1.0 MUKADDIMAH
" Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah
ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta yang
tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun)
selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang dihadapkan termasuk
golongan orang-orang yang mendapat petunjuk "
At-Taubah Ayat 18
2.0 ALHUSNA SEPINTAS LALU
Dalam Al-Quran, Masjid disebut sebagai As-Saf, Al-Haram, Al-Bait dan Al-Buyut bagi menunjukkan bahasa masjid adalah Rumah Allah tempat di mana orang-orang Islam sujud dan tunduk hanya kepada Allah semata-mata. Rusulullah s.a.w apabila sampai di Quba’, semasa hijrah Baginda ke Medinah, perkara utama dilakukan ialah membina Masjid yang dikenal dengan Masjid Quba’. Begitu juga apabila Baginda sampai di Madinah Al Munawwarah, agenda pertama Rasulullah ialah membina Masjid. Ini menunjukkan betapa pentingnya Masjid sebagai pusat gerakan Islam dan pentadbiran serta pengurusan masyarakat Islam dari semua aspek sama ada Ibadah khususiah dan pentadbiran politik umat Islam.
Masjid menjadi pusat penyebaran ilmu, pentadbiran, ekonomi, ukhuwwah dan mahabbah di kalangan umat Islam. Pertemuan lima kali sehari dalam solat berjamaah sudah cukup bagi meningkatkan ukhuwwah dan silaturrahim serta membincangkan masalah-masalah yang timbul di kalangan masayarakat Islam. Fungsi dan peranan ini harus dikembalikan agar menepati kehendak Islam yang sebenarnya yang menjadikan Masjid benar-benar Rumah Allah yang dikasihi dan dihormati.
Masjid Al-Husna yang terletak di tengah-tengah Kampung Baung Bayam merangkumi Mukim Bayang, sebahagian Mukim Telok Baru, Panji adalah merupakan Masjid tumpuan bagi penduduk-penduduk di sekitarnya. Adalah menjadi aspirasi Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Husna untuk menjadikan Masjid ini sebagai tempat ibadah, penyebaran ilmu, pertemuan dan perbicangan bagi penduduk di Baung Bayam.
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa berhasrat serta berazam untuk memajukan Masjid dari semua aspek merangkumi solat berjamaah, penyebaran ilmu, pusat pertemuan dan menyelesaikan berbagai masalah anak mukim.
Sesuai dengan nama Al-Husna yang membawa pengertian " yang baik " seharusnya Jawatankuasa serta penduduk di Mukim ini menjanakan kebaikan berteraskan paksi Masjid yang menjadikan pusat Ibadah seharian dan pertemuan sambil berbicang masalah bersama.
3.0 SEJARAH MASJID ALHUSNA
Sejarah Masjid Al-Husna yang tersergam indah di Kampung Baung Bayam ini bermula dengan pembukaan sebuah surau yang kecil di tapak yang ada sekarang. Pembesaran surau kemudian dinaikkan ke taraf Masjid dilaksanakan berdasarkan perkembangan penduduk yang semakin bertambah.
Surau Kampung Baung Bayam mula dibina pada tahun 1935 sekembalinya pengasas yang pertama iaitu Allayarham Tuan Haji Yusof bin Haji Ismail dari Mekah. Dengan inisiatif dan kesedaran betapa perlunya satu tempat beribadah kaun Muslimin tempatan, lalulah beliau dan penduduk bergotong royong membina surau tersebut. Beliau telah menjadi Imam yang pertama bagi surau/masjid ini. Jasa Allahyarham sangat besar dalam meningkatkan syiar Islam di Kampung Baung Bayam dan penduduk sekitarnya. Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada tahun 1952
Sekembali ke Rahmatullah pengasas surau Kampung Baung Bayam ini, maka imam surau/masjid telah diambil alih oleh Allahyarham Tuan Haji Muhamad Zain bin Haji Awang. Beliau berasal dari Pasir Puteh tetapi bermastautin di Kampung Baung Bayam setelah kembalinya beliau dari menuntut ilmu Agama di Makkah. Pada masa ini surau masjid yang kecil telah diperbesarkan sedikit demi sedikit, walaubagaimana pun masih lagi dibuat dengan kayu. Allahyarham Tuan Haji Muhamad Zain telah membimbing dan mendidik anak mukim dengan ilmu agama yang diperolehinya di Mekah dengan begitu gigih sehinggalah beliau berhenti menjadi imam pada bulan Januari 1975.
Bermula pada 2 September 1975, Imam Masjid Kampung Baung Bayam telah diambil alih oleh Al Fadhil Haji Yaacob bin Awang. Pemilihan imam pada masa itu ialah dengan cara mengundi oleh anak mukim. Pengundian ini dibuat pada hari Jumaat dan diperhatikan oleh Ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Anak mukim Kampung Baung Bayam makin bertambah dengan ramai yang membeli tanah dan mendirikan rumah di kawasan ini. Memandangkan peningkatan penduduk ini, maka pada tahun 1982, satu masjid baru yang dibuat dengan konkrit telah dirancang dan dibina di atas tapak yang sama. Kejayaan membina masjid baru yang dinamakan Masjid Al-Husna ini adalah berkat kerjasama semua penduduk di bawah kepimpinan Iman Tuan Haji Yaacob bin Awang. Pihak Ahli Jawatankuasa Masjid juga telah membeli tanah Lot. 833 luasnya 244 depa di sebelah Lot. Masjid untuk dijadikan tempat letak kenderaan.
Sehingga kini ( Julai 1998 ),
Iman dan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid masih lagi dipegang oleh Al
Fadhil Tuan Haji Yaacob bin Awang.
4.0 LOKASI MASJID AL-HUSNA
BAUNG BAYAM
Masjid Al Husna terletak di Kampung
Baung Bayam dalam Mukim Bayang yang bersempadan dengan Padang Bongor dan
Pauh di sebelah Utara, Mukim Pauh di sebelah Barat, Mukim Langgar di sebelah
Timur dan Telok Bharu di sebelah Selatan. Kampung Baung Bayam berada dalam
Seksyen 50 di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu.
( Lihat P.G. 187)
Kampung yang bersempadan dengan Kampung Baung Bayam ialah Kg. Tapang, Kg. Belukar, Kg. Kechapi, Kg. Paya Rambai dan Kg. Padang Bongor.
Nombot Lot bagi tapak Masjid ialah
Lot. 1385 Mukim Bayang dan Lot. 833 adalah lot untuk letak kenderaan dan
Lot.777 terdapat gelanggang bulu tangkis, bangsal pelbagai guna serta stor
alat perkakasan memasak
( sila rujuk PA 15692 dan Syit
Piawai 57-K3 )
5.0 PENILAIAN KEMAJUAN
MASJID JAJAHAN KOTA BHARU TAHUN 1992.
Masjid Al-Husna mendapat Naib Johan Dalam Penilaian Kemajuan Masjid-Masjid Mukim Dalam Jajahan Kota Bharu Bagi Tahun 1992.