|
PESTA
MENIPU
Apa yang kita saksikan berhubung
dengan kes keracunan arsenik terhadap DSAI ialah babak babak lakonan demi lakonan yang
sungguh menjijikkan. Satu pesta menipu dengan lakonan yang diketuai oleh PM sendiri dengan
pelakon pelakon bantuan di kalangan pemimpin pemimpin UMNO! Pemimpin pemimpin Islam
sanggup melakukan penipuan secara terang terang, tanpa segan silu. Astaghafirullah!
Kalau Mahathir menipu, itu dah perkara biasa tapi dia heret sama pemimpin pemimpin
lain. Menipu dah sebati dengan Mahathir. Tak hairanlah apabila Mahathir menjadi tumpuan,
beliau akan sedaya upaya menegakkan benang yang sudah basah dengan menipu. Yang
menghairankan sanggup pula menteri menteri Islam yang lain mengikut jejak langkah Mahathir
menipu juga. Inilah dinamakan KEPIMPINAN MELALUI TELADAN dan PM BOREK MENTERI MENTERI
RINTIK!
Terang terang mereka menipu. Terang terang mereka cuba nak mengalihkan pandangan rakyat
dengan sengaja mengeluarkan kenyataan bahawa DSAI sengaja nak menagih simpati dan
mencetuskan huru hara. Selama ini, inilah yang dihidangkan dalam media media massa milik
mereka. Apabila komplot dan kerja kerja terkutuk mereka terbongkar, mereka asik DENY,
DENY, DENY. Media massa milik mereka digunakan untuk mengaburi mata rakyat. Fakta fakta
diputarbelitkan. Hanya fakta fakta yang memihak pada para konspirators sahaja dihidangkan
dalam media media milik mereka! Mana letaknya kredibiliti media media massa kita khususnya
Utusan Meloya, Berita Hairan dan New Shit Times?
Seperti yang tersiar dalam internet berbulan bulan dulu, seorang yang TERSEPIT dan
DESPERATE sanggup melakukan apa saja. KILL or BE KILLED! Inilah yang kita saksikan
sekarang. Tapi sebagai umat Islam dalam negara Islam, kita tak sangka mereka sanggup
melakukan kerja terkutuk ini walaupun dah nampak banyak tanda tanda bahawa mereka
akan lakukannya juga. Memang nyata sekarang bahawa Mahathir, Daim dan para konspirators
sudah betul betul tersepit dan desperate. Mereka hanya bergantung pada nyawa nyawa ikan.
Tunggu masa saja nak tumbang. Tapi sebelum mereka tumbang, awas, jangan terperanjat mereka
akan cuba sekali lagi menghapuskan DSAI. Ya, DSAI mati secara misteri dalam tahanan atau
diupahnya pembunuh professional membunuh DSAI! Bab ini tanya Megat Junid, Aziz
Shamsudin dan PDRM kita yang pakar dalam hal ini!
Mahathir, Daim, Sanusi, Aziz Shamsudin, Megat Junid, Rahim Nor dan Rahim Thamby Chik tak
sanggup lagi berdepan dengan DSAI secara gentlemen. Dalam konspirasi jahat ini mereka
telah mengheretkan institusi kehakiman dan kepolisian negara sehingga imej institusi
institusi ini kini hancur lebur. Kerana sudah terheret sama dalam konspirasi jahat ini dan
sudah dikenyangkan secara rasuah pangkat dan wang ringgit yang digunakan sebagai senjata
ugutan, segolongan anggota anggota dalam institusi institusi ini terpaksa bekerja keras
untuk mempertahan dan meneruskan agenda agenda kotor Mahathir dan para konspirators.
Hilang habis nilai nilai murni, nilai nilai kemaknusiaan dan nilai nilai Islam
mereka. Bertaubatlah! Allah tidak merestui kerja kerja terkutuk dan keji dari sisi Islam
ini. Sedarlah jangan bermain api dengan orang orang politik yang sudah tersepit dan
desperate kerana mereka tidak akan teragak agak mengorbankan sesiapa yang tidak mahu
mengikut telunjuk mereka atau meneruskan pelaksanaan agenda agenda kotor dan keji mereka.
Membunuh pun mereka sanggup lakukan! Masyaallah! Kembalilah ke pangkal jalan sebelum
terlambat!!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
PENSYARAH KOMUNIKASI MASSA |
|