Seperti biasa Umar ke sekolah pada hari itu dengan wajah riang. Di
sekolah Umar berkawan dengan beberapa rakan sebayanya. Umurnya baru 6 tahun.
Entah bagaimana ketika bermain-main, salah seorang dari kawan-kawannya
telah terjatuh lantas memaki kawannya yang seorang lagi, "Hei , babi kau,ngapa
kau buat begini?" "Kau yang babi, kau yang tolak aku tadi!" Jawab kawannya
pula. Lalu keduanya pun bertengkar dan bergaduh. Akhirnya guru pengawas
datang dan meleraikannya. Umar hanya melihat dan mendengar peristiwa
itu.
Waktu balik dari kelas TADIKA , pintu rumah terkunci dari dalam.
"Mak! Mak!Buka pintu cepat! Umar dah balik." Seru Umar pada ibunya.
"Tunggulah sebentar." jawab ibunya dari dalam. Tetapi Umar
sudah tidak sabar. " Cepat mak!" Sambil Umar menumbuk-numbuk daun pintu
rumahnya.
"Mak kata tunggu, tunggulah." Jawab ibunya dari dalam, hampir meninggikan
suaranya serta merta pintu dibuka.
"Mak babi! Mak babi!"jerit Umar. "Apa yang Umar cakapkan ni, Umar
nak rotan ya! Cakap begitu pada mak." Marah ibunya. Dalam hatinya tertanya-tanya
kenapa lain benar perangai anaknya hari itu. Mana dia belajar sebut perkataan
yang seburuk itu?
Sedutan cerita di atas terlalu lumrah kita temui dalam masyarakat
kita, malahan lebih dahsyat dari itu pun ada berlaku. Apa yang dapat
kita lakukan pada kanak-kanak hari ini yang terlalu tandus dengan didikan
yang sihat dan soleh dari kita para ibubapa dan pendidik. Kanak-kanak
memaki dan mencaci sudah menjadi perkara biasa bagi sesetengah orang dalam
masyarakat kita, tapi bagi sesetengah orang yang terlalu sensitif, ,mereka
akan merasa malu, apatah lagi kalau yang melakukan perbuatan itu kanak-kanak
Islam! Ini menunjukkan sifat akhlak yang buruk mula tumbuh pada diri anak-anak
itu, yang tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat yang terdidik dengan
akhlak Al Quran dan Sunnah Rasulullah.
Kata-kata yang berupa mencarut atau seumpamanya yang kotor serta
jijik untuk didengari oleh telinga kita sendiri, sudah menjadi basahan
lidah anak-anak yang suci sebelumnya. Mereka memaki hamun kawan-kawan dan
mengeji sesama mereka. Alangkah sedihnya jiwa yang begitu bersih sudah
dinodai oleh nilai-nilai akhlak yang rosak dan buruk.
Ada satu dua perkara yang menjadi penyebab kanak-kanak berakhlak
demikian. Pertamanya ialah
* Kerana adanya tunjuk ajar yang buruk dan tidak sihat;
* Keduanya kerana ujudnya pergaulan yang tidak terkawal yang tidak
terdidik dengan pergaulan Islam yang sebenar.
Tunjuk ajar yang buruk kerap diperolehi oleh kanak-kanak daripada
orang yang terlalu hampir dengan mereka. Antaranya ibubapa, datuk
neneknya, pengasuhnya, abang, kakaknya, jirannya dan sesiapa yang hampir
dengan mereka. Mereka inilah yang memberi didikan tidak langsung yang cepat
diterima oleh kanak-kanak ini. Oleh itu jika kita sekiranya para pendidik
dan ibubapa inginkan kanak-kanak terdidik dengan asuhan Islam yang sebenar,
maka hendaklah kita asingkan mereka atau jauhkan mereka dari bergaul dengan
orang-orang yang berakhlak buruk dan jahat.
