PENDAHULUAN
Badan disiplin semestinya bergerak selari
dan seiring dengan badan-badan lain yang wujud di sekolah. Ini kerana pencapaian
seseorang pelaja dalam sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau
bidang bukan akademik bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri.
Pelajar yang berjaya dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka
yang berdisiplin.
RASIONAL
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat
sama pentingnya dengan penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin
harus bergerak dalam bentuk yang terancang dan sistematik.
OBJEKTIF
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin
dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila,
bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai
diri sendiri dan orang lain secara rasional dan bijaksana.
4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati
diri sendiri, orang lain, dan menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi,
berilmu, berketerampilan serta menjadikan sekolah sebagai landasan menuju
ke arah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan ‘Sekolahku, Rumahku’.
7. Membebaskan pelajar dari semua gejala dan
pengaruh tidak baik.
8. Buku Peraturan
Buku Peraturan sekolah dibekalkan kepada pelajar. Buku ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap pelajar.
9. Taklimat Awal
Penerangan tentang peraturan dan disiplin
juga akan disampaikan oleh Setiausaha Disiplin pada minggu pertama kemasukan
pelajar-pelajar baru di SMKKK I.
10. Surat Akuan dan Ikrar Pelajar
Surat Ikrar pelajar perlu ditandatangani
oleh setiap pelajar baru (bertukar dari sekolah lain) di hadapan guru disiplin
serta penjaga pelajar sebagai jaminan tingkah laku mereka.
11. Borang Perjanjian
Borang Perjanjian perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah kemudian menyaksikan perjanjian dibuat oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi kesalahan mereka.
12. Surat Kebenaran Ketua Sekolah
Pelajar yang akan keluar kawaswan sekolah
untuk sesuatu urusan diwajibkan mengisi borang khas. Surat ini akan dibawa
oleh pelajar dan menyerahnya kembali apabila kembali ke sekolah. Surat
ini juga dapat menggalakkan pelajar berkenaan daripada ditangkap polis
atas tuduhan ponteng sekolah. Di samping sebagai langkah mengetatkan peraturan
keluar sekolah.
13. Sudut Disiplin
Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan
sudut disiplin. Sudut ini dilengkapkan dengan peraturan-peraturan
dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan disiplin serta pekeliling-pekeliling
dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan berkaitan dengan peraturan
dan notis tertentu.
14. Kad Kebenaran Keluar Kelas
Terdapat 2 kad, pertama – Kad Keluar ‘Urusan
Guru’, Kedua – Kad ‘Keluar Tandas’. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan
dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar
semasa P & P.
15. Buku Kawalan Kelas
Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan
kelas yang akan ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada
setiap waktu pembelajaran. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran,
masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa mereka mengajar. Tujuan buku
ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang ponteng kelas.
16. ‘Spot – Check’
‘Spot – Check’ terhadap pelajar-pelajar
diadakan dalam pelbagai bentuk:-
- ‘Spot Check’ di tempat perhimpunan
- ‘Spot Check’ di dalam kelas secara menyeluruh
- ‘Spot Check’ di luar kawasan sekolah di tempat-tempat
yang strategik sebagai kawasan lepak dan sebagainya.
17. Buku Laporan Disiplin
Buku Khas yang mengandungi semua maklumat
bagi pelajar yang kerap melanggar disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas,
Kesalahan, Tarikh, Tindakan dan Hukuman.
18. Fail-fail maklumat pelajar
a) Fail 001 - Fail Amaran 1
b) Fail 002 - Fail Amaran 2
c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir
d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah
e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah
f) Fail 006 - Laporan PPD / JPN
g) Fail 007 - Maklumat SSDM
h) Fail 008 - Laporang Kes
i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar
pelajar
j) Fail 010 - Kes-kes polis
k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin
l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor
PROGRAM ABSENT SIFAR 2001
UNIT DISIPLIN
Program untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran dan ponteng sekolah hingga ke tahap yang minimum atau sifar.
RASIONAL
1. Menyedari bahawa kemerosotan akademik dan disiplin pelajar antaranya berpunca daripada masalah tidak hadir atau ponteng sekolah
2. Merujuk satu sistem kawalan yang mantap
bagi menyelesaikan masalah tidak hadir ke sekolah.
