JEMAAH PENGELOLA KULIAH
Untuk memantapkan pentadbiran kuliah, sebuah Lembaga Jemaah Pengelola Kulliah telah dibentuk.Ianya berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas kemajuan Kulliah serta menentukan pentadbiran dan perjalanan Kulliah berjalan lancar seiring dengan sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan yang lain.
Dibawah adalah senarai AJK Jemaah Pengelola Kulliah (Buku Cenderamata Jubli Emas Kuliah 1990:41)
Pengerusi
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah. DK, SSAP, SIMP, DK(Terengganu), DK,(Johor), SPMJ.
Setiausaha
Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar ,Pekan.
Ahli-ahli
Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Dan Pendidikan Islam,Negeri Pahang . Pegawai Kewangan Negeri Pahang . Pengarah Pendidikan Pahang. Pengarah Kerjaraya Pahang. Dato' Haji Idris b.Babjee.SMP,PMP,KMN,PJK. Prof.Dato'Abdul Shukor b.Hj.Husain.DIMP,JSM.
BIODATA PENGETUA- PENGETUA KULIAH AL- LUGHAH WA AL-DIN AL- SULTAN ABU BAKAR PEKAN.
Beliau adalah seorang ulama dari negara Mesir, mempunyai kelulusan dari Universiti al- Azhar Mesir. Diundang khas oleh al- Marhum Sultan Abu Bakar untuk dijadikan pengetua yang pertama dari tahun 1941 hingga 1949. Seterusnya beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 1950. (Buku Cenderamata Jubli Emas Kulliah 1990: 60)
Beliau adalah pengetua yang kedua iaitu dari tahun 1950-1955. Beliau adalah seorang ulama terkemuka dari Kelantan. Mempunyai kelulusan dari Mekah al- Mukarramah. Beliau juga merupakan seorang yang cenderung dalam arena politik tanahair. (Ibid : 61)
Dilahirkan di Pahang Street, dekat Istana Kampung Gelam, Singapura pada tahun 1886M bersamaan 1305H. Berketurunan campuran Arab- Jawa. Ayahnya ialah Muhammad B. Abdullah yang berasal dari kampung Sudagaran, Wonosobo Jawa Tengah dan ibunya ialah Nyai Qaniah Bt.Kiayi Abd. Rahim. (Naimah Hj.Ismail 1998 : 2)
Beliau mendapat pendidikan agama semenjak kecil lagi dengan beberapa tokoh ulama Singapura dan Indonesia. Selepas itu beliau meneruskan pengajiannya ke Universiti al- Azhar pada tahun 1911. Semasa di Azhar beliau sempat bertemu dengan tokoh- tokoh ulama seperti Syeikh Muhammad Abduh . Setelah menamatkan pengajiannya, beliau telah kembali ke Singapura pada tahun 1941. Beliau telah dikenali sebagai ulama yang terkemuka di Jawa dan Singapura.
Beliau pernah dilantik sebagai pengetua Kulliah al- Attas, Johor Baharu pada tahun 1927. Seterusnya beliau telah mendirikan Madrasah al- Maarif di Singapura pada tahun 1936. Beliau juga pernah menjadi Mudir di Maahad Muhammadi Kelantan antara tahun 1942-1945. Terlibat secara langsung dalam penubuhan Kolej Islam Malaya di mana Haji Ismail b. Omar iaitu bekas murid dan menantunya sebagai pengetua pertama.
Seterusnya beliau telah diundang oleh Sultan Abu Bakar untuk dijadikan Mudir Kulliah di samping memperbaiki urusan pentadbiran dan hal ehwal agama Islam pada tahun 1956-1961. Beliau banyak menulis kitab- kitab agama dan risalah- risalah dan banyak menulis untuk siaran akhbar harian dan majalah terbitan tanahair.
