Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul
malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya
mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan
; daripada Ka'bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang
sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal"
yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.
Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma
sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis
sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong
ialah:
Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita
memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.
Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di
dunia dan Akherat. Di dunia , susah payah hidup, kita tanggung sendirian.
Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong
akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat,
anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti
ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.
Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka.
Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari
Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar
Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama
harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong
ini dengan berkata pada diri:
"Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan.
ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan
seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu
dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia
dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak,
akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??"
Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap
hari:
1. Baca Surah Ad Dukhan
2. Selawat
3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.
InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :
"Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya
kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi
langit."
Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah
Tajuk Panduan lain yang dalam koleksi saya:
-
Awasilah Siapa Kawan Anak-anak Kita.
-
Tidak Hina
Orang Yang Merendah Diri.
- Utamakan
Sembahyang Qadha' Dari Sembahyang Sunat.
- Diamnya
Berfikir, Kata-katanya Zikir
- Qanaah
Penyeri Rumahtangga
- Sendiri
Dalam Nikmat, Sendiri Dalam Cemas.
- Memandu
Muhajahadatunnafsi.
- Agungkan
Tuhanmu.
- Allah,
Dia lah yang Memberikan Segalanya Kepadamu.