THINK FOR A MOMENT

KHABAR ANGIN DAN INDONESIA 1997
Kepada semua penyokong fanatik Anwar yang terlalu percaya pada risalah dan berita di internet, ambillah iktibar dari artikel yang dipetik dari majalah MASSA ini.

PRESIDEN Suharto meninggal dunia. Itulah isu atau gosip terbesar pada tahun 1997 yang sangat mengejutkan masyarakat Indonesia. Bukan itu saja, tahun 1997 juga merupakan tahun khabar angin (rumor) bagi Indonesia. Isu atau rumor itu semakin berkembang bersama dengan kedudukan kewangan Indonesia yang sedang mengalami kritikal, sehingga isu yang beredar pun sangat erat sekali kaitannya dengan masalah kewangan. Isu yang berkembang tidak saja mengurangi kepercayaan masyarakat terhadap kemampuan kewangan tetapi juga terhadap pemerintan. Dan jika isu itu terus bergulir (berguling) dan masyarakat kurang selektif mendengar isu yang muncul, boleh jadi dapat mengganggu kestabilan nasional.

Isu ini sebenarnya bermula ketika pemerintah Indonesia menutup 16 bank swasta. Setelah itu beredar isu yang menjelaskan senarai 30 bank swasta yang akan ditutup oleh pemerintab. Masyarakat panik dan sebahagian penyimpan wang di beberapa bank mengeluarkan simpanannya dan meletakkan wang di bawah katil' atau di bank swasta asing. Ternyata masyarakat sangat rentan (lekas panik) sekali dengan informasi dari mulut ke mulut mi. Anehnya isu yang muncul secara mendadak itu berkaitan dengan masalah wang atau pulus. Beberapa han setelah itu, secara beruntun (benturut-turut) keluar isu seperti meninggalnya Menteri Kewangan Indonesia, Bapak Marie Muhammad, terus isu meninggalnya Om Liem (Bos Bank Cental Asia-BCA) orang terkaya Indonesia. Ketika isu Om Liem Swee Liong ita. hari itu penyimpan wang di BCA sempat mengambil keluar wang sebanyak 4 miliar rupiah atau sekitar 4 juta ringgit Malaysia.

Dalam kondisi yang tidak pasti itu, masalah kesihatan Presiden Suharto telab menjadi faktor yang sangat menentukan. Maklumat Menteri Setiausaha Negara, Bapak Moerdiono yang menyatakan Bapak Presiden akan istirahat selama 10 hari telah menimbulkan spekulasi yang beraneka ragam. Dolar Amerika melambung naik. dan nilai rupiab jauh merosot turun. Orang mulni berfikir nakal dan aneh-aneh. Bahkan muncul isu yang sangat mustahil sekali beriaku dalam politik Indonesia iaitu kudeta! coup d' etat oleh sekelompok Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) yang akan menggulingkan pimpinan nasional Orde Banu. Pada mulanya masyarakat mulai percaya dengan kesihatan Bapak Presiden yang memprihatinkan akan segera pulih kembali dan sihat walafiat. Tetapi, maklumat pemerintan bahawa Bapak Presiden tidak jadi pergi ke Kuala Lumpur - pertemuan informal ASEAN - isu tentang kesihatan Bapak Presiden semakin marak. Dolar Amerika naik terus dan ada kecenderungan masyarakat yang mulni sedikit panik.

Yang menjadi persoalan sekarang adalab fenomena apa yang terjadi dan mengapa masyarakat sangat percaya dengan isu atau rumor yang berkembang. Padahal isu yang berkembang itu kebenarannya sangat sukar untuk dipercayai. Apa yang berkembang sekarang ini adalab kurangnya kepercayaan masyarakat terhadap makiumat rasmi dari pemerintah sehingga yang muncul adalah 'underground newspaper' (akhbar bawab tanab). Di samping itu terlalu banyak pernyataan dalam akhbar dari orang-orang yang bukan sewenangnya untuk berbicara. Campur baur pernyataan ini sangat membingungkan masyarakat, sehingga masyarakat lebih percaya informasi dari mulut ke mulut. Akhbar bawah tanah' itu bentuknya bermacam-macam. Ia boleb jadi berbentuk selebaran, informasi melalui Internet atau fotocopy yang ditulis oleh 'Si hantu'. Tapi, selebaran yang berkembang belakangan ini jelas orang yang ingin mencari keuntungan atau orang pemburu dolar. Informasi mi memang sengaja ditiupkan agar dolar terus melambung naik.

Gejala lainnya adalab keinginan masyarakat untuk mentafsirkan berita di balik berita.' Peluang inilah yang selain dimanfaatkan oleh pengolab berita di Internet atau para spekulan (speculator). Hampir setiap hari kalau kita buka Internet, bertebaran isu atau analisis ekonomi dan politik yang berkembang. Isu yang bertebaran dalam Internet ini pula yang bertebaran dan kemudian menjadi informasi dari mulut ke mulut. Melalui analisis itu pula masyarakat kadangkala menemukan apa yang sebenamya terjadi setelab pemerintah memberikan maklumat. Padahal pentafsiran masyarakat itu belum tentu benar, tetapi kadangkala logik diterima sebagai olahan berita.

Penyebab lain sehingga munculnya akhbar bawah tanah' ini adalah kurang lengkapnya pemerintah memberikan maklumat. Pemerintah tidak menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi di belakang maklumat itu. Atau katakanlah babawa pemerintab kurang transparen (telus) dalam mengeluarkan kebijakan. Misainya, mengenai penutupan 16 bank swasta yang lalu, pemerintah tidak menjelaskan mengapa bank itu ditutup dan mengapa bank lain tidak ditutup. Begitu juga, ketika Bapak Presiden istirahat, pemerintah hanya menjelaskan bahawa kondisi kesihatan Bapak setelab kembali dari pertemuan APEC di Vancouver dan kembali dari Umrah.

Yang jelas, tabun 1997 bagi Indonesia merupakan tahun rumor. Meskipun kebenarannya masih diragukan tetapi telah membawa implikasi yang mendalam terhadap perekonomian Indonesia dan juga kepercayaan masyarakat terhadap pemerintah. Bagaimanapun segala berita, isu atan rumor tiada siapa pun yang boleb mencegahnya. Ini merupakan risiko keterbukaan informasi yang harus diterima oleb masyarakat dunia. Bagi pemerintah Indonesia, ini merupakan tahap yang harus dilewati. Senjata paling ampuh untuk melawan ini adalab perlunya keterbukaan politik melalui reformasi politik dan ekonomi yang berorientasi kepada rakyat.

oleh Dr. Alfitra Salamm
MASSA 3 Januari 1998 1