Menjadi wanita solehah lebih susah daripada menjadi doktor wanita atau
lain-lain karier wanita. Kerana jawatan solehah jauh lebih tinggi
daripada jawatan-jawatan duniawi. 'Sijil' ini laku di dunia dan di akherat.
Lantaran itu syarat-syarat untuk jadi solehah lebih berat dari syarat-syarat
menjadi doktor. Tempoh masa yang diperlukan untuk latehan menjadi
solehah juga lebih lama dari tempoh latehan menjadi doktor.
Apakah syarat-syarat dan latehan-latehan yang perlu bagi mendapatkan
title solehah itu? Tegasnya apakah proses dalam training ini?
Syarat-syarat yang wajib ialah:
i. Ilmu Tasawuf;
ii. Ibadah yang berkesan;
Latehan praktikal untuk mendapatkan sifat-sifat yang baik.
Ilmu Tasawuf itu gunanya untuk menolak ilmu-ilmu syaitan dan nafsu yang
dibisikkan agar manusia berdengki. Maka ilmu tasawuf yang dimiliki
akan menangkis dengki dengan katanya:
"Dengki itu sifat keji. Orang dengki ertinya orang jahat.
Allah tidak terima sembahyang si dengki. Orang yang berdengki ertinya
tidak senang dengan takdir Allah. Orang dengki akan dibenci orang.
Susah di dunia, susah di akherat."
Ibadah yang berkesan pula akan meninggalkan iman di hati. Iman
itu ialah rasa cinta kepada Allah, gerunkan Neraka dan rindukan Syurga.
Bertambahnya rasa takutkan Neraka Allah itu, akan membunuh rasa-rasa jahat
yang di cetuskan oleh nafsu. Manusia itu jadi takut untuk sombong,
berdendam, bakhil, buruk sangka dan lain-lain.
Seterusnya langkah-langkah praktikal untuk membuang mazmumah dan memasukkan
mahmudah perlu diberi perhatian serius bagi sesiapa yang bercita-cita mendapatkan
pangkat solehah. Antara langkah-langkah praktikal itu:
1. Melaksanakan sifat baik yang ingin dicapai, sekalipun desakan
dari dalam begitu kuat menghalang kita daripada memberi sumbangan; maka
kita berikan juga harta yang disayangi itu. Demikianlah yang lain-lain.
2. Bertaubat dengan keterlanjuran dan kegagalan mujahadah.
3. Berdoa kepada Allah untuk mendapatkan tingkatan nafsu mutmainnah
(nafsu yang tenang).
Keseluruhan panduan, tunjuk ajar dan ilmu serta didikan dalam mujahadah ini diharapkan dapat memandu kita untuk meujahadahtunnafsi. Prosedur ini cukup penting bagi mendapatkan akhlak mulia terhadap Allah dan terhadap sesama manusia. Dengan akhlak inilah kita akan menjadi bangsa yang agung. Moga-moga Islam dan umatnya dapat kembali bertapak, mengulangi sejarah kegemilangan buat kali kedua.
Teguran adalah
diterima atas mana-mana kesilapan untuk ingatan dan panduan bersama (Artikel
dari pembacaan saya).
Tajuk Panduan lain
yang dalam koleksi saya:
-
Awasilah
Siapa Kawan-Kawan anak kita.
-
Tidak Hina
Orang Yang Merendah Diri.
- Utamakan
Sembahyang Qadha' Dari Sembahyang Sunat.
- Diamnya
Berfikir, Kata-katanya Zikir
- Qanaah
Penyeri Rumahtangga
- Sendiri
Dalam Nikmat, Sendiri Dalam Cemas.
- Sombong
Pusaka Iblis.
- Agungkan
Tuhanmu.
- Allah,
Dia lah yang Memberikan Segalanya Kepadamu.