Dilahirkan pada 8hb. Oktober 1925 di Pekan Pahang. Belajar di Kulliah al- Lughah Wa al- Din al- Sultan Abu Bakar pada awal tahun 1941 – 1949. Setelah menamatkan pengajiannya di Kulliah, beliau telah melanjutkan pengajiannya ke Universiti al- Azhar , Mesir pada tahun 1950. Beliau adalah murid pertama Kulliah yang telah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti al- Azhar. Menamatkan pengajiannya dalam tahun 1956. Beliau kembali ke Tanahair dan bertugas di Kulliah sebagai Guru Penolong Bahasa Arab. Dilantik menjadi pengetua Kulliah pada tahun 1962. Beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Ain Shams pada tahun 1965 dan mendapat kelulusan diploma pendidikan. Sekembalinya ke Kulliah beliau menjawat jawatan Pengetua Kulliah dari tahun 1967 – 1973. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai nazir sekolah- sekolah agama kerajaan Negeri Pahang sehinggalah beliau bersara pada tahun 1980. (Buku Cenderamata Perayaan Jubli Emas 1990 : 62)
Dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Benta, Langgar , Pekan. Merupakan pengetua yang kelima antara tahun 1965- 1967. Beliau adalah penuntut Kulliah dari tahun 1944-1952. Setelah menamatkan pengajiannya di Kulliah , beliau telah melanjutkan pengajiannya ke Maahad al- Ilmi, Saudi Arabia pada tahun 1954 dan memasuki Maktab Perguruan maahad, Saudi Arabia. Kemudian melanjutkan pengajiannya ke Universiti al- Azhar,Mesir dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Syariah serta mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1963. Pada tahun 1968, beliau telah menjawat jawatan ketua pegawai Penerangan Agama Negeri Pahang sehingga tahun 1982. Seterusnya beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Pahang dan telah pun bersara pada tahun 1998. (ibid : 63)
Dilahirkan di Bolok , Lanchang, Temerloh, Pahang pada tahun 1937. Beliau merupakan pengetua Kulliah yang keenam dari tahun 1974-1982. Mendapat pendidikan agama di Madrasah Bunut Payong, Kota Baharu, kelantan kemudian melanjutkan pelajarannya ke Maahad Muhammadi, Kota Baharu dari tahun 1953 –1958. (Ibid : 64)
Pada tahun 1958 beliau melanjutkan pengajiannya ke Kolej islam Malaya ,kelang, Selangor dan mendapat Sijil Tinggi Kolej Islam serta Diploma Pendidikan pada tahun 1963. Beliau pernah bertugas di Sekolah Agama Sultan Haji Abd. Azizi, Kajang, Selangor dari tahun 1964-1965. Pada tahun 1966 beliau telah melanjutkan pengajiannya ke Universiti al- Azhar dan mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Perundangan Islam dan Perbandingan.
Bertugas di Kulliah sebagai guru penolong kanan dari tahun 1968- 1973. Menjadi pengetua kulliah pada 1974- 1982. Pada bulan Oktober 1982 dilantik sebagai Pensyarah di jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan FPI antara tahun 1983- 1986. Beliau banyak menulis buku- buku agama. Antaranya ‘Kedudukan Hak Asasi manusia di dalam Islam (1985), Nasihat dan Teladan (1987) dan lain- lain lagi.
Tempat kelahirannya ialah di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada 6hb.Ogos 1935. Beliau adalah pengetua Kulliah yang ketujuh dari tahun 1982-1991. Mebdapat pendidikan agama di Kulliah dari tahun 1953-1957. Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Darul Ulum, Deoband, U.P. India pada tahun 1957-1963. Menyambungkan pengajiannya ke Universiti Darul Ulum, Karachi, Pakistan pada tahun 1965-1967 kemudian melanjutkan pengajiannya ke Universiti al-Azhar dan mendapat ijIjazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah.
Pada tahun 1968-1969 mendapat Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Shams, Kaherah. Pada 15 Mei 1969 mulaberkhidmat di Kulliah sebagai guru penolong Bahasa Arab. Beliau adalah seorang yang aktif dalam persatuan dan program keagamaan.
Beliau telah dilahirkan di Termerluh, Pahang pada 7 Ogos 1940. Anak kedua dari empat adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bintang, Temerluh kemudian melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Berhala Gantang. Beliautelah menyambung pengajiannya di Madrasah Al-Junied al-Islamiah, Singapura pada tahun 1957. Seteruanya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1966 dan mendapat B.A Syariah dan Diploma Pendidikan pada tahun 1972. Seterunya kembali berkhidmat di Kulliah pada tahun 1973.
Mendirikan rumahtangga pada 29 Ogos 1973 dengan Fatimah binti Zakaria dan mendapat 6 orang cahaya mata. Pernah menjadi guru di Kulliah dan dilantik menjadi guru penolong kanan pada tahun 1983 dan sebagai Pengetua Sekolan Menengah Agama Rompin pada tahun 1987. Seterusnya beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kulliah pada tahun 1991 dan bersara pada tahun 1996. Kini beliau terus menabur bakti dalam usaha menyampaikan ilmu di Kolej Islam Pahang.(Azmi Azman 1998 : 24 Ogos)
Dilahirkan di Permatang Pauh, Pekan pada 9hb. Mei 1943. Ayahnya ialah haji Othman bin Haji Ibrahim. Bermula dengan pendidikan awalnya di Sekolah MelayuPekan pada tahun 1949-1952 hingga tamat darjah lima. Menyambung pengajiannya ke Madrasah al-Maarif, Singapura pada tahun 1960-1966. Seterusnya beliau telah menyambung pengajiannya ke Kolej Islam Malaya pada tahun 1961-1967. Mendapat Diploma Pendidikan dalam tahun 1968.