Pada peringkat awalnya anak-anak ini akan mendengar dahulu perkataan
yang berupa makian, cacian, melaknat hingga mereka akhirnya terbiasa dengan
kalimah-kalimah yang serupa untuk mereka gunakan pula. Semuanya berpunca
dari pergaulan yang rosak dan kurang sihat itu.
Oleh yang demikian apa yang wajar yang para pendidik dan ibubapa
lakukan? Ia nya tidak lain melainkan mendidik mereka dengan teladan
yang baik dan soleh. Mengajar mereka cara bercakap yang sopan, mengajar
mereka menggunakan kalimah yang baik dan indah serta sedap didengar. Di
samping mengawasi siapa yang menjadi teman-teman mereka. Jangan biasakan
mereka berkawan dengan kanak-kanak yang suka bercakap kotor atau memaki.
Seterusnya, menjadi tanggungjawab kita juga menjauhi anak-anak dari
berkawan dan bergaul dengan anak-anak nakal supaya anak-anak tidak terpengaruh
dengan akhlak dan kenakalan mereka. Kadang-kadang kita tidak dapat elakkan
mereka bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya. Seperti di sekolah.
Dalam hal ini, yang penting kita sudah didik mereka membezakan apa yang
baik atau tidak untuk di contohi.
Menjadi tanggungjawab kita lagi mendidik anak-anak agar bersabar
bila dikata oleh kawan-kawannya. Sabarkanlah mereka bila di keji
dan dihina oleh orang lain. Jangan kita sebagai pendidik mengajar
mereka membalas kembali makian orang lain.
Akhirnya menjadi tanggungjawab kita para pendidik memperdengarkan
kepada anak-anak , hadis-hadis yang melarang dari memaki dan mencaci. Perdengarkanlah
kepada anak-anak bahawa Allah tidak suka memaki, mencaci, melaknat dan
seumpamanya dan akan membalasnya dengan azab yang pedih (neraka).
Semoga dengan cara ini anak-anak akan biasa dengan menjauhi perkara
itu, kerana secara tidak langsung, kita menyampaikan peringatan dan bimbingan
dari Allah dan RasulNya.
Sampaikanlah pada anak-anak mengenai hadis Rasulullah seperti "
memaki orang Muslim itu fasiq dan membunuh mereka (org Islam) itu kafir."
Jadi barangsiapa yang memaki sesama Islam, jelaslah sudah menunjukkan
kefasikannya. Orang fasik adalah orang yang tidak layak menjadi penghuni
Syurga Allah.
Sebaliknya akan dibakar dengan api neraka. Hendaklah kita
jauhkan anak-anak dari sifat ini.
Jika anak-anak dimaki orang, katakan kepadanya, "sabarlah nak! Orang
yang sabar takkan rugi, Allah akan tolong kita. Allah suka orang
yang baik, orang yang sabar."
Ataupun untuk menegah anak-anak dari berkawan dengan anak-anak yang
nakal, kita katakan kepadanya , "Orang jahat Allah benci dan Allah tak
akan tolong dia! Kita tidak boleh berkawan dengan orang jahat."dan seumpamanya
lagi.
Alangkah mulianya seorang anak bila dia tidak terikut-ikut dan berkata-kata
bila mendengar kata-kata cacian, makian dan kerendahan budi. Pastilah
ia menjadi pewangi dalam rumahtangga dan juga dalam masyarakatnya.
Teguran adalah
diterima atas mana-mana kesilapan untuk ingatan dan panduan bersama (Artikel
dari pembacaan saya).
Tajuk Panduan lain yang dalam koleksi saya:
-
Tidak Hina
Orang Yang Merendah Diri.
- Utamakan
Sembahyang Qadha' Dari Sembahyang Sunat.
- Diamnya
Berfikir, Kata-katanya Zikir
- Qanaah
Penyeri Rumahtangga
- Sendiri
Dalam Nikmat, Sendiri Dalam Cemas.
- Memandu
Muhajahadatunnafsi.
- Sombong
Pusaka Iblis.
- Agungkan
Tuhanmu.
- Mengharap Keampunan Tanpa Amal.
Didik Anak bercakap Benar.