28 DISEMBER 1998
Untuk makluman semua Ahli Grup
Kembara, hari ini adalah satu hari bersejarah dalam sejarah Grup Kembara.
R.O.S telah meluluskan pendaftaran PERBARA pada hari ini, dengan ini
PERBARA boleh bergerak dengan rasminya.
22 DISEMBER 1998
Selamat
Berpuasa diucapkan kepada semua ahli-ahli Grup
Kembara yang beragama Islam. Ramadan kembali lagi, rasanya banyak
kenangan manis dalam bulan Ramadan ini, terutamanya semasa berpuasa di
Sintok dahulu. PERBARA akan mengadakan satu majlis Berbuka Puasa bersama
ahli-ahli Grup Kembara.
Semua ahli Grup Kembara dijemput hadir, yang mana sudah berkeluarga
silalah bawa bersama suami/isteri dan anak-anak, semoga bertambah meriah
Majlis Berbuka Puasa Grup Kembara pada kali ini.
Majlis
Berbuka Puasa Grup Kembara
Tarikh: 2 Januari 1999
(Sabtu)
Tempat: Nelayan
Seafood, Titiwangsa
Masa: 5.00 petang. (Pendaftaran) |
18 OKTOBER 1998
Jadual
Outing atau KLK (Kem Latihan Kembara) bagi
sesi 98/99 untuk Grup Kembara UUM boleh didapati disini.
Ahli-ahli Grup Kembara dan PERBARA yang ingin "turun
padang" membantu Jurulatih dan adik-adik
Kembara kita, sila hubungi Jawatankuasa PERBARA untuk keterangan lanjut.
17 OKTOBER 1998
Semua ahli Grup Kembara adalah
dijemput untuk menghadiri satu Mesyuarat PERBARA.
Tarikh: 21 NOV 1998 (SABTU)
Masa: 3.00 Petang
Tempat: Rumah Engku Nasrun
BB 407, Pinggiran Batu Caves, Selangor.
Untuk keterangan lanjut, sila
hubungi
ENGKU NASRUN (019-380 1305)
atau DIN CANGGIH (016-255 6189)
Semua Ahli Jawatankuasa
PERBARA dan Majlis Tertinggi diwajibkan hadir.
20 OKTOBER 1998
Hari ini "discussion
group" Kembara telah dilancarkan di www.egroups.com.
Tujuan penubuhan "discussion group" ini adalah untuk ahli-ahli
bertukar-tukar pandangan, cerita dan berita tentang ahli-ahli keluarga
kembara kita.
Terimakasih kepada En.Ayoib kerana memberi idea untuk menubuhkan
"discussion group" ini. Untuk pengetahuan semua En. Ayoib kini
berada di Australia untuk menyambung pelajarannya, insya allah akan
balik ke Malaysia awal tahun 1999.
Ahli-ahli Grup Kembara yang ingin melanggan kepada "discussion
group" ini boleh pergi ke URL diatas/berkenaan atau melanggan terus
di muka hadapan Laman Web ini. Semoga dengan adanya "discussion
group" ini hubungan keluarga kembara kita akan terus berkekalan.
8 OKTOBER 1998
Maklumat terbaru dari Presiden
Alumni, Saudara Shahrudin Husin menyatakan bahawa Alumni Pertama Grup
Kembara UUM terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu
kelak. Ini disebabkan keadaan semasa yang tidak menentu. Diharap
rakan-rakan semua bersabar dan berdoa agar kemelut yang melanda negara
kita akan berakhir.
13 SEPTEMBER 1998
Selamat Pengantin Baru
kepada Mohd Arifin Hasan dan
Noralin serta Ahmad
Fuad dan Suriati.
Ramai ahli Kembara kita telah dan akan melangsungkan perkahwinan pada
tahun 1998 ini. Tapi jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Alumni
Pertama Grup Kembara UUM, 17 - 19 Oktober 1998.
