Ko-Kurikulum |
Pengiktirafan |
Diawal penubuhannya,Kuliah hanya mempunyai 3 buah bangunan asas yang terdiri dari 1 buah rumah pengetua,1 buah surau dan 1 buah bangunan sekolah termasuk pejabat. Bangunan induk ini mempunyai 2 buah kelas.
Pada tahun 1962, kuliah telah menambah 3 buah bangunan iautu 1 buah asrama lelaki,1 buah asrama perempuan dan sebuah surau. Menjelang tahun 1970, Kulliah telah mendapat tambahan 4 bangunan lagi iaitu 1 buah dewan dan 3 buah bangunan kelas.
Setakat tahun 1998, terdapat 19 buah bilik kelas yang dibahagikan kepada 2 aliran utama iaitu STA dan STPM. Bagi aliran STA terdapat 15 buah kelas iaitu 8 buah kelas bagi tahun kedua dan 7 buah kelas bagi tahun pertama. Manakala bagi aliran STPM terdapat 4 buah bilik kelas iaitu 2 buah kelas bagi tingkatan VI atas dan 2 buah kelas bagi tingkatan VI bawah 1.(Majalah Cahaya 1996/97:25)
Hari ini Kulliah mempunyai:-
Bilik Kelas |
1 blok 3 tingkat 1 blok 2 tingkat 2 blok 1 tingkat |
24 kelas |
Pusat sumber |
1 blok 3 tingkat |
Perpustakaan Internet Komputer Bilik Tayang |
Pentadbiran |
1 blok 2 tingkat |
Pengetua G.P.Kanan 1 G.P.Kanan 2 G.P.Kanan 3 B. Mesyuarat Pejabat Mini Muzium |
Dewan |
1 buah |
600 muatan |
Asrama |
4 blok |
800 |
Surau (perempuan) |
1 buah |
300 |
Asrama
Pada mulanya penginapan pelajar tidak di sediakan oleh pihak kulliah.Untuk tujuan itu pihak ibubapa pelajar telah membuat pondok berhampiran dengan kuliah.Oleh kerana jumlah pelajar yang semakin meningkat maka pada tahun 1962 kuliah telah mendapat 2 buah bangunan asrama.Bangunan 2 tingkat itu mempunyai 10 buah bilik.Ianya boleh menampung seramai 240 orang pelajar.Pada tahun 1992,kulliah mendapat 2 bangunan tambahan 3 tingkat.Ianya mempunyai 18 buah bilik beserta dewan makan dan boleh memuatkan seramai 300 orang pelajar.
Pada tahun 1998 jumlah penghuni asrama adalah seramai 471 orang.Dari jumlah itu seramai 351 orang adalah pelajar perempuan manakala 120 orang adalah pelajar lelaki.(Ibid:25)
Komputer
Kulliah tidak ketinggalan dari segi penggunaan komputer.Tambahan lagi bila dunia ketika ini sibuk memperkatakan tentang teknologi maklumat.Sebenarnya penggunan komputer telah mula diperkenalkan di kuliah pada tahun 1990.Sebanyak 10 buah komputer telah dikurniakan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang dari jenis Apple.Pada tahun itu juga telah di tubuhkan kelab komputer dan telah dirasmikan pada sambutan Jubli Emas Kuliah dalam tahun yang sama.{Zianal Abidin Lebai Hassan 1998:17 Julai)
Pada tahun 1995,Kuliah telah berjaya menambah 20 buah komputer .Dari masa ke semasa pengggunaan komputer di kuliah semakin meluas.Tambahan pula ianya telah dijadikan sebagai satu matapelajaran wajib bagi semua pelajar iaitu 1 waktu seminggu.Dari segi penggunaan komputer di sekolah-sekolah daerah Pekan, Kulliah adalah yang terbaik setakat ini.
