DASAR  SEKOLAH DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

DASAR KUALITI
Kami warga SMKKK 1 beriltizam merealisasikan pencapaian kegemilangan akademik dan perkhidmatan melalui penerapan budaya kualiti yang berteraskan keimanan dalam pemelajaran, kokurikulum, keceriaan, pembangunan insan, perundingan dan pengurusan sumber sekolah untuk mencapai kepuasan pelanggan.

IKRAR SEKOLAH
SMK Kubang Kerian 1 dengan sesungguhnya berazam untuk menyediakan peluang seluas-luasnya dalam pendidikan berkualiti dan menyeluruh kepada warganya agar potensi individu dapat diperkembangkan selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini demikian kerana staf SMKKK 1 berkebolehan, berkeupayaan dan kompeten dalam memberikan pendidikan berkualiti kepada setiap anak didik yang dimanahkan kepada kami.
 

FALSAFAH SEKOLAH
Setiap pelajar berpotensi berkembang maju dan mencapai tahap kegemilangan berteraskan konsep kesepaduan ilmu, iman dan amal untuk menjadi insan yang holistik yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek(JERI).Usaha ke arah ini melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tinggi, berakhlak mulia, gigih, kreatif, inovatif, responsif dan mempunyai tanggungjawab untuk kejayaan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.
 

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 1

Kami keluarga SMK Kubang Kerian 1, berjanji dan berazam :

Berusaha bersungguh-sungguh secara istiqamah untuk menjayakan
 wawasan sekolah

Melaksanakan tugas kami dengan sebaik dan seadil mungkin sebagai amanah, Ibadah dan Khilafah

Memberi layanan mesra dan segera kepada ibu bapa serta masyarakat yang berurusan dengan sekolah

Bersikap adil kepada semua pelajar tanpa mengira kaum,agama, status sosioekonomi, mahupun kebolehan individu

Memberi dan meningkatkan mutu pengajaran dan pemelajaran yang strategik lagi berkesan.

Berusaha menyalurkan ilmu dengan kaedah yang berkesan untuk menghasilkan pelajar gemilang.

Bertindak sebagai pemangkin dalam membantu dan mengembangkan potensi individu pelajar dari segi akademik, kokurikulum, dan sahsiah

Bekerjasama dan berunding dengan ibu bapa dalam meyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pelajar

Sentiasa menjaga imej dan nama baik sekolah  serta mengharumkan nama sekolah.

Menerapkan nilai-nilai murni dalam P &P agar melahirkan pelajar yang berketerampilan, dedikasi dan kompetetif.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan budaya sekolah penyayang.
 
 

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
Bekerja dengan penuh tanggungjawab
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan mambangunkan negara
Berpegang teguh dengan ajaran agama
 

IKRAR GURU

BAHAWA SANYA KAMI GURU-GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR:

Mendukung terus cita-cita terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami bersedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara pada sentiasa masa
 

NILAI-NILAI  BERSAMA
 

KEPERCAYAAN
Pada Tuhan (ALLAH)
Pencipta Semesta Alam
 
 

KESETIAAN
Kepada Raja
Setia kepada Negara
Sekolah dan Tanggungjawab
 

PROFESIONALISME
Penuh Dedikasi, Inovatif, Kreatif, Proaktif Dan Sentiasa Berusaha Mencapai Kegemilangan

AMANAH
Jujur Dan Ikhlas
 

KEKELUARGAAN
Bersatu Dalam Tujuan Dan Semangat Setiakawan Serta Permuafakatan.
 


MATLAMAT ASAS
 

 SMKKKK 1 Adalah Sebuah Institusi Dan Gedung Ilmu

Khidmat Kita
Tanggungjawab Utama Kita Ialah Membangunkan, Memajukan Dan Mengembangkan Pendidikan Negara, Untuk Menghasilkan Pendidikan Bertaraf Dunia
 

Objektif Utama Kita
Ialah Menyumbangkan Kepada Kegemilangan Kurikulum, Kokurikulum, Dan Sahsiah Yang Berteraskan  Keilmuan, Keimanan  Dan Amalan.
 
 

IKRAR GURU

BAHAWA SANYA KAMI GURU-GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR:

Mendukung terus cita-cita terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami bersedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara pada sentiasa masa
 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENDIDIKAN di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu. Secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,  pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan  diri  serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara .
 

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat, dan negara.
  1