MATLAMAT
Mengurang atau menghapuskan sama sekali
masalah tidak hadir atau ponteng sekolah tanpa sebab yang munasabah
demi menjayakan MISI dan VISI sekolah selaras dengan matlamat pendidikan
negara.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan rasa sayang dan cinta
pelajar kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan.
19. Dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari
segi akademik seterusnya mengharumkan nama sekolah.
20. Ibu bapa dapat memastikan bahawa anak-anak
mereka benar-benar berada di sekolah pada waktu yang sepatutnya.
21. Menanam sikap bertanggungjawab pelajar kepada
peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah
merupakan satu kesalahan besar.
5. Meningkatkan
mutu disiplin sebagai asas ke arah pembentukan
warganegara yang bertanggungjawab.
6. Menyedarkan pelajar bahawa rekod kehadiran
ke sekolah adalah
penting untuk masa depan kerjaya
mereka.
7. Guru dapat menyampaikan pengajaran dan
murid dapat menerima
pengajaran guru sepertimana yang dirancangkan.
STRATEGI
1. Menyediakan Buku Rekod Kawalan Pelajar
- Tujuan untuk mengesan pelajar yang tidak
hadir atau ponteng. Mereka
akan diambil tindakan disiplin sekiranya dikesan.
2. Menandakan Jadual Kedatangan
- Guru tingkatan akan menandakan buku kedatangan
pada setiap hari pada
masa kedua pengajaran. Pelajar dilarang
sama sekali dari menanda
kehadiran
pelajar untuk mengelakkan penipuan.
3. Mengumpul Pelajar-Pelajar Yang Tidak Hadir.
- Pelajar yang tidak hadir akan dikumpul oleh
AJK Kehadiran dari Unit
Disiplin. Mereka di kehendaki menunjukkan
surat-surat kebenaran
seperti:
a) Surat akuan sakit
b) Surat ibu bapa yang disahkan oleh penghulu,
imam atau Ketua Polis
(tidak melebihi 1 hari)
4. Mengeluarkan surat amaran I, II, III dan Surat Amaran Buang Sekolah kepada ibu bapa seperti mana yang diarah oleh JPN. Tujuan untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang tindakan yang diambil seperti berikut:-
a. Tidak hadir selama 3 hari
akan dimaklumkan dari surat amaran I
1. Tidak hadir selama 6 hari akan dimaklumkan
menerusi surat amaran II
2. Tidak hadir selama 9 hari akan dimaklumkan
menerusi surat amaran III
dan surat berhenti sekolah
(Kecuali terdapat surat akaun
tertentu).
1. Menghubungi penjaga/melawat rumah pelajar.
Tujuan untuk mengesan surat-surat yang dihantar serta mengetahui masalah sebenar pelajar.
6. Mengenakan Tindakan Disiplin.
Pelajar yang tidak hadir atau cenderung
ke arah itu akan dikurniakan pelbagai tindakan disiplin. Tujuan untuk mencegah
dan menyedarkan mereka.
7. Rondaan dan serbuan mengejut di tempat yang
disyaki destinasi pelajar
ponteng.
- Setelah mendapat maklumat
penduduk sekitar
- Kerjasama dengan polis
8. Mengadakan Program Kursus.
a. Ceramah kesedaran / disiplin
b. Kem motivasi
c. Pelancaran Minggu
Disiplin
d. Pelancaran Program ‘Absent
Sifar’
9. Mengadakan ‘spot check’ di dalam bilik
darjah
- ‘spot check’ di dalam kelas
10. Mengadakan perbincangan dengan pihak polis sama ada rasmi atau tidak rasmi untuk mendapat bantuan atau khidmat nasihat.
a. Pegawai perhubungan polis
b. Balai Polis Kubang Kerian
11. Merujuk dan mendapatkan laporan bertulis
daripada kaunselor.
PELAKSANAAN
1. Tempoh pelaksanaan : Januari sehingga Disember 2001
2. Membentuk komiti / AJK Program Absent Sifar : Januari 2001
3. Merancang dan menyusun program yang akan dilaksanakan
4. Melancar Hari Absent Sifar : 18
Februaru 2001
5. Melaksanakan Program Absent Sifar mengikut tahap - tahap yang telah dijadualkan seperti:-
a. Program
Berkala
b. Program sepanjang masa (Rujuk Program Tahunan
Disiplin)
6. Mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa
untuk memantau dan menilai kelemahan dan kejayaan Program Absent Sifar.
