagi ujud keperluan dalam kursus-kursus mereka.
Sebenarnya, ada pensyarah-pensyarah Teknologi Maklumat di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat di UKM yang tidak mempunyai akses e-mail, jauh lagi mendapat akses ke Internet, kononnya kerana ujud masalah tatarajah (configuration) talian.
Bagaimankah UKM boleh buktikan bahama ianya memang serius tentang Teknologi Maklumat sedangkan pensyarah-pensyarah Teknologi Maklumatnya sendiri masih tidak mendapat akses e-mail - tanpa kira apa alasan yang diberinya?
Perkara ini sungguh tidak memuaskan dan benar-benar kemunduran bila dibandingkan dengan universiti-universiti di lain-lain negara yang serius tentang Teknologi Maklumat. Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Emory di Atlanta, sebagai contohnya, telah memberitahu saya bahawa semua pelajar di sana adalah berhak mendapat dua akaun e-mail - satu di akaun Internet biasa dan satu lagi melalui Learnlink (sejenis rangkaian intranet) yang masih menghantar e-mail ke Internet. Para profesor dan pensyarah universiti akan memaparkan bahan-bahan nota, gred, pengumuman dan sebagainya di atas Learnlink. Ini menyebabkan akaun e-mail sama pentingnya seperti telefon.
Bagaimanapun masalah di UKM bukanlah sekadar pemberian akaun-akaun e-mail kepada para pelajar, tetapi kekurangan komputer bagi mereka yang mempunyai akaun e-mail untuk menggunakan kemudahan e-mail mereka.
Tambahan lagi, ujudnya masalah akses ke Internet, kerana bukan semua komputer di UKM disambung ke Net. Pelajar-pelajar di sesetengah fakulti di UKM, seperti Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Fakulti Fizik Gunaan dan Fakulti Sains Matematik adalah lebih bernasib baik kerana komputer peribadi di fakulti-fakulti mereka disambung ke Internet. Para pelajar dari aliran Sastera pula kehilangan peluang pendedehan ini.
Di dalam perpustakaan Tun Sri Lanang UKM, hanya terdapatnya dua komputer peribadi yang disambung ke Internet, dan para pelajar terpaksa berbaris lama sampai satu jam sebelum berpeluang menggunakan komputer di perpustakaan UKM untuk mendapat akses ke Internet. Sering kalinya komputer di perpustakaan UKM ini rosak dan tidak dapat digunakan.
Sekiranya Malaysia benar-benar berminat hendak mendapat peningkat besar masuk ke Era Teknologi Maklumat, maka kita seharusnya melakukan peningkatan besar yang pertama dengan menjadikan rakyat Malaysia, terutama sekali generasi muda kini di universiti dan sekolah, menjadi celik-komputer dan berkecekapan.
Biarlah semua universiti di Malaysia mempunyai program kilat untuk memperluaskan kemudahan-kemudahan di semua universiti tempatan, supaya pada akhir tahun depan, semua universiti tempatan akan secara otomatiknya menawarkan akaun e-mail kepada setiap orang pelajar. Semua pelajar universiti harus mendapat akses ke Internet, samada di perpustakaan, fakulti ataupun asrama mereka, dan ini akan bererti universiti-universiti tempatan perlu menambahkan sejumlah besar bilangan komputer di dalam kampus mereka.
Di samping itu, kita juga perlu memastikan bahawa peningkatan besar ke arah Era Teknologi Maklumat juga berlaku di dalam sekolah-sekolah. Kementerian Pendidikan harus mepertimbangkan secara serius untuk membentuk sasaran yang tegas bahawa sampai ke tahun 2,000, kesemua 8,500 sekolah akan disambungkan ke Internet.
Pada masa kini, peratusan 250,000 guru-guru di sekolah-sekolah menengah dan rendah di Malaysia yang mendapat akses ke Internet amatlah rendah. Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang ganjil sekiranya kita mendapati ada di antara pelajar-pelajar kita kini yang memiliki celik komputer yang lebih baik daripada guru-guru mereka.
Teknologi Maklumat akan menafsir semula perhubungan di antara guru dan pelajar, mengubah peranan guru. Bagaimanapun, guru-guru tidak akan dapat memimpin pelajar-pelajar mereka di dalam perhubungan baru ini sekiranya mereka sendiri tidak menjadi biasa dan mahir dalam Teknologi Maklumat dahulu.
Oleh sebab ini, Kementerian Pendidikan harus melancarkan satu rancangan Teknologi Maklumat tiga-rambang untuk memastikan bahawa 250,000 guru di negara ini celik-komputer dan mendapat akses ke Internet pada tahun 2,000 supaya mereka dapat memimpin generasi baru kita ke arah Era Maklumat, dan rancangan ini harus mengandungi elemen-elemen berikut:
Saya tahu bahawa cadangan-cadangan ini akhirnya akan bergantung kepada wang, dan inilah mengapa saya menyeru supaya Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya memastikan belanjawan yang akan dibentangkan beliau di Parlimen pada Jumaat ini akan merupakan satu belanjawan Teknologi Maklumat, yang akan menyerap objektif-objektif Teknologi Maklumat yang telah saya gariskan ini untuk menyediakan Malaysia mengambil langkah besar meningkat ke Era Maklumat dengan memupuk kadar celik komputer dan kecekapan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.
(23/10/96)