Selamat sejahtera kepada semua. Kita semua telah melangkah ke alaf 21 yang penuh dengan cabaran baru. Untuk pengetahuan semua laman web ini ditujukan kepada kaum Melayu yang ingin mendalami dunia perniagaan. Fokus utama laman web ini adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan bidang perniagaan.
Ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan amat penting untuk berjaya dalam perniagaan.Setiap perniagaan bermula dengan idea. Idea lahir daripada pemerhatian dan penelitian ke atas keadaan ekonomi, politik, budaya, sains dan teknologi yang menawarkan peluang perniagaan. Ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap ahli perniagaan adalah seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan teknologi maklumat.Rancangan perniagaan ialah satu dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang dijalankan. Ia merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan,ramalan dan cara perlaksanaan strategi perniagaan.
Menurut Mary Parker Foller pengurusan adalah seni melakukan perkara-perkara tertentu melalui orang lain. Pengurusan adalah proses merancang,mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat organisasi yang ditetapkan.
Menurut Philip Kotler pemasaran adalah proses sosial di mana individu dan kumpulan memenuhi setiap kehendak dan kemahuan melalui mencipta, menawar dan menukar barang dengan orang lain.
Kewangan adalah ekonomi gunaan atau Financial Economics. Kewangan adalah jambatan di antara ekonomi dan akaun. Kewangan adalah wang. Pengurusan kewangan melibatkan cara mendapatkan wang secara berkesan untuk mendapat pulangan yang lumayan. Saham adalah modal bagi syarikat.Jika anda membeli saham syarikat,anda adalah pemilik sebenar syarikat dan diberi hak ke atas baki keuntungan setelah ditolak hutang,faedah dan cukai syarikat. Apabila syarikat mencatatkan keuntungan yang baik, pemegang-pemegang saham mendapat dividen. Sekiranya syarikat mengalami kerugian, dividen dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.Penilaian saham adalah penting untuk memudahkan kita membuat keputusan pelaburan secara professional dan teliti.Dalam pelaburan saham, membuat keputusan terhadap jangkaan belian atau jualan adalah penting dan genting.
Teknologi maklumat adalah kaedah yang digunakan dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan maklumat .