Berikut disenaraikan beberapa panduan dan adab di dalam percakapan:
1. Latihlah anak-anak agar mampu bertutur dalam bahasa Arab yang
baik. Bahasa Arab adalah bahasa Al Quran dan bahasa syurga.
2. Hadapkan seluruh badan ke arah orang yang sedang bercakap
dengan kita.
3. Larang anak-anak daripada menjerit dan bercakap dari jarak
yang jauh. Sebaik-baiknya datanglah hampir, barulah bercakap.
4. Tidak bercakap terlalu kuat. Cukup sekadar yang boleh
didengar dari jarak yang sederhana. Jangan pula berkata-kata terlalu
perlahan hingga sukar didengar.
5. Jangan bergurau keterlaluan atau bermain-main semasa bercakap.
Bercakaplah dengan serius jika hal yang mahu disampaikan itu penting. Bergurau-gurau
dalam perkara yang ada kaitan dengan Islam dan perjuangan akan mematikan
hati.
6. Jangan mengumpat, memfitnah, mengejek atau memperolok-olokkan
seseorang. Ini akan menjerumuskan ke lembah dosa dan menghasilkan
ramai musuh.
7. Bercakaplah dengan teratur dan perlahan-lahan. Jangan
terlalu laju dan sukar untuk difahami.
8. latihlah supaya selalu senyum semasa memulakan percakapan.
Senyum itu dapat menambahkan kemesraan. Orang mukmin itu mudah di mesrai
dan bermesra.
9. Jangan menyampuk atau memintas perbualan orang lain.
Tunggu dengan sabar sehingga ia berhenti dan barulah kita memulakan perbualan
samada mengemukankan soalan atau menyatakan pendapat.
10. Elakkan daripada bercakap tentang perkara yang sia-sia. Saidina
Abu Bakar pernah meletakkan ketul-ketul batu di dalam mulutnya untuk menghalang
dirinya dari berkata-kata yang tidak perlu. Tahanlah keinginan untuk
bercakap banyak kerana itu adalah dorongan nafsu..
11. Jangan mengada-adakan cerita atau menokok tambah sesuatu
berita. Jangan bercakap dengan keterlaluan menyusun kata-kata yang indah.
Bercakap secara direct agar mudah difahami dan tidak membosankan.
Demikianlah 11 adab dalam berkata-kata. Semoga dapat difahami
dan diamalkan. Ingatlah Sayidina Ali kw pernah berkata;
"Sedikit manusia yang jatuh kerana tergelincir kakinya tetapi ramai
manusia yang tergelincir ke dalam neraka kerana tergelincir lidahnya."
Kawallah mulut daripada berkata-kata yang mendatangkan dosa kerana
di akherat kelak ia akan mendakwa kita. Kuasailah ia semasa di dunia, kerana
kelak di akherat kita tidak akan lagi menguasainya!