Telah dilaporkan bahawa pakej pertama empat undang-undang siber yang membuka jalan bagi kemasukan Malaysia ke dalam era siber kini telahpun siap dan akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.
Empat undang-undang yang dimaksudkan ini adalah Rang Undang-undang Digital Signature yang menangani penentusahan kontrak dan perjanjian yang ditandatangani melalui rangkaian komputer atau Internet; Multimedia Convergence Bill yang menangani isu-isu melibatkan perlindungan harta intelektual di suatu persekitaran di mana produk ataupun pekhidmatan boleh diperolehi dari berbagai media; Rang Undang-undang Computer Crimes; dan Rang Undang-undang Telemedicine Development yang menangani isu-isu yang berbangkit dari penggunaan telemedicine.
Saya menyeru kerajaan supaya mengumumkan pakej pertama empat undang-undang siber ini supaya membolehkan rakyat Malaysia yang berminat mempunyai masa yang secukupnya untuk mengkaji dan membahas sebelum undang-undang ini dibentangkan ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan.
Undang-undang Siber merupakan bidang yang baru sama sekali bukan sahaja untuk Malaysia, malah untuk seluruh dunia, dan tiada siapa yang boleh mendakwa sebagai pakar ataupun mempunyai kewibawaan dalam bidang undang-undang siber, dan ini merupakan alasan paling kuat mengapa draf pakej pertama empat undang-undnag siber ini harus diumumkan sebaik sahaja mereka siap digubal, bukan sahaja untuk mendapatkan input dari rakyat yang bermnat, tetapi juga untuk mendapatkan pandangan keseluruh masyarakat siber di dunia ini.
Saya juga hendak mencadangkan supaya draf pakej pertama empat undang-undang siber ini dipamerkan di atas Internet untuk mempelawa input dari masyarakat siber yang lebih luas lingkungannya di atas Internet.
Saya berharap Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, yang pernah saya puji sebagai seorang Menteri yang hemat sungguhpun beliau sering kekurangan kuasa untuk melakukan apa yang difikirkannya betul dan wajar, akan mengambil perhatian dalam perkara ini dan membentuk prisiden dengan mempamerkan perundangan siber yang dicadangkan ini ke atas Internet dengan segera.
Satu perkara yang sering membingungkan saya adalah mengenai keseriusan dan komitmen Kerajaan terhadap Teknologi Maklumat serta kerja mengeksploit teknologi media baru sebagaimana yang diperlihatkan oleh cara Internet melalui pertukaran cara ia menawarkan perkhidmatan dan maklumat kepada orang amai.
Rakyat Malaysia telah diberitahu mengenai Multimedia Super Corridor (MSC) bernilai RM5 bilion yang bercita-cita tinggi serta rancangan untuk mencipta satu Pejabat Perdana Menteri tanpa-kertas di Putrajaya pada tahun 1998.
Tetapi apa yang saya ingin tahu adalah mengapakah kerajaan tidak boleh mula memperkenalkan kerjaan elektronik secara peringkat demi peringkat di sesetengah Kementerian dan jabatan tanpa perlu tunggu sehingga MSC siap dibina.
Sebagai contohnya, orang ramai harus dapat download berbagai jenis borang permohonan kerajaan, misalnya untuk memohon Lesen Hiburan Awam, Pasport Terhad dan Antarabangsa, dari website agensi-agensi kerajaan berkenaan dan seterusnya menghantar borang yang siap diisi itu melalui pos biasa.
Ataupun calon persendirian dapat mendaftar untuk mengambil berbagai jenis peperiksaan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Internet. Sama juga, rakyat Malaysia harus dapat melakukan permohonan on-line untuk jawatan-jawatan ataupun biasiswa kerajaan.
Oleh sebab Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab terhadap tugas membawa Malaysia masuk ke era siber, maka ia harus mengubal satu Rancangan Tindakan Teknologi Maklumat untuk mula memperkenalkan kerajaan elektronik pada tahun 1 Januari 1997.
Saya tidak menjangkakan sebarang masalah bagi pihak kerajaan sekiranya ia hendak mula memperkenalkan kerajaan elektronik, kerana proses komputerisasi kerajaan sungguh maju sekali. Masalah yang ujud bukannya pada teknoligi maklumat, tetapi semangat politik (political will) untuk mengeksploit teknologi maklumat yang telah dimiliki olh kerjaan untuk mula memperkenalkan kerajaan elektronik secara peringkat demi peringkat.
(23/10/96)