Sendiri
Dalam Nikmat
Sendiri Dalam Cemas
Mati tidak mengenal usia. Orang muda patut ingat mati; orang
tua lebih- lebih lagi patut mengingati mati. Orang tua diibaratkan: rumah
kata pergi kubur kata mari. Lantaran itu orang tua sepatutnya bersiap-siap
dengan membanyakkan taubat, membersihkan diridaripada dosa zahir dan batin,
seterusnya mengabdikan diri kepada Allah.
Mati bererti perpindahan dari alam dunia ke alam Barzakh; tempat
perhentian sementara sebelum menuju ke Akherat. Orang yang beriman
dan bertakwa akan sejahtera dalam kubur; menunggu Syurga yang kekal abadi.
Sebaliknya orang kafir dan mukmin yang derhaka akan diseksa, kuburnya disempitkan,
ular, lipan dan kalajengking datang menggigit dan dirasakan kepadanya kepanasan
daripada api neraka. Masihkah tidak gerun, sedang mati akan datang
menjemput tidak lama lagi!
Sedarlah hakikat ini; bahawa semua orang pasti mati samada ia suka atau tidak. Setelah mati kita akan dikebumikan. Tinggallah kita di dalam kubur sendirian, tiada lagi rumah besar, sanak saudara, harta kemewahan dan keindahan di dunia. Kubur tersedia menanti dengan enam ucapan, iaitu :
Akulah rumah orang yang merantau
Akulah menjadi rumah orang terpencil
(seorang diri)
Aku menjadi rumah orang yang
susah, gelisah dan cemas
Akulah rumah yang gelap
Akulah rumah debu
akulah rumah ulat
Tidakkah kita bimbang dan takut akan nasib kita selepas mati?
Bagaimana agaknya kubur menyambut kita nanti? Adakah dengan
ucapan;
"Marhaban wa Ahlan Wasahlan.
memang engkaulah orang yang lebih aku senangi berjalan di punggungku
(di permukaan bumi). Aku telah menguasai dirimu, dirimu akan menyaksikan
pekerjaanku terhadap dirimu."
Kubur lalu diperluaskan seluas pandangan mata, dan dibuka pintu
syurga untuk disaksikan keindahan dan kenikmatannya.
Mungkinkah dengan ucapan;
"La Marhaban Wala Ahlan Wasahlan, ketahuilah bahawa dirimu adalah
orang yang sangat aku benci berjalan diatas punggungku. Kamu sudah
aku sukai dan berada dalam perutku, kamu akan mengetahui pekerjaanku terhadapmu."
Seketka itu juga kubur menghimpit dan menyepit, sehingga tulang
rusuknya keluar terputus-putus. Setelah itu Allah datangkan ular
sebanyak 70 ekor. Seekor ular sahaja jika mengeluarkan bisanya di
bumi ini, maka tidak dapat menumbuhkan sesuatu tumbuhan apapun selamanya.
Ular itu lalu menggigit dan mencakar hingga datangnya pengadilan di Padang
Mahsyar.
Itulah kubur yang merupakan taman-taman Syurga bagi orang mukmin
dan lubang-lubang Neraka bagi orang kafir dan mukmin yang derhaka. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud;
"Bahawasanya kubur itu merupakan satu taman-taman daripada taman-taman
Syurga, dan merupakan lubang dari lubang-lubang Neraka."
Maka kita tidak boleh bersenang-senang hati serta cuba melupakan
saat mati yang pasti tiba itu. Usia 40 tahun bererti tamatlah sudah zaman
muda. Janganlah ditangguh-tangguhkan lagi amal ibadah, berjuang dan
berkorban kerana akan sampai waktunya tidak mampu dan lemah. Jika usia
sudah meningkat 60-an, badan sudah uzur, selalu sakit-sakit; ingatan, penglihatan
dan pendengaran sudah kurang. Waktu itu usahkan hendak sembahyang
sunat banyak, hendak sembahyang fardhu pun susah dan tidak larat.
Mengabdikan diri kepada Allah mesti dengan ikhlas bukan kerana terpaksa
atau sudah tiada pilihan. Kita sudah uzur, sudah lemah, pergi ke sana sini
untuk berhibur lagi.Sebaliknya duduklah di tikar sembahyang berzikir dan
membaca Al Quran. Betulkan niat bahawa kita berbuat begitu
kerana mengharap keredhaan Allah. Semoga dengan kesungguhan bertaubat
dan mengabdikan diri kepada Allah, Allah akan mensejahterakan kita di dunia,
di dalam kubur dan di Akherat.
Teguran adalah
diterima atas mana-mana kesilapan untuk ingatan dan panduan bersama (Artikel
dari pembacaan saya).
Email
Saya
Tajuk Panduan lain yang dalam koleksi saya:
-
Awasilah
Siapa Kawan-Kawan anak kita.
- Utamakan
Sembahyang Qadha' Dari Sembahyang Sunat.
- Diamnya
Berfikir, Kata-katanya Zikir
- Qanaah
Penyeri Rumahtangga
- Tidak
Hina orang yang merendah diri.
- Memandu
Muhajahadatunnafsi.
- Sombong
Pusaka Iblis.
- Agungkan
Tuhanmu.
- Allah,
Dia lah yang Memberikan Segalanya Kepadamu.