Pada tahun 1969, beliau telah melanjutakn pelajarannya ke Universiti al-Azhar dan memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah pada tahun 1973. Kembali ke Pahang dan bertugas sebagai guru Bahasa Arab di Kulliah pada tahun 1974-1983. Bertugas sebagai pengetua Sek. Men.Agama Tengku Ampuan Fatimahpada tahun 1983-1995. Seterusnya beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua Kulliahpada tahun 1996 dan beliau bersara pada tahun 1998. Kini beliau menyambung tugasnya sebagai Pensyarah di Kolej Islam Pahang.(Solehah Othman 1998 : 9 Mei)
Beliau dilahirkan di Kampung Chempaka,Lanchang, Temerluh, Pahang pada 2 Jan 1953. Mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Lubuk Terua, Mempateh, Lanchang. Setelah itu melanjutkan pelajaran ke Sek.Men.Agama Ittifaqiyyah, Guai, Temerluh. Seterusnya beliau talah menyambung pelajarannya di Madrasah al-Khairiyyah, Temerluh dan ke Kulliah pada tahun 1973-1974. Setelah menamatkan pelajarannya di Kulliah, beliau telah menyambung pelajarannya ke Universiti al-Azhar Mesir pada tahun 1974-1982 dan mendapat Ijazah B.A dan Diploma di al-Azhar. Kemudian beliau telah kenbali ke tanahair dan berkhidmat sebagai guru penolong kanan di Kulliah pada tahun 1983. Beliau melangsungkan perkhawinan denagn Puan Harison binti Mohd.Amin, seorang Pegawai Perubatan dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Pada tahun 1987, beliau telah dilantik sebagai Pengarah KIBA (Kursus Intensif Bahasa Arab) anjuran Yayasan Pahang untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah atau ke luar negeri. Pada tahun 1988, beliau telah bertukar ke Sek.Men.Agama Pulau Tawar, Jerantut sebagai Guru Penolong Kanan 1 sehingga tahun 1992. Selepas itu, beliau telah bertukar ke Sek.Men.Agama al-Khairiyyah, Temerluh pada tahun 1993. Pada bulan Ogos, 1998 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kulliah. Beliau adalah seorang Pengetua yang berdedikasi dalam tugasnya. Prinsip beliau ialah menyokong kebenaran tanpa mengira dari mana ia datang. Harapan beliau agar Kulliah dapat ditingkatkan menjadi sebuah Maktab atauUniversiti Kembar dengan mana-mana universiti tempatan dan luar negara. (Abu Kassim Manap 1998 : 27 Ogos)
Jemaah Pengawas Kulliah dibentuk untuk membantu menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang terdapat di Kulliah. Jemaah ini juga dipertanggungjawabkan mengawasi disiplin pelajar-pelajar Kulliah.
Tugas-tugas Jemaah Pelajar Kulliah. (Majalah Cahaya 1991 : 46)
Berusaha memelihara keamanan serta tatatertib pelajar-pelajar. Menjaga dan mengawal perbarisan semasa perhimpunan. Bekerjasama dengan guru-guru bagi menjayakan sesuatu program. Berkerjasama dengan badan-badan yang terdapat di Kuliah dalam mengadakan sesuatu aktiviti. Memastikan semua pelajar supaya dapat mengikuti serta mentaati segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Kulliah.
Aktiviti Jemaah Pengawas yang berjaya dilaksanakan.
Mengendalikan perbarisan pada setiap hari samada di dewan atau di padang.
Mengadakan nasyid Asma al-Husna pada setiap kali perbarisan. Mengadakan program Khutbah dan Nashatul anbak pada setiap hari kecuali hari Isnin. Mengadakan hari kebersihan sekolah Mengadakan rombongan menghantar pelajar ke al-Azhar. Menganjurkan ceramah agama dan forum.
Penubuhan/ Lokasi/ Pengasas /Jemaah Pengelola/ Mudir / Kakitangan /Guru Pelajar
Infrastruktuf / Asrama /Pusat Sumber /Komputer /Kurukulum /Ko-Kurikulum /Kewangan