Daftar segera dengan menghubungi Shahrudin
Husin 013-364 6558 atau Cik
Norli Fatahul Ariffin 013-360 3460.
24 OGOS 1998
Tahniah diucapkan kepada
pasangan bekas Grup Kembara (Sharifah
Daud dan Zolkahar Samsury) yang akan melangsungkan perkahwinan
pada awal bulan depan (Sept' 1998).
Diharap semua ahli keluarga Kembara akan turun beramai-ramai untuk
memeriahkan lagi suasana perkahwinan ahli kita ini. Mana-mana ahli yang
ingin mengumumkan berita perkahwinan dsbnya dilaman web ini, sila
hubungi webmaster untuk
keterangan lanjut.
19 OGOS 1998
En.
Sharin salah seorang Jurulatih Grup Kembara kini berada di ibukota Kuala
Lumpur selama 2 hari. Beliau ingin berjumpa semua anak-anak buah
yang berada di KL, ahli-ahli Grup
Kembara yang ingin berjumpa beliau sila hubungi Arifin
Hasan 018-8211598 atau Sharif Hasan 011-337121.
Peringatan:
Semua Jawatankuasa Alumni dan Jawatankuasa PERBARA dikehendaki
menghadiri mesyuarat penting dengan En. Sharin.
4 OGOS 1998
Surat
Jemputan telah dihantar kepada semua ahli Grup Kembara. Syabas Saudara
Din, well done!.
Terdapat sedikit masalah bagi
pihak Jawatankuasa Alumni untuk menghubungi ahli-ahli Grup Kembara batch
Saudara Richards Lon dan
sebelumnya. Kami tiada alamat yang lengkap untuk menghubungi mereka.
Untuk ahli Grup Kembara yang
masih tidak mendapat Surat Jemputan Alumni atau bekas ahli yang
kami tidak dapat hubungi bolehlah download
Surat Jemputan Alumni disini. Tolong print dan hantar melalui pos
seberapa segera (jangan hantar email ok!), maaf
kami tidak menyediakan perkhidmatan E-Commerce.
26 JULAI 1998
Mesyuarat Jawantankuasa
Alumni dan Jawatankuasa PERBARA di kediaman Saudara Idaham di Taman
Teknologi Kajang. Mesyuarat mengenai Alumni
pertama bagi Grup Kembara UUM yang akan
diadakan pada 17 hingga 19
Oktober 1998.
Ahli-ahli yang dah lama tak jumpa kawan-kawan lama eloklah datang, tapi
jangan lupa apply cuti awal-awal..
Mesyuarat memutuskan Alumni yang pertama harus dibuat di UUM
Sintok,Kedah. Ini sebagai menghargai dan mengingati penubuhan Grup
Kembara yang berasal dari Kedah. Surat-surat jemputan ke Alumni akan
diuruskan dan dihantar dengan segera kepada semua bekas ahli Grup
Kembara oleh Saudara Shahrudin Husin a.k.a Din Canggih (Presiden
Alumni yang Pertama).
25 JULAI 1998
10.00 pagi - Pendaftaran
PERBARA di R.O.S.(Registrar Of Society) / Pendaftar Persatuan di Plaza
Pekeliling, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
28 JUN 1998
Satu perjumpaan antara
bekas ahli-ahli Grup Kembara telah diadakan dirumah Saudara Idaham (di
Taman Keramat, Kuala Lumpur). Bertujuan untuk menubuh satu persatuan
dimana semua bekas-bekas ahli Grup Kembara UUM boleh berkumpul kembali
dibawah satu payung iaitu payung Keluarga Kembara.
Ahli-ahli yang hadir bersetuju melantik Jawatankuasa untuk melaksanakan
tugas-tugas penubuhan persatuan.
Nama yang sesuai juga telah dipersetujui ramai iaitu PERBARA
(Persatuan Bekas Grup Kembara UUM). Ahli
Kembara yang berminat boleh download
minit mesyuarat yang telah diadakan pada hari tsb. |