Ketua Pembangkang Parlimen. Setiausaha-Agong DAP merangkap Ahli Parlimen kawasan Tanjong, Lim Kit Siang, memohon izin dari Yang Di Petua Dewan Rakyat atas Peraturan mesyuarat 18, untuk menangguhkan Dewan dan membincangkan satu perkara tertentu kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai tindakan Kerajaan Negeri Sarawak memulaukan tiga suratkhabar Sarawak, iaitu Borneo Post, See Hua Daily News dan Sin Hua Evening News, selama tiga minggu ini, atas sebab-sebab yang berikut:

“Pertama sekali, selepas pilihanraya umum negeri Sarawak pada 9 September 1996, salah satu ahli komponen parti BN Sarawak, SUPP, telah melancarkan kempen pemulauan tiga suratkhabar Sarawak yang dimiliki oleh Kumpulan See Hua iaitu Borneo Post, See Hua Daily News dan Sin Hua Evening News, menyalahkan mereka terhadap kegagalan SUPP dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini terutama sekali mengenai kekalahan Presiden SUPP merangkap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Dr. Wong Soon Kai, dengan mendakwa bahawa ketiga-tiga suratkhabar ini membawa liputan yang tidak adil, berat sebelah dan tercondong semasa pilihanraya umum negeri Sarawak.

“Tindakan ini merupakan tindakan membalas dendam yang tidak adil dan tidak demokratik oleh pucuk pimpinan SUPP yang ingin mencari `scapegoat’ untuk bertanggungjawab terhadap kekalahan SUPP dalam pilihanraya umum Sarawak kali ini, terutama sekali terhadap kekalahan Presiden SUPP sendiri, kerana pucuk pimpinan SUPP tidak dapat menafikan bahawa di Sibu, Sin Hua Daily News telah mengagihkan 80% dari liputannya ke atas berita SUPP, manakala DAP hanya mendapat liputan sebanyak 20% dari berita-berita yang disiarkannya; dan sekira sesiapa ingin mengadu mengenai liputan yang tidak adil oleh See Hua Daily News di dalam kempen pilihanraya ini, DAPlah yang sepatutnya mengadu dan bukannya SUPP!

“Tambahan lagi, salah satu berita yang dipetik oleh SUPP untuk menjastifikasikan tindakan pemulauannya adalah sebenarnya satu laporan dari Bernama - dan SUPP tidak pula mendakwa bahawa Bernama tidak adil atau berat sebelah dalam laporannya semasa pilihanraya umum Sarawak.

“Kedua, tindakan pemulauan tiga suratkhabar SUPP ini telah mendapat sokongan segera kerajaan Negeri Sarawak di mana Timbalan Setiausaha Negeri, Datuk Taha Ariffin telah mengeluarkan arahan pada 21 September, 1996 kepada semua jabatan negeri, badan-badan berkanun dan subsidiari supaya menyokong tindakan pemulauan suratkhabar SUPP ini dengan:

“Kerajaan negeri Sarawak, yang mewakili semua rakyat Sarawak, tidak berhak melibatkan diri dalam satu kempen politik membalas dendam yang tidak adil, tidak demokratik oleh sebuah parti politik yang ingin mencari `scapegoat’ ke atas kekalahan pilihanrayanya. Sebagai contoh, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud telah mendakwa suratkhabar-suratkhabar See Hua `berlagak seperti risalah-risalah politik’ dalam laporan pilihanraya mereka, dan tuduhannya ini langsung tidak berasas dan tidak benar dan tidak akan dapat menghadapi penelitian bebas.

“Sekiranya kita hendak mencari sebarang suratkhabar yang bertindakan seperti `risalah politik’ sepanjang tempoh pilihanraya umum negeri Sarawak, maka Sarawak Tribunelah yang merupakan suratkhabar berkenaan di mana ia bukan sahaja telah mencegahkan penyiaran berita DAP, malah telah menyiarkan artikel-artikel yang kejam dan berniat jahat terhadap DAP - melanggari segala piawai kewartawanan bebas, adil dan bermoral. Bagaimanapun, Kerajaan negeri Sarawak tidak pula mengambil sebarang tindakan ke atas Sarawak Tribune kerana parti-parti BN Sarawak telah mendapat kebaikan dari tindakannya tersebut!

“Ketiga, dan paling penting sekali adalah, tindakan pemulauan Kerajaan negeri Sarawak terhadap Borneo Post, See Hua Daily News dan Sin Hua Evening News, yang juga menunjukkan bahawa ia menyokong kempen membalas dendam sebuah parti politik yang tidak adil, tidak demokratik dan tidak sesuai ini, bererti tindakan kerajaan negeri perlu diberikan perhatian oleh Parlimen memandangkan perkara ini telah menjangkau isu negeri atas tiga sebab berikut:

“Atas sebab-sebab tersebut di atas, Parlimen harus mengambil perhatian serius terhadap ancaman terhadap kebebasan berakhbar di Malaysia yang merunsingkan ini, kerana sungguhpun Perdana Menteri lantang mengkritik kelemahan dan salah guna kuasa dalam dunia akhbar Barat, tapi ia tidak dapat menjastifikasikan budaya salah guna kuasa akhbar yang baru dan lebih serius, di mana suratkhabar-suratkhabar yang membahagikan 80% kandunganya kepada berita SUPP dan 20% kepada berita DAP dalam pilihanraya umum Sarawak ini boleh dijadikan mangsa dan menghadapai tindakan membalas dendam sebegini!

“Apa yang perlu dan mesti dilakukan oleh Parlimen dalam melaksanakan tugasnya untuk melindungi dan memupuk demokrasi serta kebebasan berakhbar adalah seperti berikut:

“MENGKEHENDAKI satu siasatan awam menyeluruh ke atas tindakan pemulauan Borneo Post, See Hua Daily News dan Sin Hua Evening News oleh kerajaan negeri Sarawak ini untuk memastikan samada ujud sebarang asas dalam dakwaan bahawa suratkhabar-suratkhabar ini ‘telah berlagak seperti risalah-risalah politik’ dan telah melakukan laporan berat sebelah dan tidak adil terhadap SUPP di samping membantu DAP dalam pilihanraya umum Negeri Sarawak; samada ujud lain-lain suratkhabar di Sarawak yang lebih sesuai dimuatkan dalam huraian dakwaan laporan berat sebelah dan tidak adil dalam pilihanraya negeri Sarawak ini; dan samada tindakan Kerajaan Negeri Sarawak merupakan satu ancaman terhadap kebebasan berakhbar dan harus diperhentikan; dan

“MENARIK perhatian National Union of Journalist dan ASEAN Confederation of Jaournalist supaya mereka mengambil pendirian yang kuat membantah ancaman serius terhadap kebebasan berakhbar dalam tindakan pemulauan tiga suratkhabar Sarawak ini, kerana para wartawan di Malaysia dan ASEAN perlu mempertunjukkan bahawa mereka berupaya berdiri tegak menuntut kebebasan berakhbar dan hak wartawan apabila mereka diancam dalam negara ataupun rantau mereka sendiri, tanpa perlu bergantung kepada para wartawan dari dunia luar untuk berjuang bagi pihak mereka.”

(Permohonan ini telah ditolak atas alasan: "Sungguhpun ia merupakan suatu perkara tertentu kepentingan orang ramai, tapi ia tidak berkehendaki disegerakan")

(14/10/96)

1