Dalam tahun 1970, Kulliah mempunyai sebuah van yang boleh membawa 8 orang penumpang sahaja.Van tersebut adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri Pahang. Oleh kerana tempat duduknya agak terhad maka pada tahun 1983 Kuliah telah mendapat sebuah bas mini yang muatannya seramai 15 orang pelajar. Pada tahun 1992 pula Kulliah telah mendapat sebuah bas sekolah yang muatannya 30 orang.
Tujuan mengadakan sebuah bas tersebut adalah untuk membawa pelajar asrama menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah,Pekan yang letaknya 3 KM dari Kuilah.Ini adalah kerana pada masa itu Masjid Padang Polo belum lagi didirikan.Di samping itu kegunaan bas sekolah juga adalah untuk pelajar mengadakan aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar,kursus dan lain-lain akitivti.
Ia ditempatkan di Perpustakaan lama .Diwujudkan pada tahun 1994.Ianya di lengkapi dengan sebuah bilik mesyuarat,sebuah mesin fotostat,bengkel seni khat,papan kenyataan dan buku bacaan umum yang berkaitan dengan kegiatan persatuan.
Segala aktiviti persatuan dan semua fail-fail disimpan disini.Tujuan penubuhannya adalah untuk memberi kemudahan dan menyelaraskan segala kegiatan dan aktiviti persatuan sama ada sukan atau ilmiah.Di pusat ini juga dipamerkan jenis kegiatan pelajar pada tahun ini termasuk carta organisasi dan aktiviti setiap persatuan atau kelab.
Bagi memudahkan pelajar untuk berhubung dengan ibubapa dan penjaga masing-masing,pihak Kuliah telah memohon kepada syarikat telekom Malaysia supaya dipasang 2 buah telefon awam di pintu masuk Kuliah berhampiran pondok jaga.Ini adalah untuk mencegah telefon awam tersebut dari dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Pihak Kuliah juga telah mendapat kemudahan Intercom pada tahun1998.Ianya penting bagi memudahkan urusan komunikasi di antara pihak pentadbir ,guru-guru serta kakitangan Kuliah .Ianya dipasang di bilik Pengetua , Penolong kanan ,pejabat dan di bilik guru.
Pusat sumber sekolah telah diwujudkan pada tahun 1964.Ketika itu pusat sumber ini terletak dibilik makan asrama lama.Kemudian ia dipindahkan ke tingkat 3 bangunan baru apabila bangunan itu siap di bina pada tahun 1990.Ketika itu bahan bacaan amatlah berkurangan berbanding dengan sekarang.
Pusat sumber ini boleh memuatkan 100 orang pelajar dalam satu masa.Ia dilengkapi dengan alat pendingin hawa dan kipas angin untuk memberikan keselesaan kepada pelajar-pelajar.Berbagai bahan bacaan disediakan seperti buku-buku rujukan ilmiah,novel,majalah yang terdapat dalam bahasa Arab,Inggeris dan Melayu.Pusat Sumber Kuliah mempunyai leibh kurang 5,000 buah buku-buku dalam bahasa Arab manakala yang lainnya ada sejumlah 15,000 buah buku.Sistem pinjamannya adalah seperti di pusat sumber yang lain.Dengan adanya kitab-kitab yang lengkap dalam berbagai bidang termasuk Tafsir,Hadis,Feqah dan lain-lain,maka pelajar bolehlah merujuk buku-buku tersebut di pusat sumber.Dengan itu pusat sumber sekolah sedikit sebanyak telah membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk membelinya .Di samping itu,Pusat Sumber Kuliah juga ada menyediakan khidmat fotostat bagi memudahkan pelajar membuat salinan bahan yang mereka perlukan.Buat masa ini mesin fotostat tersebut diletakkan di Pusat Kegiatan Pelajar.
Penubuhan/ Lokasi/ Pengasas /Jemaah Pengelola/ Mudir / Kakitangan /Guru Pelajar
Infrastruktuf / Asrama /Pusat Sumber /Komputer /Kurukulum /Ko-Kurikulum /Kewangan