BENTUK-BENTUK PENILAIAN
1. Penilaian Jangka Pendek
- Data kehadiran bulanan daripada
buku kedatangan kelas
- Jumlah pelajar yang dikumpul
setiap hari
2. Penilaian Jangka Panjang
a. Prestasi akademik pada akhir tahun
b. Prestasi disiplin pada akhir tahun.
c. PROGRAM GERAKSEDAR BERSIRI
PENGENALAN:
Program Geraksedar adalah satu program
pemilihan dan kesedaran khusus untuk pelajar-pelajar yang bermasalah.
Mereka secara kelompok akan mengalami pelbagai aktiviti pemulihan dan kesedaran
daripada guru-guru atau pakar-pakar pemulihan dari luar melalui temuramah.
Nasihat, ceramah, program, seperti sembahyang hajat / sunat, doa dan lain-lain.
RASIONAL
Pelajar-pelajar yang bermasalah boleh dibaiki sikap dan tingkahlaku jika pelbagai pendekatan digunakan. Selain daripada hukuman fizikal (rotan) atau denda, tindakan secara kerohanian atau motivasi serta nasihat juga dapat memberi kesedaran kepada mereka. Oleh itu, masalah disiplin dapat ditangani jika pelbagai kaedah digunakan menerusi satu disiplin pemulihan yang mantap dilaksanakan.
OBJEKTIF
a. Untuk mengetasi dan menangani masalah disiplin.
b. Memberi peluang kepada guru atau mana-mana
individu untuk menggunakan kepakaran dan kebolehan mereka memulih dan menyedarkan
pelajar-pelajar yang bermasalah, secara ikhlas.
c. Untuk mencuba dan menguji pelbagai kaedah
yang terbaik dan menangani masalah disiplin pelajar.
d. Sebagai antara sumber rujukan dan kayu pengukur
dalam menentukan seseorang pelajar ini layak dan ditukar atau ditamatkan
pengajian mereka.
SASARAN
Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan sering dan melakukan kesalahan berulangkali.
TEMPAT / MASA
Tempat dan masa yang sesuai
TENAGA PENGGERAK :
1. Guru Unit Disiplin
d. Kaunselor
e. Pengetua, PK HEM, PKP, Ketua-ketua Bidang.
f. Tenaga Luar
g. Sesiapa yang ingin memberi perkhidmatan secara
ikhlas.
h. Pelaksanaan
Aktiviti Program Gerak Sedar
1. BULAN DISIPLIN
PENGENALAN
Disiplin adalah teras kejayaan
seseorang pelajar serta menentukan kegemilangan sesebuah sekolah itu. Memandangkan
disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit
Disiplin sebagai agenda tahunannnya. Di harapkan dengan ‘Bulan Disiplin’
ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para
pelajar SMKKK I.
RASIONAL
1. Kemantapan disiplin pelajar memerlukan
satu program lebih sistematik.
2. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek
kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan
hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya
dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah.
SASARAN
Semua pelajar SMKKK 1
MASA
Sepanjang bulan Mei 2001
PELAKSANAAN
Pembentukan AJK:-
Pengerusi : Pengetua SMKKK I
Tim. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi I : P. Kanan HEM
Naib Pengerusi II : Penyelia
Petang
Setiausaha I : S/U Disiplin
Pagi
Setiausaha II : S/U
Disiplin Petang
Penyelaras : -
Ketua-ketua Bidang.
- Kaunselor
Bidang Tugas
- Bahagian Perasmian dan Sambutan
Ahli (1) Puan Norliza Mat Yunan
(2) Puan Azmani
bt. Daud
- Bahagian Pameran dan Pertandingan
(1) En. Che Ismail b. Yusoff
(2) Puan Marliza bt. Mansor
- Bahagian Ceramah
(1) Ustaz Mohd. Najib
(2) Ustaz Mat Daud b. Omar
- Bahagian hadiah dan cenderamata
3. Aziz b. Salleh
4. En. Nazri
PROGRAM / AKTIVITI
5. Majlis Pelancaran / Perasmian Oleh Ybrs Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jab. Pendidikan Negeri Kelantan.
