Sejarah Hidup Pengasas Kulliah

 Kulliah Al-Lugah Wa Ad-Din Al-Sultan Abu Bakar adalah sempena nama pengasasnya iaitu sultan Pahang yang keempat. Baginda ialah al-Marhum al-Sultan Abu Bakar Riayatuddin al- Muazam Shah Ibni al-Marhum Sultan Abudullah. Baginda telah dilahirkan pada tahun 29 hb. Mei 1904. Ibunya ialah Som binti Tun.

Baginda telah mendapat Pendidikan awal di Sekolah Melayu, Pekan pada tahun 1915. Sejak kecil lagi beliau mempumyai ramai kenalan. Walaupun berdarah raja, beliau suka berdamping dengan rakyat jelata yang lain sejak di bangku sekolah lagi. Di sini baginda belajar selama 3 tahun Seteruusnya baginda telah melanjutkan pelajarannya ke Malay College Kuala Kangsar. Oleh kerana tidak mendapat persetujuan dari ayahanda baginda, baginda kembali ke Pekan dan belajar Bahasa Inggeris dari pegawai-pegawai Melayu yang berpelajaran Inggeris di Pekan ketika itu.

 Baginda telah melangsungkan pekahwinwnnya dengan Tengku Fatimah iaitu Puteri Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah pada tahun 1926. Pada tahun 1928, baginda telah bertugas sebagai pegawai di Pejabat Tanah Kerajaan di Kuala Kangsar dan seterusnya Teluk Anson dengan persetujuan ayahanda mertua baginda iaitu Sultan Iskandar Shah.

 Pada tahun 1929, baginda telah kembali ke Pahang dan tinggal di Temerloh dan bertugas di Pejabat Tanah Kerajaan di Temerloh sebagai Penolong Pemungut Hasil. Semasa menjadi pegawai, baginda telah menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang pegawai yang berdedikasi.

 Dengan persetujuan kerajaan British, baginda telah ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 4 hb. Jun 1930. Pertabalan baginda diadakan di Istana Permai, Pekan. Manakala isterinya diberi gelaran Tengku Puan. Ayahanda baginda, Tengku Abdullah mangkat pada 23 hb. Jun 1932. Kemudian pada 28 hb. Mei 1933 baginda telah ditabalkan menjadi Sultan Pahang yang keempat. Semasa itu baginda berusia 28 tahun. Istiadat pertabalan baginda telah diumumkan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ariff Bendahara Pahang dalam perhimpunan rakyat jelata.

 Baginda dikenali sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat. Ini adalah kerana baginda amat mengambil berat tentang hal-ehwal rakyat jelata. Baginda sentiasa membuat lawatan ke segenap mukim, kampung dan desa di dalam negeri Pahang. Biasanya dalam lawatan, bagindatidak lupa memberikan nasihat dan pesanan yang berguna kepada penduduk supaya berpegang teguh kepada agama, hidup dalam keadaan berbaik-baik dan sentiasa bermuafakat dalam segala hal.

 Baginda cuba mencontohi jejak Khalifah Islam iaitu dengan berangkat di malam hari untuk memerhatikan hal keadaan rakyat terutamanya orang muda-muda yang selalu berkeliaran di bandar di malam hari. Banyak sarang-sarang persundalan telah diserbu di dibersihkan oleh baginda.

 Baginda amat mengambil berat terhadap hal-ehwal Agama Islam di Pahang. Dalam ucapan baginda di sebuah sekolah di Pulau Pinang, sebelum perang dunia kedua, baginda menegaskan bahawa meninggikan agama itulah cita-citanya. Cita-cita murni baginda itu telah disambut baik oleh ahli-ahli Agama di Malaya ketika itu. Baginda adalah orang yang mencadangkan supaya diadakan kuatkuasa undang-undang solat Jumaat. Baginda pernah memanggil rakyat jelata yang degil lalu dijatuhi hukuman. Dengan perlaksanaan undang-undang ini, rakyat jelata tidak lagi cuai dalam mengerjakan solat Jumaat. Baginda mangkat pada 5hb. Mei 1974. Semoga Allah S.W.T rahmat ke atas rohnya… amin.

 Antara jasa-jasa baginda terhadap perkembangan agama di negeri Pahang termasuklah:-

  1. Tertubuhnya badan agama yang bernama Majlis Anggota Islam Pahang, bertujuan mengumpul dan menghimpunkan zakat dan fitrah dari akum Muslimin.
  2. Menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Mekah dengan perbelanjaan kerajaan negeri. Mereka iaitu Haji Othman bin Haji Daud ke masjidil Haram dan Salim bin Abdul Halim ke Dar al-Ulum.
  3. Menubuhkan Kulliah Lughah Wa Ad-Din Al-Sultan Abu Bakar, Pekan,Pahang.
  4. Menghidupkan kembali jawatan Mufti Kerajaan Negeri Pahang
  5. Menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang tahun 1950.

 Disamping mengasaskan Kullih, baginda sangat mengambil berat tentang perjalanan Kulliah. Baginda telah menjemput Penghulu dari seluruh Mukim di Negeri Pahang, Pegawai Agama, Pegawai Kerajaan dan Mufti-mufti dari Johor, Perak dan juga pelawat-pelawat dari Mesir, Indonesia dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk meminta pandangan, pendapat dan komentar terhadap perjalanan Kulliah. Baginda menerima teguran secara terbuka dan akan mengambil tindakan selanjutnya di atas teguran tersebut. Pendekatan kemajuan Kulliah adalah di bawah naungannya.( Buku Lawatan Kulliah 1940-1998)

Penubuhan/ Lokasi/ Pengasas /Jemaah Pengelola/ Mudir / Kakitangan /Guru Pelajar

Infrastruktuf / Asrama /Pusat Sumber /Komputer /Kurukulum /Ko-Kurikulum /Kewangan

Muka Utama

1