Perbezaan Java dan JavaScript 
Java dan JavaScript merupakan dua bahasa pengaturcaraan yang berlainan antara satu sama lain. Tetapi kedua-duanya dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C atau C++.

JavaScript
JavaScript merupakan bahasa skrip asas yang membenarkan pembangun laman Internet untuk membina halaman yang dapat berinteraksi dengan pengguna dengan menambahkan beberapa fungsi kecil kepada halaman. JavaScript berasaskan sedikit daripada bahasa pengaturcaraan Java. Ia terkandung didalam kod HTML laman dan akan dibaca oleh browser apabila kita membuka laman berkenaan. JavaScript lebih fleksible kepada pembangun laman Internet dengan menyediakan kemudahan untuk membina window, memaparkan teks bergerak, bunyi dan elemen multimedia yang lain dengan mudah. Ia dimasukkan ke dalam kod HTML dengan tag <SCRIPT> atau di 'embedded' ke dalam laman.

Java
Java pula ialah bahasa pengaturcaraan berorentasikan objek dan merupakan bahasa yang di kompil. Ia dapat digunakan untuk membina aplikasi 'standalone' dan aplikasi mini yang dikenali sebagai applet. Applet di download berasingan dengan dokumen HTML oleh browser dan menyediakan berbagai jenia fungsi kepada laman yang anda lawati. Dari segi teknikal Java boleh dikatakan bahasa pengaturcaraan C++ yang mudah dengan kawalan keselamatan. Ia banyak menggunakan CPU disebabkan format kompil yang lebih kompleks dari JavaScript.
 
 

JavaScript
Java
Diterjemah (bukan dikompil) oleh pengguna. Bytecodes yang dikompil dari pelayan akan dilarikan pada pengguna.
Berasaskan objek. Berorentasikan objek.
Kod diterapkan dalam HTML. Applet diasingkan dari HTML.
Variable tidak diistiharkan. Variable mesti diistiharkan.
Dynamic binding. Rujukan objek diperiksa pada masa larian. Static binding. Rujukan objek mesti wujub pada masa kompil.
  
[Depan][Pendahuluan][Butang][Teks Bergerak][Tarikh dan Masa][Kalender][Permaianan][Latar Belakang][Kakulator]
[Maklumat][Lain-lain][Program][FAQ][Link][Mesin Pencarian]
 
1