Tempat : Dataran Penyayang
Masa : 8.00 Pagi
6. Pertandingan Poster Dan Karangan
7. Ceramah oleh Datuk Timbalan Mufti Negeri Kelantan.
8. Pidato Pelajar
- Setiap hari Ahad
9. Ikrar Pelajar
10. Majlis Penutup
Oleh:- Ybrs. Tuan Pengetua SMKKK
I
UNIT KESELAMATAN
Pendahuluan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 ( seterusnya SMK Kubang
Kerian 1 ) terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu
, justeru dapatlah di kategorikan sekolah ini sebagai pinggir bandar .
Kedudukannya menghala laluan Kota Bharu ke Hospital Universiti Sains Malaysia
Kubang Kerian .
Pada masa ini SMK Kubang Kerian 1 merupakan sekolah saluran kepada beberapa
sekolah rendah ke tingkatan satu , beberapa buah sekolah menengah ke tingkatan
empat dan enam rendah . Sehingga kini jumlah keramaian pelajar di sekolah
ini berjumlah 2336 orang pelajar ( 1020 pelajar lelaki dan 1070 pelajar
perempuan ) dengan 112 orang tenaga pengajar . Bagi menampung bilik kelas
yang terhad , SMK Kubang Kerian 1 meneruskan sesi persekolahan 2 sesi (
sesi pagi dan sesi petang ) Sesi pagi terdiri daripada tingkatan tiga ,
empat , enam rendah dan enam atas , manakala sesi petang pula bagi tingkatan
satu dan dua .
Sebagai sebuah sekolah pinggir bandar , sudah tentu latar belakang sosio-ekonomi
dan sosio – budaya pelajar berbeza-beza . Rata-rata pelajar di sekolah
ini datang daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan
rendah.
Rasional
Program keselamatan amat penting dalam sesebuah institusi khususnya
institusi pendidikan . Para pelajarnya mudah terdedah kepada pelbagai bahaya
dan risiko . Menyedari hakikat bahawa pelajar terlalu mudah dengan pelbagai
risiko , maka langkah- langkah keselamatan amat penting di beri perhatian
khusus.
Objektif
1. dapat mempastikan harta benda , persekitaran , bangunan , bilik-bilik
dan setor, kawalan keselamatan serta padang permainan sentiasa berada dalam
keadaan terjamin dan selamat.
2. dapat membantu pihak perancang sekolah dalam merancang dan membaik
pulih bahagian-bahagian bangunan , kawasan , padang dan gelanggang
permainan , setor serta peralatan yang di kenal pasti berisiko
3. memberi pendidikan cara-cara menjaga keselamatan kepada warga sekolah
dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan
4. memberi pendedahan kepada teknik mengguna alat-alat keselamatan
5. mempertingkatkan kasedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya
penjagaan keselamatan
6. dapat menanam sikap “SEKOLAH KU RUMAHKU” yang lebih berkesan
dalam diri warga sekolah berlandaskan persekitaran sekolah dalam keadaan
selamat
7. melatih pelajar sentiasa bersiap sedia menghadapi kecemasan dan
mala petaka
Strategi
1. menbentuk jawatan kuasa keselamatan
2. jawatan kuasa keselamatan yang di bentuk akan di beri tugas dan
mandat bagi mengenalpasti seterusnya emngambil langkah-langkah tertentu
sama ada secara melapor kepada pihak berkenaan atau bertindak segera sebagai
bukti tanggungjawab yang di amanahkan
3. membentuk ‘Skuad Rondaan’ di kalangan anggota pasukan Pasukan Pakaian
Seragam , Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar- Pelajar Tingkatan Enam
Anak Wawasan , Ahli Skim Lencana Anti dadah ( SLAD) dan Ahli Pembimbing
Rakan Sebaya ( PRS) meronda secara tidak lansung ketika hadir ke sekolah
atau semasa berada di sekolah sama ada pada waktu persekolahan atau pada
waktu kehadiran petang ,hari minggu dan hari kegiatan kokurikulum . Maklumat
yang di beri oleh skuad ini amat penting dalam menangani masalah vandalisme.
4. mengadakan beberapa siri ceramah keselamatan kepada warga sekolah
5. satu rangka pelan bertindak dan jadual pemantauan akan di buat bagi
membolehkan setiap tugas dan tanggungjawab yang di serahkan kepada ketua-ketua
unit keselamatan dapat di sediakan.
6. satu pelan laluan yang kemaskini akan di keluarkan dan seterusnya
di edarkan kepada semua kakitangan dan papan kenyataan kelas serta
papan kenyataan umum nuntuk di hayati oleh semua pelajar sebagai langkah
menyelamat diri secara tenteram , aman dan terkawal
7. mengadakan beberapa siri latihan kebakaran dan cara-cara menyelamat
diri
8. bekerjasama dengan semua unit lain yang di bentuk di sekolah dalam
usaha melaksanakan setiap program dan aktiviti latihan kebakaran dan menyelamat
9. memeriksa dan mengenalpasti alat pemadam kebakaran di sediakan
di tempat-tempat yang di tentukan serta dapat berfungsi dengan baik
10. mengenalpasti langkah-langkah keselamatan adalah tanggungjawap
bersama warga sekolah.
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KESELAMATAN
Pengerusi : Pengetua
N. Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha :Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pen . Setiausaha : Penyelia Petang
Penyelaras: Semua Ketua Bidang Kaunselor Sekolah
Ketua Unit ; Setiausaha HEM
Urusetia Keselamatan
Kebakaran
: En Che Ismail Yussoff
( sidang pagi )
En Ahmad Faizal Ismail
( sidang petang )
Persekitaran
; En Zakhori Ab Rahman
( sidang pagi )
En Aziz Muhammad
( sidang petang )
Disiplin
: En Ab Aziz Salleh
( sidang pagi )
En Ramlee Alias
( sidang petang )
Bencana Alam : En Mazlan Mohd Zain
(sidang pagi )
En Sanadi Hhussin
( sidang petang )
Skuad Kecemasan: Hj Mohd Hussin Deraman
( pejabat sekolah )
En Razali Talib
( teknik dan elektrik)
Pn Che Ainun Che Cob
( makmal sains )
En Ab Rahman Harun
( pondok keselamatan )
En Che Ismail Yussof
( kebakaran dan bencana alam )
En Mohd Nor Deris
( bangunan )
Ustaz Mat Daud Omar
( Mussala )
Pn Noreha Mohamad
( Perpustkaan dan PSS)
Pn Khazimah Mat Rani
( Kemahiran hidup / SRT)
En Alias Yahya
( Padang dan gelanggang )
En Rawi Ali
( Perabot sekolah )
En Zakaria Jusoh
( Koperasi sekolah )
Semua pekerja
Pembantu-pembantu makmal
BIDANG TUGAS URUSETIA KESELAMATAN
Kebakaran
1. menyediakan peta laluan selamat
2. mengenalpasti fungsi alat pemadam api
3. menyedia dan menempatkan baldi pasir di tempat yang sesuai
4. mengenalpasti tempat pili bomba dan punca tekanan air
5. menyediakan jadual latihan kawad kebakaran
6. menyediakan jadual ceramah dan aktiviti keselamatan
Persekitaran
1. mengenalpasti lalulintas pelajar di jalan raya
2. menyediakan jadual ceramah lalulintas ( maklumat semasa
perhimpunan )
3. mengenalpasti keadaan pagar sekolah
4. menyediakan kawasan letak kenderaan pelajar ( basikal)
5. mengenalpasti dan menyediakan ‘pass’ keluar masuk pelajar dari kelas
6. mengenalpasti keluar masuk pelajar dari kawasan sekolah
7. mengenalpasti pintu pagar sekolah terkawal
8. mengenalpasti setiap pintu masuk ( bukan utama ) di awasi atau berkunci)
Disiplin
1. mengenalpasti peraturan sekolah di baca oleh setiap pelajar
2. mengenalpasti peraturan sekolah di tampal di papan kenyataan kelas
/ umum
3. mengenalpasti ketenteraman pelajar semasa dalam bilik darjah
4. menyediakan jadual ceramah disiplin
5. menyelitkan peringatan disiplin pelajar semasa perhimpunan mingguan
Bencana Alam
1. Menyediakan skuad Bencana Alam
2. Megenalpasti bangunan / blok selamat bagi menempatkan
pelajar
3. Mengenalpasti bangunan/blok selamat menyimpan stok makanan
4. Menyediakan peralatan pertolongan cemas ketika bencana
5. Mengenalpasti alamat dan telefon agensi berkaitan
6. Menyampaikan maklumat berkenaan kepada pelajar supaya sentiasa berwaspada
7. Bekerjasama dengan unit kebakaran dalam latihan menyelamat diri
8. Meyediakan pasukan petugas khas bencana alam